Azman Ibrahim

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dr Azman Ibrahim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Terengganu bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2018-2021. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Di peringkat Kerajaan Negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu[1].


Azman Ibrahim

AMZ (Terengganu)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2023
TimbalanHilmi Harun
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
PortfolioPertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi
Kawasan pilihan rayaJabi
Dalam jawatan
2018–2023
TimbalanHilmi Harun
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
PortfolioPertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar
Kawasan pilihan rayaJabi
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Jabi
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Mohd Iskandar Jaafar
Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Dalam jawatan
2020–2021
Didahului olehWan Abdul Rahim Wan Abdullah
Digantikan olehAb Aziz Ab Kadir
Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
Dalam jawatan
2020–2022
PengerusiRazali Idris
Butiran peribadi
Lahir (1974-09-20) 20 September 1974 (umur 49)
Kampung Bukit Tanah, Besut, Terengganu
KerakyatanMelayu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganNik Yushanida Nik Yusof
Anak-anak4
PekerjaanAhli Politik
ProfesionDoktor pergigian

Latar belakang sunting

Azman mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, dan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan pengajian Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pergigian dari Universiti Baghdad, Iraq.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai pegawai pergigian di sekitar negeri Terengganu termasuklah Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kuala Terengganu (Jalan Air Jerneh), Pegawai Pergigian di Hospital Kuala Terengganu dan Pegawai Pergigian di Hospital Daerah Besut.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pensyarah Pergigian (Pelatih) di Universiti Sains Malaysia sebelum membuka klinik pergigian sendiri di Kubang Kerian, Kelantan.

Politik sunting

Pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2008 DUN Jabi, Terengganu Azman Irbahim (PAS) 5,560 Ramlan Ali (BN-UMNO) 6,364 85.82% 804
2013 DUN Jabi, Terengganu Azman Irbahim (PAS) 6,953 Mohd Iskandar Jaafar (BN-UMNO) 7,735 88.60% 782
2018 DUN Jabi, Terengganu Azman Irbahim (PAS) 8,061 Mohd Iskandar Jaafar (BN-UMNO) 8,006 55
Aziz Abas (PH-Amanah) 690

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Terengganu
    •   Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z.) - 2019[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-04-07. Dicapai pada 2019-04-07.
  2. ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.