Azah Aziz

Tokoh budayawan Melayu di Malaysia

Sharifah Azah Mohammad Alsagoff @ Norazah Abdul Aziz atau Azah Aziz, tetapi lebih dikenali sebagai Mak Ungku (21 Ogos 1928 - 9 Julai 2012) ialah seorang tokoh budayawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Azah Aziz
Butiran peribadi
LahirSharifah Azah binti Syed Mohammad Alsagoff
(1928-08-21)21 Ogos 1928
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia9 Julai 2012(2012-07-09) (umur 83)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
PasanganUngku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
Anak-anakZeti Akhtar Aziz
PekerjaanPenulis, kolumnis, tokoh budayawan

Biografi sunting

Beliau berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab. Beliau bersekolah di Sekolah Convent di Johor Bharu dan mengikuti pendidikan Jepun semasa Perang Dunia II.Ketika berumur 18 tahun, beliau berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan mereka mendapat seorang anak, YM Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Aziz, pernah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2012.

Kerjaya sunting

1949-1951 bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bharu.Kemudian sebagai setiausaha di jabatan sosial, Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya setiausaha kepada Pendeta Za'ba di Jabatan Pengajian Melayu di UM.

Wartawan dan Penulis sunting

Azah Aziz adalah pengasas dan Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) (1971-1978) dan University Women's Asociation.Beliau pernah menjadi penasihat Pertama. Azah Aziz merupakan insiprasi kepada wartawan muda wanita.[1]

Beliau merupakan wanita terawal memperjuangkan nasib dan hak wanita terutama isu persamaan gaji lelaki dan wanita, , cukai berasingan bagi isteri yang bekerja. Beliau juga memperjuangkan Pindaan Undang-Undang Perkahwinan orang bukan Islam dan keluarga Islam.

Dari 1957-1973 , selama selama 16 tahun menjadi penulis akhbar Berita Harian - terutama ruangan Wanita. 1973-1978, editor Utusan Malaysia / Utusan Melayu dan konsultan majalah Wanita.

Sebagai penulis, beliau turut mempunyai minat mengumpul songket lama serta meminati budaya seni warisan dan seni sastera tanah air. Beliau turut memberi nama 'Pancaindera' iaitu akhbar sisipan Mingguan Malaysia ketika Tan Sri Zainuddin Maidin bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya menyifatkan Azah Aziz sebagai seorang guru dalam bidang penulisan rencana kerana banyak mengajar serta membimbing wartawan kadet dalam menghasilkan penulisan rencana. Azah Aziz amat komited serta berfikiran terbuka semasa menjadi penyunting di meja Rencana semasa berkhidmat di Utusan Melayu sekitar tahun 1973. Beliau banyak memberi peluang kepada wartawan untuk menghasilkan penulisan rencana yang melampaui berita (dengan membuat analisis sesuatu berita) supaya dapat menghasilkan rencana yang berkualiti serta memberi impak kepada pembaca.

Beliau juga orang pertama memperkenalkan Haiku iaitu puisi pendek berbahasa Jepun kepada masyarakat Malaysia.

Beliau antara wanita pertama di Malaysia yang menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui syarikatnya sendiri, 'Akaz'.

Azah Aziz menghadiri Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East West Centre, Honolulu, Hawaii(1972), Simposium Wanita Afro-Asia di Iskandariah,Mesir, sempena Tahun Wanita Antarabangsa (1975) dan aktiviti berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusasteraan kanak-kanak.

Kini beliau ialah ahli lembaga penasihat perpustakaan negara dan ahli lembaga penasihat The Encyclopedia of Malaysia. [2]

Budayawan sunting

Beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu. Sejak 1950-an, beliau menulis dan berceramah tentang kebudayaan dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN.

Beliau pandai berpantun dan pantun yang dihasilkan sukar ditandingi oleh orang lain, sebagai contoh pantun hasil nukilannya telah menjadi hiasan kulit majalah Mastika sejak sekian lama.

Sumbangan sunting

Beliau menjadi ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Tun Abdul Razak (1977-), Ahli lembaga FINAS (1981-1984), ahli majlis penasihat kebudayaan kebangsaan (telah dibubarkan) (1978-1983) (1987-1990), ahli lembaga penasihat KARYANEKA (1987-hingga dibubarkan). Ahli lembaga pembangunan Kraftangan Malaysia dan ahli Tribunal Hak Cipta (1987-1989).

Beliau juga antara pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang aktif membela nasib wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

Meninggal dunia sunting

Pada 9 Julai 2012, Azah Aziz meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana sakit tua. Beliau diserang angin ahmar dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Solat jenazah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Sementara majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Turut ziarah ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.[3]

Hasil karya sunting

Antara karya tulisannya ialah :

  1. Adik sayang - antologi pantun kanak2 (1971),
  2. Puisi Kanak-Kanak - antologi sajak moden untuk kanak-kanak (1967)
  3. Pantun Kanak-Kanak - antologi enam jilid pantun melayu traditional untuk kanak-kanak
  4. Dendang dan Dondang kanak-kanak - lagu-lagu tradisional untuk kanak-kanak yang ditulis bersama Dr. Ariff Ahmad (1990).
  5. Taman Seni - buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak (1987)
  6. Marilah Bermain - mengenai pemainan traditional (1993)
  7. Selayang Kenangan - himpunan esei dan penulisan lain tentang hal wanita, pakaian traditional dan kraftangan (1990).

Rujukan sunting

  1. ^ Sumbangan Azah Aziz, Tokoh Budaya Melayu Akan Sentiasa Dikenang - Tan Sri Muhyiddin
  2. ^ "Biografi Tokoh Wanita Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2011-10-15.
  3. ^ Budayawan Azah Aziz meninggal
  1. Biografi Tokoh Wanita Malaysia. PERTIWI. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.