Azrinaz Mazhar Hakim

Bekas Isteri Sultan Brunei

Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar (lahir 28 September 1979) merupakan bekas personaliti media dan jurnalis yang pernah berkhidmat sebagai wartawan untuk stesen penyiaran televisyen swasta pertama Malaysia TV3. Beliau adalah bekas isteri ke-3 kepada Sultan Brunei ke-29 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, dengan terasul "Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar"

Azrinaz Mazhar
Kelahiran
Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar

(1979-09-28) 28 September 1979 (umur 44)
WarganegaraMalaysia
PendidikanDiploma Penyiaran
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanWartawan penyiaran/jurnalis
PasanganSultan Hassanal Bolkiah (k. 2005; c. 2010)
Fairos Khan bin Abdul Hamid (k. 2018)
Anak-anakPengiran Muda Abdul Wakeel
Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah
Areesya Malaykha
Atheera Medinah
Ibu bapaHakim Mazhar bin Mohammad Johar
Fauziah binti Abdullah Mansoor

Pendidikan dan kerjaya sunting

Azrinaz Mazhar, atau mesra dengan panggilan Naz merupakan jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002. Beliau keluar dari TV3 pada Mei 2005.

Keluarga sunting

Azrinaz Mazhar dilahirkan pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan Hakim Mazhar bin Mohammad Johar dan ibunya Fauziah binti Abdullah Mansoor.

Azrinaz berkahwin dengan suaminya ketika itu, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur . Dengan perkahwinan tersebut, beliau dianugerahkan gelaran, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. [1] Mereka mempunyai dua anak iaitu :

Madu Azrinaz pada ketika itu ialah isteri pertama sultan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web [2]. Gelaran diraja Brunei 'Yang Teramat Mulia Pengiran' dan lain-lain gelaran ditarik balik.[3] Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).[4]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting