Mohd Azmi Mahmud (lahir pada 6 Mei 1967 di Parit Buntar, Perak.)merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia. Azmi ialah penjaga gol pasukan bolasepak negeri Kedah yang terkenal pada awal 1990-an.

Azmi Mahmud
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Azmi Mahmud
Tarikh lahir (1967-05-06) 6 Mei 1967 (umur 56)
Tempat lahir Parit Buntar, Perak, Malaysia
Posisi permainan Penjaga Gol
Kerjaya remaja
1983-1986 Kedah Schools Team
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1986-2003 Kedah FA 130 (0)
Pasukan kebangsaan
1987-1990 Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada December 12,2013

Biografi sunting

Mohd Azmi Mahmud lahir pada 6 Mei 1967 di Parit Buntar, Perak. Beliau bukan anak jati Kedah, tetapi ketika di tingkatan empat beliau telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di Alor Setar, Kedah. Hobi Azmi ialah bermain video game di kompleks City Point dan menonton filem Hindustan di TV2. [1]

Kerjaya Remaja sunting

Semasa di KSAH, Azmi terpilih untuk mewakili Pasukan Sekolah-Sekolah Kedah dalam Pertandingan Piala Rahman semasa acara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Ketika di tingkatan lima pula, Azmi yang sememangnya dari awal telah bermain dalam posisi penjaga gol, telah terpilih untuk mewakili pasukan Pelajar Malaysia dalam Pertandingan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Pasukan Pelajar Malaysia mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Kerjaya Senior sunting

Sebaik sahaja tamat persekolahan, Azmi mula bermain untuk pasukan Kedah dalam pertandingan Piala Presiden pada 1986 hingga 1988.Beliau menjadi tumpuan peminat sukan tanahair setelah pasukan Kedah berjaya menumpaskan pasukan Singapura dalam pertandingan akhir Piala Malaysia pada 15 Disember 1990. Pada 1990 Azmi menerima Pingat Jaksa Kebaktian yang dikurniakan oleh Sultan Kedah. [2]

Malaysia sunting

Dalam usia 20 tahun, Azmi Mahmud akhirnya terpilih untuk menyertai Pasukan Malaysia di samping khidmat tetap beliau dalam pasukan Kedah.[3]

References sunting

  1. ^ http://arkibnegara.blogspot.com/2011/02/azmi-mahmud-1991.html
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-14. Dicapai pada 2013-12-14.
  3. ^ http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/players/player=45995/index.html