Azalina Othman Said

YB Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said (lahir 31 Disember 1963) adalah Ahli Parlimen P157 Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau adalah ahli politik dari parti Barisan Nasional-UMNO. Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat wanita pertama di Malaysia. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).


Azalina Dato' Othman Said

SSAP (Pah); SPMP (Prk); DGMK (Ked);
DPMS (Sel); PGDK (Sab)
ازلينا بنت عثمان سعيد
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi)
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanRamkarpal Singh
Didahului olehWan Junaidi Tuanku Jaafar
Ketua Penerangan UMNO
Memegang jawatan
2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P157 Pengerang, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti21,829 (PRU-14)
Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2 Oktober 2021 – 10 Oktober 2022
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
13 Julai 2020 – 23 Ogos 2021
Berkhidmat dengan Mohd Rashid Hasnon
Didahului olehNga Kor Ming
Digantikan olehAlice Lau Kiong Yieng
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
15 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Digantikan olehLiew Vui Keong
Menteri Pelancongan
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 8 April 2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh Tengku Adnan Tengku Mansor
Digantikan oleh Ng Yen Yen
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 17 Mac 2008
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh Hishammuddin Hussein
Digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob
Butiran peribadi
LahirAzalina binti Othman Said
(1963-12-31) 31 Disember 1963 (umur 60)
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
HubunganSheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad Bahweres (bapa saudara)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Pendidikan sunting

Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Semasa belajar, beliau aktif dalam sukan taekwondo dan memegang tali pinggang hitam. Dalam beberapa acara yang dirasmikannya kemudian, beliau turut menunjukkan kehandalannya memecahkan atap genting.

Beliau mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dan jurusan undang-undang. Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di ntv7.

Politik sunting

Peguam muda ini menjadi ahli biasa UMNO di peringkat cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Mulanya beliau terlibat dalam Pusat Bantuan Guaman Biro Tindakan Sivil UMNO (2000-2004) - memberi khidmat undang-undang kepada rakyat yang kesusahan .[1] Mengikut prosedur, pengadu boleh membuat aduan secara bersemuka, melalui telefon atau datang sendiri ke Pusat Guaman itu di Sungai Way, Petaling Jaya untuk membincangkan masalah yang dihadapi.[2]

Beliau pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004. Pada 1 November 2002, sebagai Ketua Puteri UMNO, beliau secar automatik dilantik sebagai salah seorang dari 6 orang Naib Presiden UMNO.[3]

Pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan (31 Mac 2004-7 Mac 2008). Kemudian dilantik sebagai Menteri Pelancongan (18 Mac 2008 - 9 April 2009).

Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan Sisters in Islam.

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).

Pada 29 Julai 2015, Beliau menyertai kabinet semula,menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi FINAS sunting

Mulai 1 Jun 2015, Yang Berhormat Dato’ Sri Datin Paduka Azalina Othman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan (1 September 2011 - 31 Januari 2015).[4] Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Pitching Centre Kuala Lumpur.[5] Datuk Seri Azalina pernah menerbitkan program dokumentari berkisar dengan tokoh kepimpinan negara yang berjudul 1Malaysia Ikon yang disiarkan di TV1 tahun 2014.

Pingat dan anugerah sunting

Beliau pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos, Switzerland. Selain itu, beliau juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.

Beliau juga menerima anugerah SSAP – Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (Dato' Sri) ; SPMP – Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (Dato' Seri) ;DGMK – Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (Dato' Seri)  ; DPMS – Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (Datin Paduka) dan PGDK – Panglima Gemilang Darjah Kinabalu(Datuk).

Isu dan kontroversi sunting

Pada 15 Mac 2006, Datin Paduka Azalina selaku Menteri Belia dan Sukan dilarang masuk ke perkampungan Sukan Komanwel yang diadakan di Melbourne,Australia. Beliau hanya dibenarkan berada di Zon Antarabangsa iaitu di luar pagar. Hanya atlet dan pegawai tertentu sahaja dibenarkan masuk .[6]

Pada 2009, SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Said Hamdan mengesahkan Azalina bebas dari rasuah.SPRM pada 11 Mac 2009, turut menyiasat lapan pegawai kanan Azalina bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kementeriannya.[7]Anak syarikat Kementerian Pelancongan iaitu Pembangunan Pelancongan Nasional (Pempena) turut disiasat berhubung dakwaan salah guna dana.[8]

Azalina adalah peminat kereta khususnya yang klasik. Beliau memiliki kereta sport, Mercedes-Benz 280 SL (tahun 1969) .Kemudian dijual kepada Tan Sri Yahya Abdul Jalil , bendahari UMNO Pasir Gudang dan Pengarah Urusan syarikat Gerbang Perdana Sdn Bhd yang bertanggungjawab membina 'jambatan bengkok' ke Singapura. Blogger TheWhistleblower711 mnyiarkan gambar cek RM300,000 yang Azalina terima dari Yahya bertarikh April 7, 2011. [9]

Nota sunting

  1. ^ Pilihan Mahathir dipertikai
  2. ^ Penyertaan 100 peguam bukti profesional sokong UMNO
  3. ^ Ucapan Azalina Othman Said
  4. ^ Azalina dilantik Pengerusi FINAS
  5. ^ Othman Pengerusi Baru FINAS, Ganti Md Afendi
  6. ^ "Azalina dilarang masuk perkampungan Sukan Komanwel". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 2012-07-28.
  7. ^ Azalina lega, bersyukur bebas kes rasuah
  8. ^ 8 pegawai menteri disiasat
  9. ^ "Azalina admits receiving RM300,000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-08. Dicapai pada 2012-07-28.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Ketua Puteri UMNO
200022 September 2004
Penyandang Kemudian
' Datuk Noraini Ahmad
Penyandang Terdahulu Menteri Belia dan Sukan Malaysia
20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Hishammuddin Tun Hussein Ismail Sabri Yaacob
Penyandang Terdahulu Menteri Pelancongan
18 Mac 20082009
Penyandang Kemudian
Tengku Adnan Tengku Mansor "Ng Yen Yen"