Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin (lahir 25 Oktober 1953) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke-15 bermula 1 September 2009 hingga 14 Jun 2011. Beliau merupakan satu-satunya Panglima Angkatan Tentera yang dilantik daripada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Datin Sri Noorainee binti Abd Rahim serta dikurniakan lima orang cahayamata. Beliau dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan dan amat meminati sukan golf.


Azizan Ariffin

Panglima Angkatan Tentera ke-17
Dalam jawatan
1 September 2009 – 14 Jun 2011
RajaTuanku Mizan Zainal Abidin
Didahului olehJeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal
Digantikan olehJeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli Mohd. Zin
Panglima Tentera Udara ke-15
Dalam jawatan
30 Oktober 2006 – 31 Ogos 2009
RajaTuanku Mizan Zainal Abidin
Didahului olehJeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed
Digantikan olehJeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali Daud
Butiran peribadi
Lahir (1953-10-25) 25 Oktober 1953 (umur 70)
Yan, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
PasanganPuan Sri Datin Sri Noorainee Abd Rahim
Anak-anak5
Alma materMaktab Tentera Diraja
Air Command and Staff College
Indian National Defence College
Anugerah awam Panglima Mangku Negara (PMN)
Panglima Setia Mahkota (PSM)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
Tahun perkhidmatan1970–2011
Pangkat Jeneral
PerkhidmatanPanglima Angkatan Tentera (2009–11)
Panglima Tentera Udara (2006–09)
Military awards Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)

Kehidupan awal sunting

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM dilahirkan di Yan, Kedah pada 25 Oktober 1953. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Anak kelahiran negeri Jelapang Padi ini menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Oktober 1970.

Penglibatan Awal sunting

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM menamatkan latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja dengan jayanya, dan seterusnya ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 16 April 1971 ke dalam Cawangan Kawalan Trafik Udara.

Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan Kawalan Trafik Udara di Australia pada tahun 1971 dan 1973. Jawatan pertama beliau dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau telah menyandang pelbagai jawatan sebagai Pegawai Trafik Udara. Antaranya di JATCC Paya Lebar Airport Singapore dan Pangkalan Udara Kuantan.

Kursus sunting

Pada 15 April 1976, beliau telah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia dan menerima kelayakan untuk menjadi juruterbang TUDM apabila dianugerahkan Sayap Penerbangan pada 8 Julai 1977. Semenjak dari itu, kerjaya beliau terus berkembang sebagai seorang juruterbang TUDM. Beliau telah menerbangkan berbagai jenis pesawat TUDM, dan antaranya adalah CT 4s, Aermacchi MB 326H, Bulldog B 100, Cessna 402B, BAe 125, Fokker 28, Pilatus PC 7, Falcon 900 dan juga C130.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah menghadiri berbagai kursus kepakaran dan juga kerjaya baik di luar mahupun dalam negara. Beliau adalah merupakan graduan Air Command and Staff College (USA) dan juga National Defence College (India).

Tugas Penting sunting

Sepanjang kerjaya beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai tugas penting di peringkat staf, pemerintah dan tiga Perkhidmatan ATM. Antaranya, beliau pernah menyandang tugas sebagai Ketua Skuadron VIP, pemeriksa (examiner), ketua dan jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan TUDM. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan salah seorang ahli Tim Penerbangan Akrobatik TUDM iaitu Tim Taming Sari. Antara jawatan penting lain adalah sebagai Penasihat Pertahanan di Islamabab (Pakistan), Pengarah Latih di Markas Tentera Udara dan Ketua Staf No 2 Divisyen Udara. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Panglima 2 Divisyen Udara dan Komandan Kolej Tentera Udara. Berkat ketokohan yang beliau miliki telah melayakkan beliau dilantik menjadi Komandan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dan sekaligus mencatat sejarah sebagai Komandan ATMA yang pertama dari Perkhidmatan Udara.

Jawatan Panglima sunting

Sebelum dilantik mengetuai Tentera Udara DiRaja Malaysia, beliau telah menjawat jawatan sebagai Panglima Operasi Udara , dan kemudiannya Timbalan Panglima Tentera Udara mulai 5 April 2004. Kredibiliti serta ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki telah melayakkan beliau dilantik untuk menerajui Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai Panglima Tentera Udara bermula pada 30 Oktober 2006. Tanggal 1 September 2009 adalah merupakan tarikh keramat dalam perkhidmatan beliau khususnya dan TUDM amnya apabila beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-15. Lebih signifikan lagi beliau telah melakar sejarah kerana menerima mandat sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari Perkhidmatan Udara sejak jawatan itu digilirkan antara ketiga-tiga cabang Perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara.

Pingat dan Darjah Kebesaran sunting

Sebagai mengenang jasa dan penghargaan atas sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Perkhidmatan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah dikurniakan dengan beberapa darjah kebesaran persekutuan, negeri dan juga ATM. Antara darjah kebesaran tersebut adalah Darjah Kebesaran Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) kurniaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ke-13 yang membawa gelaran Tan Sri, Darjah Kebesaran Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kurniaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kurniaan KDYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri, Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) kurniaan KDYMM Sultan Pahang, Darjah Kebesaran Sri Panglima Taming Sari (SPTS) kuniaan KDYMM Sultan Perak membawa gelaran Dato’ Seri, Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) kuniaan KDYMM Sultan Pahang, Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muazam Shah (DHMS) dan Darjah Kebesaran Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) kurniaan KDYMM Sultan Kedah.

Darjah-darjah kebesaran yang turut beliau terima adalah Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia DiRaja (JSD) dan Kesatria Angkatan Tentera (KAT) serta Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Rujukan sunting

  1. http://maf.mod.gov.my/index.php/ms/panglima-tertinggi/profil-pat Diarkibkan 2011-01-04 di Wayback Machine


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Udara
30 Oktober 2006 - 31 Ogos 2009
Penyandang Kemudian
Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed Tan Sri Rodzali bin Daud


Penyandang Terdahulu Panglima Angkatan Tentera
1 September 2009 - 14 Jun 2011
Penyandang Kemudian
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Aziz Haji Zainal Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin