Azerbaijan Airlines

Azerbaijan Airlines AZAL (Azeri: Azərbaycan Hava Yolları) adalah syarikat penerbangan kebangsaan dari Azerbaijan yang berpusat di Baku.[1][2] Pengangkutan ini adalah dimiliki oleh negara dan mengendalikan penerbangan penumpang dan kargo Berjadwal dari Baku ke CIS, Eropah, Asia dan USA dan juga penerbangan domestik. Pangkalan utamanya adalah Lapangan Terbang Heydar Aliyev, Baku[3].

Azərbaycan Hava Yolları
Azerbaijan Airlines
Republik Azerbaijan
IATA ICAO Pengenal
J2 AHY AZAL
Ditubuhkan7 April, 1992
HabLapangan Terbang Heydar Aliyev, Baku
Bandar tumpuanLTA Gyandzha
LTA Nakhichevan
LTA Lenkoran
LTA Kyurdamir
LTA Akstafa
LTA Belokany
LTA Dollyar
LTA Nasosnaya
Pesawat30
Destinasi50
Ibu pejabatBaku, Azerbaijan
Orang pentingJakhangir Askerov
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Laman webAzal.az

Sejarah sunting

Sejarah dari pengangkutan penumpang udara di Republik Azerbaijan bermula tahun 1923 ketika penerbangan penumpang biasa bermula beroperasi antara Baku dan Tbilisi di dalam pesawat buatan Jerman "Junkers". Sebelum kemerdekaan republik Azerbaijan tahun 1991 Azerbaijan Airlines (AZAL) merupakan sebahagian daripada Aeroflot. Menjadi salah satu cabang dari Aeroflot, Syarikat penerbangan nasional "Azerbaijan Hava yolları" hanya melayani penerbangan domestik di dalam Kesatuan Soviet kerana Aeroflot mempunyai monopoli terhadap penerbangan antarabangsa. Sekarang saat Azerbaijan menjadi negara merdeka Azerbaijan Airlines sebagai syarikat penerbangan kebangsaan dengan bangga menyediakan perkhidmatan berkualiti dan keramahan kepada pengguna di pasaran penerbangan antarabangsa mengikut standart dan cadangan dari ICAO dan IATA. Dengan keuntungan letak geografi dan kemampuan tinggi pengendalian yang dilakukan Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev dengan cepat menjadi hub yang sibuk di region untuk transit dan menyambung penerbangan antara Timur dan Barat, Utara dan Selatan.


Pada 9 Oktober 2000 sebuah event bersejarah berlaku dalam sejarah Azerbaijan Airlines - Pesawat baru Boeing 757-200 baru pertama milik syarikat penerbangan tersebut mendarat di Lapangan Terbang Heydar Aliyev. Sejak saat itu pesawat armada dari Azerbaijan Airlines secara berperingkat digantikan oleh Boeing, Airbus dan sejak tahun 2005 menandatangani kontrak dengan Boeing untuk mendatangkan pesawat Boeing baru. - Pesawat Airbus A319 pertama, dinamakan dengan nama bandar kedua terbesar di Azerbaijan "Ganja" menyertai dalam armada pesawat pada 2 September 2005. Pada 24 Ogos 2007 sebuah pesawat baru - ATR 42-500, datang di Lapangan Terbang Heydar Aliyev. Pesawat ini sekarang beroperadi dalam penerbangan domestik dan juga tujuan antarabangsa.

Syarikat ini juga mengadakan pelaburan signifikan dalam penyediaan pesawat baru, yang meningkatkan keselesaan dan keselamatan penumpang.

Destinasi sunting

Armada sunting

Armada Azerbaijan Airlines terdiri dari pesawat seperti berikut (12 Julai 2010):[4][5]

Armada Azerbaijan Airlines
Pesawat Dalam Armada Pesanan Penumpang
(Perniagaan*/Ekonomi)
Catatan
Airbus A319 1 0 77 (0/77) Dikendalikan untuk kerajaan Azerbaijan
Airbus A319-114 3 0 114 (24/66)
Airbus A320-211 4 0 132 (0/132) Disimpan di DUS
Airbus A340-500 0 2 237 (0/237)
Antonov An-26B 1 0 Kargo
ATR 42-500 2 0 50 (0/50)
ATR 72-500 4 0 74 (0/74)
Boeing 757-200 4 0 192 (30/162)
Boeing 767-300ER 1 1 192 (30/162)
Boeing 767-300F 0 2 Kargo
Boeing 787-8 0 4 TBA
Tupolev Tu-154M 3 0 147 (0/147) 2 dikendalikan untuk kerajaan Azerbaijan
Total 22 14

Pada Julai 2010, usia rata-rata dari armada Azerbaijan Airlines adalah 5.8 tahun.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Welcome Diarkibkan 2010-11-19 di Wayback Machine." Azerbaijan Airlines. "Nizami st. 84 AZ 1095 Baku."
  2. ^ "To Our Head Sales Office Diarkibkan 2010-10-30 di Wayback Machine." Azerbaijan Airlines. "Nizami st. 84 AZ 1095 Baku."
  3. ^ Flight International, Directory: World Airlines, p.83, 27
  4. ^ Azerbaijan Airlines Fleet
  5. ^ "FARNBOROUGH: Azerbaijan swaps 737 order for three 767s". Flightglobal.com. 22 July 2010. Dicapai pada 22 July 2010.
  6. ^ Azerbaijan Airlines Fleet Age

Pautan luar sunting