Aznil Nawawi

Pengacara, pelakon, pengarah, penyanyi, penghibur dan penyampai radio Malaysia

Datuk Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962), lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, pengarah, penulis, penyanyi, penghibur dan penyampai radio di Malaysia.[1][2] Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun.[3] Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.[4]


Aznil Haji Nawawi
Aznil pada 2010.
Kelahiran
Aznil bin Haji Nawawi

(1962-11-06) 6 November 1962 (umur 61)
Nama lainPak Nil
PendidikanIjazah Sarjana Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
PekerjaanPengacara, pelakon, pengarah, penulis, penyanyi, penghibur, penyampai radio
Tahun aktif1990−kini
Karya terkenal
Akademi Fantasia
Macam-Macam Aznil
Tom Tom Bak
Jangan Lupa Lirik
Seiras Seirama
LePakNil
PasanganZahauyah Tarmizi (bercerai)
Anak-anak3
IbuHajah Norbaiti binti Haji Surur
BapaHaji Nawawi bin Shirin
SaudaraNora Nawawi (kakak)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif1996, 2006, 2008
Syarikat rakaman
Pony Canyon
KRU Records

Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara). Pada tahun 1996, beliau melancarkan album pertama Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006) dan Magika (2010). Beliau melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits "Jumpa Di Sana" dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.[5]

Beliau dianugerahkan gelaran kehormat Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013. Sepanjang kerjayanya dalam bidang penyiaran, Aznil telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Seri Angkasa bagi Pengacara TV Popular, dan beberapa lagi anugerah yang diterimanya.

Di luar bidang seni, Aznil juga terlibat dalam pelbagai acara amal, kempen dan aktiviti kebajikan termasuk Kempen Jom Ganyang Aedes anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peranannya sebagai duta, Aznil dilantik sebagai Duta Perpaduan bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Duta Sihat 1Malaysia, dan Ikon Cinta Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 6 November 1962 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur (ketika itu di bawah jajahan Selangor) Persekutuan Tanah Melayu (kini zaman moden Malaysia) merupakan anak keenam daripada tujuh beradik, kepada pasangan Hajah Norbaiti Surur (7 Julai 1926–27 Jun 2016)[6] dan Haji Nawawi Shirin. Beliau memegang ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3.

Kerjaya sunting

Penyiaran sunting

 
Aznil dan kanak-kanak di rancangan Tom Tom Bak

Ketika memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Beliau kemudian beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992.[7] Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?.[8][9]

Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengacara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2003 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.

Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura kini disiarkan di Astro Prima.

Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.[10][11][12][13]

Pada tahun 2009, Aznil digandingkan bersama Din Beramboi[14] sebagai pasangan juruhebah terbaru rancangan Riuh Pagi di Era FM, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM. Pada tahun yang sama, filem Cicakman 2 - Planet Hitam ditayangkan di pawagam,[15][16] Aznil kembali melakonkan watak Profesor Klon.[17]

Beliau bersama-sama Suhaimi Sulaiman dan Dangsuria Zainuddin menjadi juri rancangan realiti TV terbitan Astro, On Air, iaitu sebuah rancangan realiti TV yang diwujudkan bagi mencari bakat baharu dalam bidang penyiaran. Hafizul Kamal, Hefny Sahad, Dahlia Shazwan merupakan antara peserta yang dicungkil menerusi On Air, sekaligus melancarkan kerjaya penyiaran mereka.[18]

Pada Januari 2015, beliau terbang ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat atas jemputan NBC Universal untuk acara International Press Junket yang bertujuan memperkenalkan program musim baharu seperti Live From Red Carpet, The Kardashians dan Fashion Police. Malah ketika di sana beliau juga berkesempatan menghadiri acara Anugerah Golden Globe. Pada 22 Februari, beliau dijemput oleh HBO Asia bagi menjayakan acara permaidani merah Anugerah Akademi ke-87 yang diadakan di Hollywood.[19]

Pada 30 September 2015, Aznil menamatkan kontrak 10 tahun bersama ASTRO, sambil menyatakan beliau kini pengacara bebas. Beliau yang berkhidmat sebagai naib presiden bahagian pembangunan bakat Astro, mengakui rindu untuk muncul kembali di TV3 dan RTM.[20]

Pada Februari 2016, Aznil sekali lagi terbang ke LA bagi menjayakan acara permaidani merah Anugerah Akademi ke-88.[21][22][23]

Pada April 2017, Aznil telah dipilih sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2017 bagi menggantikan personaliti TV Singapura, Najip Ali yang digugurkan sebagai juri tetap berikutan kontroversi persenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rancangan TV negara itu, Ok Chope! yang disiarkan pada 29 Mac 2017, mengundang kemarahan rakyat.[24][25][26][27]

Muzik sunting

Aznil melancarkan album sulungnya, Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon. Album yang dikeluarkan pada 31 Disember 1996 mengandungi 10 lagu, "Jumpa Di Sana" ialah single pertama album ini, lagu "Zakia" dendangan asal Ahmad Albar turut dimuatkan dalam album ini.

Pada 13 Ogos 2008, beliau melancarkan EP pertamanya, EP terbitan KRU Studios yang memuatkan empat buah lagu. Tiga daripadanya adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim berjudul "Jangan Cepat Marah", "Profesor Klon" dan "Teramat Sangat".[28] Lagu "Teramat Sangat" dimuatkan dalam album runut filem Duyung, lagu "Profesor Klon" dimuatkan dalam album runut bunyi filem Cicakman lakonan Aznil. Album ini juga memuatkan lagu "Toyol" nyanyian asal Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang diubahsuai susunan muziknya agar menjadi lebih rancak. Dalam temuramah semasa pelancaran EPnya,[29] beliau berkata:

"Kemudian Edry meyakinkan saya untuk teruskan perjuangan dalam industri ini. Katanya, saya boleh menyanyikan lagu yang berkarektor. Maksudnya, orang nak lihat persembahan saya yang aktif. Mereka datang untuk berhibur dan saya selesa menyanyikan lagu yang menghiburkan. Jadi, saya kata ok lah kerana tiga suku daripada peminat saya adalah kanak-kanak. Mereka nak lagu yang lucu dan lebih dekat dengan mereka. Dengan penuh hormat saya ikut sahaja dan menyanyi. Bila lagu saya dipasarkan, ramai yang sukakan lagu itu. Lepas tu, saya nyanyikan apa sahaja lagu yang diberikan. Alhamdulillah, ini adalah pelancaran album yang pertama dalam hidup saya sebab album yang dulu tidak dilancarkan,[30]

Aznil sendiri mengakui bahawa pelancaran album yang pertama walaupun pernah dilancarkan pada 1996.

Televisyen dan filem sunting

Pada 1997, beliau mengarahkan siri televisyen pertamanya yang bertajuk Si Lembik yang dibintangi oleh Liyana Jasmay dan bersiaran di TV3.

Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem apabila beliau mengarahkan filem pertamanya, Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau bersama Azwan Ali. Filem ini dikeluarkan pada 19 Ogos 2004 dan menjadi kejayaan komersial, filem terbitan Boommax Sdn. Bhd. itu berjaya mengutip RM1 juta hasil jualan tiketnya.[31][32][33] Beliau sebelum ini sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa pada 1995.

Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man yang ditayangkan pada 2006.[34] Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots.

Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk watak Tuan Vilus dalam filem animasi pengembaraan sukan 2013, Bola Kampung The Movie yang berdasarkan daripada siri animasi dengan judul sama terbitan Animasia Studios.[35][36]

Beliau juga menjayakan peranan undangan sebagai pengacara TV dalam filem romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G lakonan Syamsul Yusof, Nora Danish dan Puteri Balqis.[37]

Perniagaan produk sunting

Pada 30 Mei 2016, beliau melancarkan produk penjagaan wajah dengan jenama Anell by Aznil Nawawi. Produk tersebut terdiri daripada sabun pencuci muka, penyegar, krim pelembab siang dan malam, beliau juga memiliki 40 peratus pemilikan dalam penghasilan produk tersebut.[38][39][40][41]

Aktivisme dan kedermawanan sunting

Sepanjang kerjayanya, Aznil terlah terlibat dalam pelbagai acara-acara amal dan kempen kemasyarakatan. Pada tahun 2007, Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang diasaskan oleh Allahyarhamah Tun Endon Mahmood juga telah melantik Aznil sebagai Duta Perpaduan yang bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza untuk kempen Warna-warna Malaysiaku.[42]

Pada tahun 2010, beliau telah dilantik oleh Mines Event Management Sdn Bhd telah melantik bsebagai duta Mega Bookfair READ Malaysia 2010 yang dianjurkan dari 4 hingga 13 Jun untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran, dalam usaha beliau untuk menggalakkan golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka, Aznil juga menghulurkan tangannya ke dalam menganjurkan hari-bengkel untuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah di pengucapan awam.

Mines Event Management Sdn Bhd juga telah melantik beliau sebagai duta Mega Bookfair READ Malaysia 2010 yang dianjurkan dari 4 hingga 13 Jun 2010 untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran, dalam usaha beliau untuk menggalakkan golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka, Aznil juga menghulurkan tangannya ke dalam menganjurkan hari-bengkel untuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah di pengucapan awam.

Aznil turut membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi kempen anti-denggi, Jom Ganyang Aedes dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Penglibatan beliau dalam kempen ini adalah satu tanggungjawab sosial kepada negara dan untuk menarik minat masyarakat dalam memerangi gejala demam denggi dan pembiakan nyamuk Aedes.[43][44][45][46][47] Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pemilihan Aznil untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan.[48]

Aznil juga memainkan peranan yang sangat penting dengan Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia untuk bayi terabai.[49][50]

Beliau juga telah disenaraikan dalam Top 10 Selebriti Paling Berpengaruh Di Malaysia oleh The Star bersama Datuk Lat, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Bernard Chandran dan Datuk Jimmy Choo.[51]

Aznil juga bertindak sebagai penaung dan penaja untuk Festival Tari Kanak-kanak yang dianjurkan oleh Kolej Kinabalu Universiti Malaya. Ini adalah selaras dengan kepentingan beliau untuk memupuk tarian tradisional Melayu di kalangan orang-orang muda.

Pada Januari 2012, Aznil bersama-sama Phoebe Yap Siok Wah dan G.Uthaya Kumar telah dilantik sebagai Duta Sihat 1Malaysia selama setahun. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemilihan ketiga-tiga selebriti tersebut, yang merupakan pengacara popular serta disenangi pelbagai golongan masyarakat adalah bagi membantu mempromosi amalan cara hidup sihat serta mencegah penyakit denggi serta penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD).[52]

Pada Mac 2015, Beliau telah dilantik sebagai Ikon Cinta Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas kredibiliti dan imej mesra peminat yang dimiliki oleh beliau.[53] Pelantikan beliau bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai pembayaran cukai pendapatan.[53]

Pada 30 November 2016, Aznil telah dipilih sebagai penerima Tokoh Ikon Bahasa oleh Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).[54] Pemilihan beliau dibuat oleh jawatankuasa Pemilihan Tokoh Pejuang Bahasa PLM Tahun 2016 yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada individu yang puluhan tahun secara konsisten memperjuangkan maruah dan martabat bahasa Melayu di negara ini. Anugerah yang diterima oleh beliau merupakan anugerah khas yang pertama kali diperkenalkan sebagai penghargaan kepada ikon yang banyak membantu mempromosikan baha­sa Me­layu kepada masyarakat di Malaysia.[55]

Pada Januari 2017, beliau dilantik sebagai ikon kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau menerima watikah pelantikan ikon SBJK daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, di Kementerian Pendidikan, hari ini. Pelantikan beliau adalah berdasarkan beberapa kriteria yang dimilikinya termasuk sering terbabit secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat. Pelantikan Aznil sebagai ikon SBJK berkuatkuasa 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018.[56][57][58][59][60][61][62]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), Fariq Haizen (Riki), dan Firdaus Hariz (Riz), hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Zauyah Tarmizi.[63]

Pada 27 Jun 2016, ibu beliau Norbaiti Surur meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada usia 90 tahun akibat sakit tua. Aznil memaklumkan sendiri berita pemergian ibunya menerusi aplikasi WhatsApp.[64] Aznil berkata, dia reda dengan pemergian ibunya selepas hampir tiga tahun terlantar di rumah. Jenazah ibunya selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Keramat, di sini, pada 10.45 pagi tadi yang turut dihadiri lebih 100 orang termasuk ahli keluarga terdekat, saudara-mara dan rakan beliau.[65][66]

Pencapaian cemerlang sunting

 
Aznil bersama trofi kemenangannya.

Pada 22 Ogos 2008, Aznil menerima Anugerah Galakan Ketrampilan Berbahasa Televisyen 2007, sempena majlis anugerah Citrawangsa 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di atas penglibatannya memartabatkan bahasa Melayu di dalam program TV terbitannya.

Pada 1 Februari 2013, sempena Hari Wilayah Persekutuan, Aznil menjadi antara 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dalam istiadat penganugerahannya yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara. Beliau merupakan antara 41 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk.[67][68][69]

Selain beliau,[67] antara yang turut menerima darjah sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Noriah Hashim; Setiausaha Bahagian (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaini Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Che Azemi Haron dan Pengarah (Bahagian Saraan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Raja Noor Zaedah Raja Ahmad.[67] Turut menerima darjah sama ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Sri Cheng Heng Jem dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.[67]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Sama Tak Serupa Fariq Filem pertama
2004 Aku No. 1 Aznil Juga sebagai pengarah dan penulis
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Pasangan Kekasih Lelaki Pelakon undangan
2006 Cicak-Man Profesor Klon
2007 Otai Pengacara Program Otai
2008 Cicakman 2 - Planet Hitam Profesor Klon
2010 Magika Pak Pandir
2012 Hoore! Hoore! Rizal
2013 Bola Kampung The Movie Tuan Vilus (suara)
2015 Ribbit Mat Rompi (suara) Alih suara BM
2018 Makrifat Cinta Pengacara TV

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995–1996 Sambal Tok Suek TV3 Pelakon undangan
1997 Si Lembik Sebagai pengarah
2021 Ramadan Pertama Edi Pak Sobri Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Pak Nil... Ibu Kirim Salam Pak Nil Astro Prima Penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
1992–1999 Pop Kuiz Pengacara TV3 Rancangan televisyen pertama
1993 Anugerah Juara Lagu ke-8 mengacara bersama Azwan Ali dan Ogy Ahmad Daud
1998-1999 Ad-Lib TV1
1999-2000 HMI Istimewa
2000 Kamera APO? NTV7
2001 POP TV TV1 mengacara bersama Avaa Vanja
Bintang RTM
2003–2007, 2011 Akademi Fantasia Astro Ria
2003 Anugerah Juara Lagu ke-18 TV3 mengacara bersama Sarimah Ibrahim
2003–2004 Melodi Selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara eksklusif bersama Astro pada Oktober 2004
2004–2011 Macam-macam Aznil[70] Astro Ria
2007 Anugerah Planet Muzik 2007 Astro Ria, Mediacorp Suria
2007–2019 Tom Tom Bak Astro Ceria
2008 Jangan Lupa Lirik Astro Ria
2012 Anugerah Industri Muzik ke-19 Astro Ria
Mania!
2013 Clever! Edisi Malaysia Astro TVIQ
2014 HLive Apa Kata Malaysia Astro Ria
Lagi Riuh Macam-Macam Aznil
2015 Seiras Seirama
2016 LePakNil
2017 Go Shop Pak Nil Astro Go Shop
Akademi Fantasia Megastar Astro Ria
2019 Mikrofon Impian
Ceria Megastar Ministar Juri Astro Ceria
2020–2024 The Masked Singer Malaysia Astro Warna
2021 Panggung Memori Pengacara
2021–2022 The Masked Singer Malaysia Reunion Juri
Hard To Heart Pengacara Astro Ria
2022 Karaoke Superstar mengacara bersama Ain Edruce
2022–2023 All Together Now Malaysia (musim 2) Juri
2022–2023 Raja Viral Pengacara YouTube
2023 Innovathon Mentor Astro Ria

Siniar sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2024 Studio Sembang Artis Jemputan bersama Amelia Henderson

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
5 Januari 2009 - 1 Disember 2011 Riuh Pagi Era & Carta Era 40 Era
4 Mac 2024 - kini Pagi On Point Extended Kool 101

Diskografi sunting

Album sunting

Tajuk Maklumat album
Macam-Macam[71][72]
Aznil[73][74]

Single sunting

Tajuk Tahun Album
"Jumpa Di Sana" 1996 Macam-Macam
"Jangan Cepat Marah" 2006 Ini Baru Power 2
"Profesor Klon" 2007 OST Cicak-Man
"Teramat Sangat" 2008 OST Duyung

Anugerah dan penghargaan sunting

Tahun Anugerah dan pencalonan Kategori Keputusan
2003 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2004 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Seri Angkasa 2004 Pengacara TV Terbaik Menang
Rancangan Hiburan TV Terbaik (Macam-macam Aznil) Menang
Anugerah Khas Media Hiburan Anugerah Khas Menang
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Seri Angkasa 2005 Pengacara TV Terbaik Menang
Anugerah Televisyen Asia 2005 Rancangan Bual Bicara Terbaik (Macam-macam Aznil) Menang
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2007 Anugerah Skrin 2007 Bual Bicara Terbaik (Kategori Penerbitan Dalaman) Menang
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
Anugerah TV3 MyKids Pengacara Paling Berinspirasi Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon
2022 Anugerah MeleTOP Era 2021 Anugerah Khas Menang
Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik (Ramadan Pertama Edi) Tercalon
  •   Malaysia :
    •   Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) -Datuk (2013)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nina Farzuin Md Sharom (31 Mei 2015). "Datuk Aznil Nawawi selebriti versatil". Sinar Harian. Dicapai pada 22 December 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2015). "Sudah lama terima hakikat zaman kejatuhan - Aznil Nawawi". Berita Harian. Dicapai pada 22 December 2015.
  3. ^ Aqmar Mustaza (1 September 2014). "25 tahun Aznil Nawawi..." Sinar Harian. Dicapai pada 22 December 2014.
  4. ^ "Pak Nil's record unbeaten". The Star. 11 August 2016. Dicapai pada 9 April 2017.
  5. ^ Ifqdar Rahman (21 Mac 2014). "Aznil cerewet". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-09. Dicapai pada 9 April 2014.
  6. ^ "Ibu Aznil Nawawi meninggal dunia". Sinar Harian. 27 Jun 2016. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  7. ^ "Konsep program Pop Kuiz dikemaskan lagi". mStar Online. 3 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 22 December 2010.
  8. ^ "Kamera Apo? cabaran baru Aznil". Utusan Malaysia. 28 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 7 April 2010.
  9. ^ "Saya tidak berniat aibkan orang- Aznil". Utusan Malaysia. 1 Oktober 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 7 April 2010.
  10. ^ Khadijah Ibrahim (18 Jun 2007). "Tom Tom Bak cungkil bakat kanak-kanak". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-06. Dicapai pada 2017-04-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  11. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (16 Mei 2008). "Aznil cari selebriti cilik". Kosmo!. Dicapai pada 2017-04-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  12. ^ Budiey (16 Jun 2010). "Anmum Essential Tom Tom Bak Musim Ke-3 Lebih Meriah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2017-04-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ Ramlah Zainal (17 November 2016). "Tom Tom Bak tembusi pasaran Indonesia". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-06. Dicapai pada 2017-04-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ Ubat saya sudah pergi
  15. ^ Juliana June Rasul (18 December 2008). "Is the world ready for CICAKMAN?". Asia One. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada 7 April 2014.
  16. ^ "Crawling in My Skin – Cicakman 2". Thoughtsonfilms. April 23, 2009. Dicapai pada 7 April 2014.
  17. ^ "Aznil Malu, Minta KRU Siasat 'Profesor Klon' Diciplak". mSTAR Online. 21 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 7 April 2014.
  18. ^ Roni Hidayat Riduan (10 Februari 2012). Kelainan On Air Kosmo!. Diperoleh pada 19 September 2018.
  19. ^ "Pak Nil cuba nasib jadi pengacara E News". Astro Awani. 11 Januari 2015. Dicapai pada 11 Januari 2015.
  20. ^ "Aznil now an independent after quitting Astro". The Star Online. 3 October 2015. Dicapai pada 4 October 2015.
  21. ^ "Aznil Nawawi goes to the Oscars - again". The Malay Mail Online. 28 February 2016. Dicapai pada 7 April 2016.
  22. ^ "Pak Nil ke Hollywood lagi". Berita Mediacorp. 24 Disember 2015. Dicapai pada 9 April 2016.
  23. ^ "The Oscars: Pak Nil Mahu Tunjuk Gambar Artis Tempatan Pada Selebriti Hollywood". Perak Today. 26 Februari 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
  24. ^ "Datuk Aznil Nawawi ambil alih tugas Najip Ali sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega". Kosmo!. 7 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-14. Dicapai pada 7 April 2017.
  25. ^ Arif Fadli Mohd Sori (7 April 2017). "MLM: Pak Nil ganti Najip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 April 2017.
  26. ^ Najiy Jefri (7 April 2017). "Aznil ganti Najip". Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2017.
  27. ^ "Pak Nil ganti Najip Ali juri tetap MLM2017". Agenda Daily. 7 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-01. Dicapai pada 7 April 2017.
  28. ^ Shazryn Mohd Faizal (29 Ogos 2008). "Pembakar semangat Aznil". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-09. Dicapai pada 8 April 2014.
  29. ^ Siti Azira Abdul Aziz (15 Ogos 2008). "Aznil berhasrat rakam semula lagu Sudirman". mSTAR Online. Dicapai pada 8 April 2013.
  30. ^ Budiey (15 Ogos 2008). "Sekitar Pelancaran Album Mini Aznil Haji Nawawi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 April 2014.
  31. ^ Zieman (9 Ogos 2004). "Aku No.1 banking on exaggeration". The Malay Mail Online. Dicapai pada 7 April 2016.
  32. ^ Abdul Aziz Itar (28 Ogos 2004). "Aku No.1 kutip RM1 juta". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-08. Dicapai pada 8 April 2014.
  33. ^ "Aku No. 1 hmmm... tontonlah". Utusan Malaysia. 22 Ogos 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-08. Dicapai pada 8 April 2014.
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-06. Dicapai pada 2018-02-06.
  35. ^ https://peraktoday.com.my/2013/03/suara-latar-selebriti-hidupkan-bola-kampung-the-movie/
  36. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-06. Dicapai pada 2018-02-06.
  37. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  38. ^ "Akhirnya, Aznil Nawawi dedah rahsia awet muda". Astro Awani. 30 Mei 2016. Dicapai pada 7 April 2017.
  39. ^ "Aznil unlocks secrets to staying young". Astro Awani. 30 Mei 2016. Dicapai pada 7 April 2017.
  40. ^ Norhidayyu Zainal (30 Mac 2016). "Rahsia kekal muda Pak Nil". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2017.
  41. ^ Hazawani Ariffin (13 Ogos 2016). "Aznil Nawawi Elak Promosi Produk Terlampau, Takut Timbul Rasa Riak". Rotikaya. Dicapai pada 8 April 2017.
  42. ^ "Universiti diminta anjur program perpaduan". Utusan Malaysia Online. 13 May 2007. Dicapai pada 22 December 2010.
  43. ^ "Aznil dipilih ikon Jom Ganyang Aedes". Utusan Malaysia Online. 19 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-06. Dicapai pada 22 December 2010.
  44. ^ "Aznil dipilih ikon Jom Ganyang Aedes". WN. 19 Jun 2010. Dicapai pada 22 December 2010.
  45. ^ "Aznil Nawawi dilantik ikon antidenggi". WN. 18 Jun 2010. Dicapai pada 22 December 2010.
  46. ^ "Aznil to add sting in fighting Aedes menace". The Star Online. 19 June 2010. Dicapai pada 22 December 2010.
  47. ^ "Public to blame for rise in dengue cases". The Star Online. 19 July 2010. Dicapai pada 22 December 2010.
  48. ^ "Aznil Nawawi Dilantik Ikon Anti Denggi". mStar Online. 19 Jun 2010. Dicapai pada 22 December 2010.
  49. ^ Warga mStar (14 April 2010). 'Harapan Tanpa Suara' Sarat Mesej Kemanusiaan mStar Diakses pada 14 Ogos 2016.
  50. ^ Saharudin Musthafa (6 April 2010). Mereka prihatin, anda bagaimana Utusan Malaysia. Diakses pada 14 Ogos 2016.
  51. ^ Ramlah Zainal (7 September 2009). "Top 10 influential celebrities in Malaysia: Stars with the x-factor sizzle". Asia One. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-09. Dicapai pada 2017-04-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  52. ^ "Aznil, Phoebe Yap, Uthaya Kumar Duta Sihat 1Malaysia". Utusan Malaysia Online. 15 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 1 Januari 2012.
  53. ^ a b Norhidayyu Zainal (9 Mac 2015). "Misi baharu Pak Nil sebagai Ikon Cinta Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Mac 2015.
  54. ^ Khadijah Ibrahim (30 November 2016). "Aznil Tokoh Ikon Bahasa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-04-07. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  55. ^ Siti Haliza Yusop (30 November 2016). "Aznil Nawawi terima Anugerah Khas Ikon Bahasa". Berita Harian. Dicapai pada 2017-04-07. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  56. ^ Suhaila Shahrul Annuar (26 Januari 2017). "Aznil Nawawi ikon sekolah gelandangan, anak miskin". Berita Harian. Dicapai pada 2017-04-07. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  57. ^ Noorsila Abd Majid (26 January 2017). "School for underprivileged children names Aznil Nawawi as ambassador". New Straits Times. Dicapai pada 7 April 2017.
  58. ^ "Aznil is icon for SBJK". Astro Awani. 27 January 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
  59. ^ Juani Munir Abu Bakar (27 Januari 2017). "Aznil Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 April 2017.
  60. ^ "Aznil Nawawi Ingin Bantu Kanak-Kanak Terpinggir". Astro Gempak. 27 Januari 2017. Dicapai pada 8 April 2017.
  61. ^ "Aznil Nawawi Dilantik Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih". mSTAR Online. 26 Januari 2017. Dicapai pada 8 April 2017.
  62. ^ Hayati Ibrahim (27 Januari 2017). "Setulus hati Pak Nil". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2017.
  63. ^ "Seks Bukan Keutamaan – Aznil". Suara TV. 4 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-07. Dicapai pada 7 April 2015.
  64. ^ Zaidi Mohamad (27 Jun 2016). "Ibu Aznil Nawawi meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2017.
  65. ^ Najiy Jefri (27 Jun 2016). "Ibu Aznil sudah tiada". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-08. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  66. ^ "Pak Nil pilu dengan pemergian ibu". Metros Events. 27 Jun 2016. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  67. ^ a b c d "Aznil dikurnia Datuk sempena Hari Wilayah". Sinar Harian. 2 Februari 2013. Dicapai pada 7 April 2013.
  68. ^ Izza Ibrahim (5 Februari 2013). "Aznil Kini Bergelar Datuk". EH!. Dicapai pada 7 April 2013.
  69. ^ "Aznil Nawawi dianugerahkan gelaran Datuk". Oh Bulan!. 5 Februari 2013. Dicapai pada 7 April 2013.
  70. ^ Norliza Mohamad Zakaria (16 Julai 2009). "Aznil 'takut' kendali Macam-Macam Aznil". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-06. Dicapai pada 2017-04-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  71. ^ "Macam-Macam". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-05.
  72. ^ Macam-Macam (catatan media). Aznil Nawawi. Pony Canyon Malaysia. 1996.CS1 maint: others (link)
  73. ^ "Aznil". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-05.
  74. ^ Aznil (catatan media). Aznil Nawawi. KRU Records. 2008.CS1 maint: others (link)

Pautan luar sunting