BM-14 (BM untuk Boyevaya Mashina, 'kenderaan tempur'), ialah sebuah pelancar roket berganda 140mm buatan Soviet, dan digunakan oleh Kesatuan Soviet.

BM-14 boleh menembak roket dipasang dengan bahan kimia (MS-14), asap (M-14D) atau kepala peledak serpihan letupan kuat (M-14-OF). Ia adalah sama dengan BM-13 "Katyusha" dan sebahagiannya digantikan dalam perkhidmatan oleh BM-21 Grad 122 mm.

Roket ini mempunyai jarak kira-kira 9.8 km dan boleh membawa peledak seberat 8 kg. Pelancar telah dibina dengan kelaianan 16 dan 17 peluru.

Senjata ini tidak berapa tepat kerana tidak ada sistem panduan, tetapi ia amat berkesan dalam pengeboman tepu.

Angkatan tentera Algeria menggunakan pelancar roket BM-14 pada tahun 1993 semasa Perang Saudara Algeria.[perlu rujukan]

Pautan luar sunting