BMP-1 adalah kenderaan afimbia Soviet Kenderaan tempur infantri bertrek. BMP bererti Boyevaya Mashina Pekhoty (Rusia: Боевая Машина Пехоты), bererti "kenderaan tempur infantri") [9]. The BMP-1 was the world's first mass-produced infantry fighting vehicle (IFV).[6][10] Ia dikenali sebagai M-1967, BMP dan BMP-76PB oleh NATO selebum nama sebenarnya diketahui.[11][12]

BMP-1
BMP-1 di Pengkalan Tentera Udara AS Bolling, 1 Oktober 1986.
JenisKenderaan tempur infantri
Tempat asal Kesatuan Soviet
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1966–kini
Digunakan olehSoviet, Rusia, Poland, Mesir, Syria, China, Afghanistan, India, Iraq, Jerman, Greece, dan Sweden.
PerangSee Sejarah perkhidmatan dan tempur
Sejarah pengeluaran
PerekaPavel Isakov (Design Bureau of the ChTZ)[1]
Direka1961–1965
PengeluarKurgan Engineering Works (KMZ) (USSR)[1]
ZTS Dubnica nad Váhom (Czechoslovakia)
Military Motorization Works No. 5 (Poland)
See also Production history section for details.
Dihasilkan1966–1983 (USSR)
unknown–1988 (Poland)
Jumlah dibinaMore than 20,000 of all variants (USSR)[2]
More than 3,000 of all variants (PRC)[3]
1,994 (Czechoslovakia)
274 (Poland)
~800 (India)[4]
AnekaBMP-1, BMP-2, MLI-84, Boragh, see also BMP-1 variants.
Spesifikasi (Ob'yekt 765Sp3)
Berat13.2 tonne (13.0 long ton; 14.6 short ton)[5][6]
Panjang6.735 m (22 ka 1.2 in)[5]
Lebar2.94 m (9 ka 8 in)[5]
Tinggi2.068 m (6 ka 9.4 in)
1.881 m (6 ka 2.1 in) to turret top[5][6]
Krew3 (commander, driver and gunner) + 8 passengers

Armor6–33 mm (0.24–1.30 in) welded rolled steel
Senjata
pertama
73 mm 2A28 Grom low pressure smoothbore short-recoil semi-automatic gun (40 rounds)[5]
9S428 ATGM launcher for 9M14 Malyutka (4 + 1 rounds)[5][6][7]
Senjata
kedua
7.62 mm PKT coaxial machinegun (2,000 rounds)
EnjinUTD-20, 6-cylinder 4-stroke V-shaped airless-injection water cooled multifuel 15.8 liter diesel
300 hp (224 kW) at 2,600 rpm[5][6]
Kuasa/berat22.7 hp/tonne (17.0 kW/tonne)
Sistem ampaianindividual torsion bar with hydraulic shock absorbers on the 1st and 6th road wheels
Kelegaan bumi370 mm (15 in) [5][6]
Kapasiti minyak462 l (102 imp gal; 122 US gal)[6]
Jarak
operasi
600 km (370 bt) road[8]
500 km (310 bt) off-road[6]
Kelajuan65 km/j (40 mph) road
45 km/j (28 mph) off-road
7–8 km/j (4.3–5.0 mph) water[6][7]

Ia merupakan reka bentuk revolusi yang menggabungkan ciri-ciri pengangkut tentera berperisai ("armored personnel carrier - APC") dan kereta kebal ringan. Pemimpin tentera Soviet melihat pertempuran masa hadapan dilakukan dengan senjata nuklear, kimia dan biologi, di mana ifantri yang terdedah akan terbunuh atau lumpuh oleh agen radiasi, atau kimia, atau boilogi. Kenderaan seperti BMP akan membenarkan infatri untuk beroperasi dengan selamat dalam berperisai dari radiasi dalam kawasan tercemar dan berjuang seiring di kawasan tidak tercemar. Ia akan meningkatkan pergerakan kumpulan infantri, memberikan tembakan sokongan bagi mereka, dan juga berjuang di sisi mereka kereta kebal utama.[13]

BMP-1 pertama kali diuji dalam pertempuran pada tahun Perang Yom Kippur 1973 di mana ia digunakan oleh pasukan Mesir dan Syria. Berdasarkan pelajaran yang dipelajari dari pertikaian ini dan pengalaman awal dalam Perperangan Soviet di Afghanistan, versi dengan peningkatan kualiti tempur, BMP-2 dibangunkan. Ia diterima dalam perkhidmatan pada Ogos 1980.

Pada tahun 1987, BMP-3, kenderaan direka semula dengan radikal bersama sistem senjata baru, mula berkhidmat dengan Tentera Soviet.

Pembangunan sunting

Taktik infantri bermotor/mekanikal pada tempoh 1950-an adalah sama dengan kaedah Perang Dunia Kedua di mana APC digunakan sebagai "teksi tempur "; digunakan bagi mengangkut tentera pejalan kaki ke medan tempur di mana mereka turun dan bertempur ketika APC memberikan tembakan pemendam dari persenjataan yang dibawanya.[13]

APC yang digunakan pada masa itu hanya memberikan sedikit atau tiada perlindungan dari kesan senjata nuclear atau kimia kerana ia terbuka di bahagian atas atau tidak boleh ditutup cukup kedap. Tambahan lagi, tentera terpaksa turun untuk menggunakan senjata mereka.[13]

Keperluan bagi BMP mula dilakar pada akhir 1950-an. Keperluan tersebut memberi penekanan pada kepantasan, persenjataan yang baik, dan keupayaan bagi kesemua ahli skuad bagi menembak dari dalam kenderaan. Persenjataan perlu memberikan sokongan langsong bagi tentera yang turun untuk menyerang dan mampu memusnahkan kenderaan berperisai ringan setanding dengannya.[14] Kenderaan tersebut perlu mampu melindungi anggotanya dari tembakan mesingan.50 kaliber dan kaliber 20–23 mm meriam autu diseluruh lenkongan hadapan dan juga dari serpihan peluru meriam ringan dari jarak antara 500 m dan 800 m.[15]

Kuasa tembak terdiri daripada gabungan inovatif meriam 73 mm 2A28 Grom dan pelancar peluru berpandu anti-kereta kebal (“anti tank wire guided missile - ATGM”) yang baru dibangunkan 9S428 bagi 9M14 Malyutka (AT-3A Sagger A) ATGMs. Meriam itu bertujuan bertempur dengan kenderaan perisai musuh dan titik tembakan sehingga jarak 700 meter (770 yd), sementara pelancar peluru berpandu bertujuan bagi digunakan terhadap sasaran yang sejauh 500 meter (550 yd) hingga 3,000 meter (3,300 yd).[15]

Keperluan dikeluarkan kepada biro rekabentuk berlainan antara 1959 dan 1960. Terdapat persoalan samaada BMP perlu bertrek atau beroda, dengan itu sejumlah tatarajah ujian dicuba termasuk rekabentuk kacukan beroda/bertrek.[1]

Ob'yekt 764 betrek dipilih kerana rekabentuk enjin di hadapan memberikan cara mudah dan pantas bagi keluar, masuk memalui dua pintu belakang. Prototaip keluaran asal, yang dibina pada tahun 1965, dinamakan BMP.[16] Small scale production began in 1966.[1]

Model sunting

Sejumlah besar variasi BMP-1 telah dihasilkan. Yang paling terkenal adalah variasi IFV berasaskan BMP-1 adalah: BMP-2, MLI-84 dan Boragh.

Jadual model sunting

Ciri-ciri model utama siri BMP
BMP
(ob'yekt 765Sp1)
BMP-1
(ob'yekt 765Sp2)
BMP-1
(ob'yekt 765Sp3)
BMP-1P
(ob'yekt 765Sp4/5)
BMP-1D BMP-2 BMP-3
Berat
(tan)
12.6 13.0 13.2 13.4 14.5 14.0 18.7
Krew 3+8 3+7
Meriam utama 73 mm 2A28 "Grom" meriam separa-automatik tekanan rendah 30 mm 2A42 meriam auto 100 mm 2A70 rifle automatik
meriam/pelancar peluru berpandu
30 mm 2A72 meriam automatik
Mesingan 7.62 mm PKT coaxial 3 × 7.62 mm PKT
(1 coaxial, 2 bow mounted)
ATGM
(Nama NATO)
9M14 "Malyutka"
(AT-3 Sagger)
dan variants
9M113 "Konkurs"
(AT-5 Spandrel)
or
9M111 "Fagot"
(AT-4 Spigot)
dan variants
9M14 "Malyutka" or
9M113 "Konkurs" or
removed (on most vehicles)[17]
9M113 "Konkurs"
(AT-5 Spandrel)
or
9M111 "Fagot"
(AT-4 Spigot)
dan variants
9M117 "Bastion"
(AT-10 Stabber)
Engin UTD-20 6-silinder 4-lejang bentuk-V
diesel sejukan air suntikan-tanpa udara
menghasilkan 300 hp (224 kW) pada 2,600 rpm
UTD-20S1 diesel
hamghasilkan
300 hp (224 kW)
at 2,600 rpm
UTD-29M 10-silinder diesel
menghasilkan
500 hp (375 kW)
at 2,600 rpm
Power to weight ratio
hp/tonne
(kW/tonne)
23.8
(17.8)
23.1
(17.2)
22.7
(17.0)
22.4
(16.7)
20.7
(15.5)
21.4
(16.0)
26.7
(20.0)

Sejarah pengeluaran sunting

BMP memasuki pengeluaran bagi Tentera Soviet pada tahun 1966. Siri pertama (Ob'yekt 765Sp1), dihasilkan sehingga 1969 tetapi digantikan dengan model pengeluaran dipertingkatkan, the BMP-1 (Ob'yekt 765Sp2), ia dihasilkan dari 1969 sehingga 1973. Ia digantikan oleh Ob'yekt 765Sp3 yang merupakan versi dimodenkan, 200 kg lebih berat. Model ini dihasilkan dari 1973 hingga 1979. Sejumlah siri peningkatan dibuat pada ketahanan kerangka, enjin dan transmisi semasa pengeluaran secara pukal. Versi terakhir BMP-1 IFV (BMP-1P, Ob'yekt 765Sp4), dilengkapi dengan pelancar ATGM lebih berkuasa 9P135M-1 bagi ATGM "Konkurs"/"Fagot" Ia dihasilkan dari 1979 hingga 1983. Pengeluar utama BMP-1 dan variasi berlainannya adalah Kurgan Machine Building Works (Kurganskiy Mashinostroitelyniy Zavod) tetapi kenderaan perisik artileri PRP-3 dihasilkan oleh Chelyabinsk Tractor Works (ChTZ) dan kenderaan perisik artileri PRP-4/PRP-4M dihasilkan oleh Rubtsovsk Engineering Works (RMZ). Peningkatan kepada BMP-1 dilakukan oleh KMZ dan juga oleh bengkel baiki kereta kebal Kementerian Pertahanan semasa baik pulih besar dan berjadual. Lebih dari 20,000 BMP-1 dan kenderaan berasaskannya dihasilkan di USSR.

BMP-1 di bawah lessen oleh Czechoslovakia, Poland,[16], Romania (MLI-84) dan India[16]. Sejak 1986 People's Republic of China telah menghasilkan salinan tidak berlesennya sendiri dikenali Jenis 86 (“Type 86”) (WZ 501). Jumlah Jenis 86 IFV dan kenderaan berasaskannya sekitar 3,000[3] Ia masih dalam perkhidmatan dengan People's Liberation Army. Sejak 1997, Iran menghasilkan BMP-1 yang diubahsuai sendiri, Boragh, ia menyerupai versi WZ 503 China.

Czechoslovak BVP-1 dihasilkan oleh ZTS Dubnica nad Váhom.

274 Polish BWP-1s were built by the Wojskowe Zakłady Motoryzacyjne Nr. 5 (WZM Nr. 5) (Military Motorization Plant No. 5) in Poznań until 1988 (1406 were bought from the Soviet Union).[18][19] It still produces spare parts for the BWP-1 and UTD-20 diesel engines. Its design bureau has developed a modernization package for the BWP-1. It built several prototypes of different turrets including unmanned ones. There was also one prototype with the original turret.[20]

Permodenan sunting

Pada pertengahan 1970-an, selepas menganalisa kegunaan AFV ringan ketika Perperangan Yom Kippur, Perperangan Saudara Angolan dan perperangan Vietnam, program pemodenan bermula yang menghasilkan BMP-1P (Ob'yekt 765Sp4). Perubahan utama adalan penukaran pelancar 9S428 ATGM dan 9M14M Malyutka ATGM yang kurang berkesan dengan pelancar 9P135M atau 9P135M-1 ATGM yang lebih boleh diharap, jarak lebih jauh dan lebih berkuasa.[21] Ia terletak pada tenggekan pin khas pada bumbung turet, yang mampu menembak SACLOS 9M113 berpandu dan 9M113M Konkurs-M ATGMs,[21] yang meningkatkan perobekan perisai kepada 670 mm (26 in) dan memiliki jarak tambahan 4,000 m (4,400 yd). Pelancar 9P135M-1 turut mampu menembak 9M111 and 9M111-2 Fagot ATGMs. Pintu pengisi Malyutka biasanya dipetri tutup dan braket tenggekan dibuang. Peluru berpandu baru agak sukar digunakan kerana jurutembak perlu berdiri pada pintu terbukanya bagi menggunakan senjata, mendedahkan dirinya kepada tembakan musuh.[21] Ia adalah mungkin bagi menanggalkan pelancar 9P135M(1) ATGM dari turet dan menggunakannya atas tanah. BMP-1P dilengkapi dengan penutup perlindungan senjata neutron dan sistem peredam kebakaran baru sebagai perlindungan terhadap napalm. BMP-1P berikutnya dilengkapi dengan jujukan enam pelancar bom tangan asap 902V "Tucha" 81 milimeter (3.2 in) kaliber di belakang turet.[21] Sesetengah BMP-1 turut dilengkapi dengan bajak periuk api seluas trek KMT-10. BMP-1P menggantikan BMP-1 dalam pengeluaran pada tahun 1979 dan banyak BMP-1 telah dipertingkatkan kepada piwaian baru semasa 1980-an.[21]

Model BMP-1PG menambah pelancar bom tangan automatik 30 mm (1.2 in) AGS-17 "Plamya" disebelah kiri turet, dengan 290 bom tangan. Sesetengah BMP-1 memiliki tambahan AGS-17 semasa pembaikian utama (Ob'yekt 765Sp8).

BMP-1D bukan afimbia (dikenali sebagai 'variasi Afghan'), dibina pada tahun 1982 bagi unit penyerbu di Afghanistan. Ia memiliki kepingan perisai keluli gelek ("appliqué ") setebal 5 mm pada sisinya dengan liang tembakan dan juga kepingan perisai di bawah kerusi komander dan pemandu sebagai perlindungan tambahan bagi periuk api. Ia turut memiliki skirt perisai keluli besar dipasang di sisi badan melindungi sistem gantungan. Liang tembakan ditambah pada bahagian atas ruang tentera dan kotak simpanan turut dipasang pada bumbung sesetengah kenderaan. Pelancar 9S428 ATGM juga sering dialih dan diganti dengan pelancar bom tangan automatik AGS-17.

Berdasarkan pengalaman tempur di Afghanistan, BMP-2 versi baru dengan keupayaan tempur yang dipertingkatkan telah diperkenalkan pada tahun 1980. Ia memiliki turet dua orang dilengkapi dengan senjata meriam automatik 30 mm 2A42 pelbagai guna dan pelancar 9P135M-1 ATGM berupaya melancarkan peluru berpandu SACLOS 9M113 Konkurs dan 9M113M Konkurs-M dan juga 9M111 dan 9M111-2 Fagot ATGMs.

Rancangan pemodenan berikut termasuk memasang turet BMD-2 IFV pada BMP-1 tetapi ia tidak pernah melepasi tahap reka bentuk. Cadangan baru bagi memodenkan BMP-1 termasuk memasang turet baru dilengkapi senjata meriam automatik 25 hingga 30 mm (0.98 hingga 1.18 in), atau stesyen senjata seorang TKB-799 Kliver dengan sistem kawalan komputer, dilengkapi dengan pod peluru berpandu (yang boleh dilengkapi dengan samaada empat 9M133 Kornet (AT-14 Spriggan) atau 9M133F Kornet ATGMs atau 9K38 Igla (SA-18 Grouse) SAMs), meriam automatik dua tujuan 30 mm 2A72 dan mesingan koaxial 7.62 mm (0.300 in) PKTM (BMP-1M).[5][22]

Gambaran sunting

BMP-1 merupakan kenderaan bertrek afimbia sepenuhnya, dengan rangka enjin hadapan dibangunkan khusus untuk itu, badan keluli dipetri dengan hadapan cerun tajam dengan permukaan jelas bersegi, turret kon pendek, rata, terletak di tengah dan ruang tentera di bahagian belakang.[23]

Stesen pemandu sunting

 
Dua orang Tentera Bulgari mengendali stesen pemandu dan juru tembak ketika Tentera US menduduki kedudukan komander bagi BMP-1 IFV Bulgaria.

Pemandu duduk di hadapan sebelah kanan badan. Dia memiliki tiga periskop TNPO-170 blok penglihatan bagi memberikan penglihatan ketika memandu dalam keadaan tertutup.[24] Blok tenag penglihatan pemandu boleh digantikan dengan peranti teropong pandang malam aktif TVNO-2 bagi kegunaan waktu malam dan keadaan kabur atau bersama periskop lanjutan TNPO-350B apabila berenang dengan pelindung ditegakkan.[7][24] BMP merupakan kenderaan berperisai Soviet pertama yang menggunakan sistem stering yoke mudah.[25]

Stesen komander sunting

Stesen komander terletak di belakang stesen pemandu dan dilengkapi dengan lampu sorot infra boleh alih OU-3GA2 atau OU-3GK dengan jarak berkesan sekitar 400 meter (440 yd)[26]. Dwi mod (siang/malam) TKN-3B 5x/4.2x peranti penglihatan berkembar pembesar dipasangkan dengan lampu sorot infra. Dua periskop penglihatan turut dilengkapi dengan sistem pemanas dan pencuci.[27][28] Stesen komander dilengkapi dengan set radio R-123M.

Turet sunting

 
Stesyen jututembak pada turet latihan BMP-1 di Muzium Kereta Kebal Parola, Finland, 14 Julai 2006. Lihat penyimpanan peluru.

BMP-1 memiliki turet berbentuk kon dilengkapi dengan sistem penyingkir asap dan pacuan putaran eletrik dangan sistem sokongan manual.[12] Meriam utama memiliki zon mati di atas pintu komander (antara kedudukan jam 10:00 dan 11:00), di mana meriam perlu diangkat bagi melepasi lampu carian infra merah bagi mengelak belanggar dengannya. Ketika meriam mengadap kebelakang ia menghalang pintu ruang tentera dari dibuka. Ketinggian turet yang rendah menjadikan laras meriam kurang dari enam kaki dari tanah, oleh itu ia tidak boleh ditembak di atas kepala tentera yang mara di hadapannya.[11][29] Sebaliknya, profil rendah turet menyukarkan ia menjadi sasaran. Turet yang sama digunakan pada BMD-1.

Stesen jurutembak sunting

Stetsyen jurutembak terletak di sebelah kiri meriam utama. Jurutembak memiliki empat hari kegunaan penglihatan periskop monokular penajam imej 6x/6.7x pembesaran dwimod (siang/malam) 1PN22M1 , blok penglihatan periskop, pencari jarak optik dan kampu sorot putih atau infra boleh alih OU-3GK.[28] Penglihatan 1PN22M1 memiliki jarak maksima 400 meter (440 yd) pada malam hari, 900 meter (980 yd) dengan kegunaan lampu sorot infra merah.[6][23][28] Pembidik ditanda "stadiametrik" dengan gambaran saiz kereta kebal setinggi 2.7 meter (8.9 ka) pada jarak berbeza.

Pembidik asal digantikan dengan 1PN22M2, yang memiliki skala tambahan bagi peluru OG-15V HE-Frag yang digunakan oleh Ob'yekt 765Sp3, dihasilkan sejak Julai 1974. Pembidik baru memiliki dua skala siang bagi dua projektil - satu dari 200 hingga 1,600 meter (220 hingga 1,750 yd) dan satu untuk 400 hingga 1,300 meter (440 hingga 1,420 yd).[28]

Persenjataan sunting

Meriam
 
Perincian turet BMP-1 di Pengkalan Udara Bolling, 1 Oktober 1986

Senjata utama merupakan meriam separa automatik laras licin tekanan rendah 73 mm 2A28 "Grom". Ia dimuat dari kelopak empat puluh peluru terletak dalam cecincin turet.[30] Kitaran kadar tembakan adalah 8 hingga 10 das seminit, dengan meriam kembali kepada dongakan +3° 30' untuk isian semula setiap kali tembakan jika pengisi automatik digunakan. Meriam boleh diisi menggunakan tangan jika perlu. Pengisi automatik tidak boleh diharap dan boleh menjadi bahaya kepada krew.[8][30] Sesetengah unit mengeluarkan pengisi automatik apabila unit baru diterima, tetapi tali sawat peluru mekanisma kelopak dikekalkan.

Meriam laras licin 2A28 'Grom menambak projektil PG-15V sama seperti meriam tanpa anjal ringan SPG-9 infantri tetapi dengan caj penujah lebih kecil. Kepala peledak PG15V HEAT mampu menembusi 280 hingga 350 mm (11 hingga 14 in) perisai keluli - lebih dari mencukupi bagi menembusi perisai hadapan MBT NATO tahun 1970-an, terutama M60A1 US, Chieftain British atau Leopard 1 Jerman.[30] Peluru PG-9 dimodenkan mampu menembusi sehingga 400 mm (16 in) perisai keluli. Meriam ini tidak mampu menembusi perisai hadapan MBT NATO moden seperti M1A1 Abrams US, Challenger 2 British, atau Leopard 2 Jerman, tetapi ia didakwa mampu menembusi perisai sisi kereta kebal tersebut di sesetengah tempat.[31] Dalam keadaan medan pertempuran ia memiliki jarak maksima 500 m (550 yd)[32].

Peluru OG-15V letupan tinggi tersedia sejak 1970-an. Kepala peledak memiliki dua kali berat letupan seperti PG-15V anti-perisai; ia bertujuan bagi digunakan terhadap tentera atau sasaran lembut.[30]

Mesingan koaxial 7.62 mm PKT dipasang disebelah kanan persenjataan utama[30] bagi mana BMP-1 membawa 2,000 biji peluru.[33]

Meriam 2A28 'Grom' dan mesingan koaxial PKT tidak boleh ditembak dengan tepat ketika kenderaan bergerak dipermukaan kasar kerana turet tidak distabilkan.[30]

Peluru berpandu

Di pasang pada penutup pangkal meriam ("mantlet"), pelancar 9S428 ATGM mampu melancarkan 9M14 Malyutka, (NATO: AT-3A Sagger A); 9M14M Malyutka-M (NATO: AT-3B Sagger B) dan 9M14P Malyutka-P (NATO: AT-3C Sagger C), kesemuanya bertujuan untuk digunakan bagi menentang kereta kebal utama musuh ("MBT") dan kenderaan tempur berperisai )"AFV") lain pada jarak dari 500 hingga 3,000 m (550 hingga 3,280 yd). ATGM ini mampu menembusi sehingga 560 mm (22 in) perisai keluli (piwaian NATO pada masa itu).[6]

BMP-1 membawa 5 ATGM (satu pada rel pelancar, dua dalam turet, dan dua dalam kenderaan). Setiap 9M14M seberat 10.9 kg (24 lb), 9M14P dengan kawalan separa automatik adalah 11.4 kg (25 lb). Peluru berpandu ini hanya boleh digunakan pada waktu siang kerana ia kekurangan sistem pandang malam. Selain kelebihan kekebalan dari gangguan dan peralatan kawalan mudah, ATGM kendalian wayar dibebani oleh kelemahan seperti: perbandingan kelajuan penerbangan agak perlahan, lewat tindak balas, tidak upaya mengisi semula peluru berpandu sehinggalah yang sebelumnya telah mengenai sasaran dan jarak minima yang jauh (500 m (550 yd)).[12] Kejaraan mengunakan ATGM ketika kenderaan sedang bergerak memerlukan jurutembak yang amat mahir.

BMP-1 yang tidak dimodenkan kepada piwaian BMP-1P yang kini dalam perkhidmatan dengan Russia kini boleh menggunakan 9M14-2 Malyutka-2 (NATO: AT-3D Sagger D) ATGMs (dibangunkan pada 1995), yang samaada memiliki dwi peledak-bentuk ("tandem shaped-charge") atau kepala peledak thermobarik letupan berkuasa tinggi.[11][34]

BMP-1 merupakan ancaman kepada APC NATO, AFV ringan, malah MBT masanya, melalui kegunaan meriam utamanya atau ATGM. Bagaimanapun, perlu disedari bahawa tumpuan kuat pada persenjataan anti kereta kebalnya tidak memberikan kuasa tembak mencukupi terhadap kenderaan tidak berperisai musuh, kedudukan kubu ringan dan tentera pejalan kaki, terutama semasa pertempuran di kawasan bergunung, (kebanyakannya akibat sudut dongakan cetek meriam utama). Kemunculan BMP-2 yang lebih berjaya dilengkapi dengan 30 mm 2A42 meriam automatik dua kegunaan menyelesaikan masalah ini.

Ruang tentera sunting

 
Kedudukan liang tembakan BMP-1 dan sudut tembakan.

Ruang tentera terletak di bahagian belakang kenderaan mampu membawa sehingga lapan orang. Terdapat empat liang tembakan pada setiap sisi dan satu liang tembakan dibahagian pintu belakang sebelah kiri; gabungan hos penyingkir asap dan pelantun kelongsong untuk dipasangkan pada senjata pada setiap stesen.[35]

 
BMP-1 dengan lapan penumpang

Tentera akan duduk di dua kerusi panjang di tengah sepanjang kenderaan dan mengadap ke sisi. Bateri kenderaan, peralatan eletrik dan tangki bahanapi 330 l (73 imp gal; 87 US gal) terletak antara kerusi panjang, dengan ruang penyimpanan di bawah.[35] Terdapat empat pintu besar berbentuk D di siling yang boleh dibuka dari ruang tentera. Pintu belakang kedap udara turut memiliki tangki bahan api.[35]

Ruang di dalam ruang tentera terhad. Hanya sedikit ruang bagi peralatan peribadi, mendorong ia disimpan di luar ketika beroperasi, kadang kala menghadkan pusingan turet ke belakang. Tempat duduk juga sempit, terutama bagi tentera berpakaian tempur lengkap, mendorong sesetengah tentera mengurangkan muatan kepada tujuh.[35]

Pergerakan sunting

Enjin disel empat lenjang enam silinder 300 kuasa kuda (224 kW) UTD-20 terletak ditengah badan hadapan, di belakang transmisi, dengan sistem penyejuk di sebelah kanan dan radiator di atas.[36] Enjin memancu kotak gear manual dengan lima gear ke hadapan dan satu gear undur.[7] Tangki minyak memiliki kapasiti maksima sebanyak 462 liter. Enjin disel memiliki reka bentuk pelbagai minyak dan mampu menggunakan DL (musim panas) atau DZ (musim sejuk). Ia juga mampu menggunakan minyak tanah TS-1.[37]

BMP-1 memiliki kelajuan atas jalan 65 kilometer per jam (40 mph), yang berkurangan kepada 45 kilometer per jam (28 mph) di luar jalan.[6][11]

BMP-1 mampu memanjat halangan menegak setinggi 0.7 meter (2.3 ka), dan merentasi parit selebar 2.5 meter (2.7 yd). Ia mampu dipandu pada kecerunan 25° dan memanjat cerun 35°.[6][16][38]

Sproket pemanduan adalah di hadapan dengan enam roda jalan, menggunakan gantungan batang torsion.[23] BMP-1 memiliki tekanan tanah (0.6 kg/cm²) dan mampu merentas muka bumi bersalji dan berpaya. Ia memiliki jarak, kelajuan luar jalan dan keupayaan merentas desa yang diperlukan bagi menyaingi MBT yang bergerak pantas.

Keupayaan afimbia sunting

 
Dua Marin US menurunkan bilah pemangkas ("trim vane") dibahagian hadapan BMP-1 Iraq yang ditawan semasa Operasi Desert Storm ("Ribut Gurun "), 17 March 1991

BMP-1 merupakan kenderaan afimbia, menujah dirinya dalam air dengan menggunakan treknya, dibantu oleh bunga hidrodinamik pada bahagian atas penutup roda. Kelajuan berenang adalah 8 kilometer per jam (5.0 mph). Bentuk badan dan sesetengah ciri (roda jalan berongga dan roda jalan dilengkapi dengan ruang udara) membantu pelampungan. BMP-1 mampu mengatasi halangan air dengan kelajuan arus 1.2 meter (1.3 yd) sesaat dan ombak sehingga ketinggian 0.25 meter (0.82 ka). Keadaan lebih mencabar memerlukan sokongan jurutera.[6]

Sebelum masuk ke dalam air bilah pemangkas dibahagian hadapan perlu didirikan bagi menghalang air melitupi hadapan. Semasa ia dalam kedudukan di darat, ia berfungsi sebagai perisai tambahan hadapan. Pintu bahagian tentera belakang perlu ditutup ketat sebelum memasuki air.

BMP-1 mampu menyeberangi halangan air seperti sungai dan tasik tetapi bukan untuk operasi pendaratan dari laut.

Perlindungan perisai sunting

Perisai kenderaan ini adalah keluli golek dipetri dengan ketebalan berbeza antara 6 milimeter (0.24 in) pada bahagian badan atas dan 33 milimeter (1.3 in) pada bukaan meriam utama.[7] Spesifikasi asal memerlukan perlindungan terhadap peluru perobek perisai 23 milimeter sepanjang sudut hadapan ditembak dari jarak 500 meter (550 yd) dan bagi perlindungan dari peluru perobek perisai 7.62 milimeter sepanjang sudut sisi dan belakang dari jarak 75 meter (82 yd).

Sudut perisai BMP-1 yang tajam mampu menahan serpihan peluru artileri, senjata ringan dan mesingan berat kaliber 50 (12.7 mm), peluru AP dan API melampau 60° dari sudut hadapan dari semua jarak.[12] Sudut tajam perisai bahagian hadapan meningkatkan kemungkinan melantun, dan bilah pemangkas dalam kedudukan bergerak menawarkan perlindungan tambahan. Bagi kebanyakan contoh perisai hadapan kebal kepada tembakan dari meriam Oerlikon 20 mm KAD atau meriam automatik HS820 dari jarak melampaui 100 meter, tetapi kualiti perisai jauh berbeza bergantung kepada negara atau kilang.

Perisai bahagian sisi, belakang dan atas melindungi BMP-1 dari tembakan senjata kecil 7.62 mm dari kebanyakan jarak termasuk juga serpihan peluru artileri kecil tetapi tidak melindungi kenderaan dari tembakan mesingan berat 12.7 mm dari jarak dekat atau serpihan besar peluru artileri. Sungguhpun begitu, ujian darat menunjukkan pintu belakang yang diisi pasir dalam tangki minyaknya mampu menahan peluru 12.7 mm piwaian.[6] Di Afghanistan dan Chechnya peluru perobek perisai 7.62 mm ditembak dari mesingan serbaguna pada jarak sekitar 30 – 50 m kadang kala mampu menembusi pintu belakang dan bukaan.[39] Semasa Perakg Teluk Parsi Pertama perlindungan perisai BMP-1 terbukti lemah kepada peluru perobek perisai meriam automatik 25 milimeter (0.98 in) M242 Bushmaster M2/M3 Bradley US.[40] Semasa pertempuran sengit di Chechnya, tiada perobekan perisai hadapan turet BMP-1/BMD-1 disedari kerana turut itu merupakan sasaran kecil dan memiliki perisai hadapan tebal berbanding bahagian lain kenderaan.[41]

26-33 mm gun mantlet [7]
23 mm at 42° hadapan turet [7]
19 mm at 36° sisi turet [7]
13 mm at 30° belakang turet [7]
6 mm atas turet [7]
7 mm at 80° badan atas hadapan [7]
19 mm at 57° badan bawah hadapan[7]
16 mm at 14° sisi atas badan [7]
18 mm at 0° sisi bawah badan [7]
16 mm at 19° badan belakang [7]
6 mm badan atas [7]
7 mm lantai badan belakang [7]

Isu perlindungan sunting

BMP-1 memiliki kelemahan besar dalam skim perlindungannya, yang hanya jelas semasa Perperangan Soviet di Afghanistan. Kedudukan pemandu dan komandernya dalam kedudukan berdus, disebelah kiri sepanjang enjin disel. Apabila periuk api anti kereta kebal mengenai trek kiri BMP-1, letupan terhasil turut memusnahkan satu hingga tiga tayar jalan sisi kiri, menembusi bahagian bawah dan membunuh atau mencederakan dengan teruk pemandu dan komander yang menyebabkan kehilangan ahli khusus dalam Tentera Soviet. Pemandu BMP-1 biasanya meletakkan guni pasir di lantai bahagian mereka bagi melindungi mereka dari kemungkinan letupan periuk api. Letupan yang sama di bawah trek kanan tidak begitu merbahaya bagi pemandu dan komander yang agak selamat.[39] Sekiranya kenderaan tersebut mengenai periuk api anti kereta kebal batang condong ("tilt-rod"), bahagian cerun tajam di bawah kepingan glacis hadapan membenarkan batang picu periuk api condong tanpa halangan sehinggalah periuk api berada jauh di bawah rangka. Apabila ia akhirnya meletup, letupan tersebut biasanya mencukupi bagi membunuh atau mencederakan dengan teruk pemandu dan komander. Tentera ke40 Soviet di Afghanistan mulai menerima BMP-1D dipertingkat (yang digelar variasi "Afghan") sejak 1982 seterusnya yang, antara peningkatan lain, termasuk kepingan perisai tambahan di bawah stesen pemandu dan komander. Keadaan ini diatasi pada reka bentuk BMP-2 berikut, di mana komander berkongsi turet dua orang dengan juru tembak. Bahagian pemandu dan enjin boleh dilengkapi dengan perisai lantai tambahan bagi meningkatkan perlindungan terhadap periuk api yang mengandungi sehingga 2.5 kilogram (5.5 lb) bahan letupan.

 
BMP-1 Iraq di lapangan selepas ditembak beberapa kali dan terbakar hangus semasa Operasi Desert Storm, 1 Februar1 1991.

Terdapat juga isu perlindungan berkait dengan pengisian semula 9M14 "Malyutka" dan 9M14M "Malyutka-M" ATGM dalam keadaan NBC kerana melakukannya melalui bukaan kecil dari dalam kenderaan akan menghapuskan perlindungan NBC pada bahagian tempur.

Kepadatan dan profil rendah kenderaan biasanya merupakan kelebihan di medan pertempuran. Bahagian kritikal seperti bahagian enjin dan ruang penyimpanan peluru, sel bahan api, dan ruang tentera terletak dalam keadaan yang menjadi piwaian bagi kebanyakan IFV dan APC. Perobekan mana-mana kawasan ini sering kali melumpuhkan pergerakan, kerosakan kuasa tembak dan atau melumpuhkan anggota dalamnya.[11]

Kenderaan siri BMP-1 dan BMP-2 berkongsi kelemahan yang sama dengan kebanyakan kereta kebal Soviet. Peluru disimpan berhampiran malah dalam bahagian tempur yang menjadikan ia terdedah kepada hentaman peluru kereta kebal atau peluru berpandu dari sudut sisi. Jika ini berlaku, peluru akan meletup, membunuh semua orang dan memusnahkan kenderaan sama sekali.[40] Semasa pertempuran di Afghanistan dan Chechnya, tembakan bom tangan lancaran roket ("rocket propelled grenades" RPG) menembusi perisai BMP-1 dalam 95% peratus kes. Ini sering kali mengakibatkan kenderaan terbakar sehingga peluru dalamnya meledak.[39] Akibat kelemahan ini, tentera Soviet/Rusia biasanya menunggang di luar BMP-1, duduk di atas badan ketika dalam zon pertempuran. Taktik yang sama turut dipakai oleh rakan sejawat Amerika mereka semasa Perang Vietnam, apabila mereka mendapati APC M113 mereka terdedah kepada serangan RPG. Ia memiliki kelemahan jelas berkait dengan keselamatan penumpang dalam zon perang. Perisai BMP-1 IFV juga tidak mencukupi untuk menangani peluru meriam AP - ketebalam perisai yang mencukupi akan meningkatkan berat BMP-1 dengan banyaknya dan membahayakan keupayaan afimbianya. Sesetengah penganalisa tentera menyokong idea kembali kepada APC terbuka kerana perisai AFV ringan tidak mampu melindungi anggotanya dari senjata anti kereta kebal. APC moden kebanyakannya digunakan dalam konflik tempatan dan bukannya perperangan skala besar yang dibayangkan dengan penggunaan senjata NBC.

masalah yang sering disebut oleh penganalisa barat adalah reka bentuk tangki minyak utama. Disebabkan kenderaan tersebut rendah, para pereka terpaksa meletakkan tangki bahan api antara baris kerusi yang mengadap keluar, bererti anggota tentera duduk berhampiran dengan tangki penyimpanan bahan api kenderaan, sementara bahan api tambahan di bawa dalam rongga pintu berperisai belakang. Dengan itu hentaman oleh peluru perobek perisai pembakar akan membakar bahan api yang terdapat di situ (terutama sekiranya minyak tanah digunakan menggantikan diesel). Bahan api yang terbakar akan masuk kedalam ruang krew, menyebabkan kematian atau kecederaan kepada tentera (terutama sekiranya mereka gagal melepaskan diri dari kenderaan yang terbakar melalui pintu bumbung), dan kemungkinannya akibat letupan. Bagaimanapun, pintu belakang hampir sentiasa kosong apabila BMP mula bertempur kerana ia hanya bertujuan meningkatkan jarak gerak kenderaan. Dalam kawasan pertempuran di mana BMP sering terlibat dan agak berhampiran dengan pengkalan operasinya, arahan mencadangkan mengalih tangki pintu belakang dari sistem bahan api, mengisinya dengan pasir sebagai perlindungan tambahan bagi ruang tentera dan menambah bahan api dari sumber lain ke dalam tangki utama apabila diperlukan. Ini tidak dilakukan oleh sesetengah krew BMP-1 semasa sejumlah pertempuran semasa pertikaian tempatan , contoh di Chechnya, yang mengakibatkan banyak cubaan oleh pihak musuh bagi mensasar pintu belakang BMP-1. Tangki bahan api dalam lebih lemah berbanding kebanyakan IFV moden - perisai sisi nipis bererti perobekan yang berlaku turut juga mengenai tangki bahan api.

Satu lagi kecacatan maut pada BMP-1 adalah kedudukan tentera. Bagi membenarkan tentera menggunakan assault rifles dan mesingan mereka ketika kenderaan bergerak, liang menembak dipasang pada sisi kenderaan dan pintu kiri belakang. Tentera duduk belakang membelakangi, sepanjang garis tengah ruang tentera. Sekiranya terkena periuk api anti kereta kebal magnet yang lebih maju, letupan yang terhasil mampu membunuh keseluruhan anggota tentera. Dalam kebanyakan pembawa tentera lain, tentera duduk di kerusi berasingan pada sisi kenderaan. Kedudukan ini mungkin menghalang penggunaan senjata dari dalam ruang tentera, tetapi dalam kebanyakan kes kehilangan nyawa akibat periuk api jauh berkurangan, sungguhpun kehilangan anggota bawah masih kerap. Ia juga perlu diambil kira bahawa kebanyakan tentera kerahan tidak menerima banyak latihan untuk menembak dari dalam kenderaan ketika ia bergerak. Malah bagi tentera profesional, periskop liang tembak tidak distabilkan menyukarkan bagi membidik senjata ketika bergerak. Sungguhpun begitu, keupayaan tentera bagi menggunakan senjata mereka dari dalam kenderaan adalah amat penting semasa pertempuran dalam bandar, terutama, ketika mematahkan serangan hendap musuh.

BMP-1 tidak memiliki penyaman udara atau sistem penyejukan udara, anggota dan penumpangnya menderita dalam cuaca panas kerana sistem penapis udara dan kipas pengudaraan ekzos tidak mampu memberikan keselesaan pada suhu tinggi.[39] Semasa Perang Yom Kippur anggota membiatkan pintu bumbung terbuka. Ini bererti mereka terdedah kepada tembakan mesingan dari atas. Hanya sedikit contoh BMP-1 bertujuan untuk dieksport - kebanyakannya kepada negara dengan cuaca panas (sebagai contoh, Slovak-Belorussian "Cobra-S"), ia dilengkapi dengan sistem penyaman udara. Sistem penyejukan bagi enjin telah diperbaiki, sebagaimana sistem sejukan udara paksaan tambahan bagi ruang enjin dan radiator. Sistem ekzos membantu menyingkir gas bersama udara panas dari ruang enjin melalui gril yang terletak pada bumbung kenderaan sebelah kanan di hadapan turet.

Perkakasan sunting

BMP-1 mampu menghasilkan skrin asapnya sendiri dengan menyuntik bahan api diesel meruap ke dalam liang ekzos menggunakan sistem penghasil asap haba enjin TDA.[42] Model berikutnya turut memiliki jujukan pelancar bom tangan asap 902V Tucha yang mampu menghasilkan skrin selebar 80 m (87 yd), 200 hingga 300 m (220 hingga 330 yd) di hadapan kenderaan.[42]

Sejumlah BMP-1 turut dilengkapi dengan tenggekan bagi sistem pembersih periuk api jenis bajak KMT-10 pada awal 1980-an. Ia dipasang di hdapan badan selari dengan terk. Bajak seberat 450 kg (990 lb) dan boleh dipasang dalam tempoh 30 minit, penanggalan kecermasan mengambil masa 10 minit. KMT-10 bertujuan membersihkan periuk api dalam keadaan tanah berbeza. It is pneumatically-driven dan mengambil masa 4 saat mengubah dari keduduka bergerak kepada kedudukan membajak. Bajak pembersih periuk api amat sempit, dengn hanya dua mata bajak, setiap satu seluas 300 mm (12 in), (sama luas dengan trek), yang menghadkan mereka kepada membersih periuk api dipermukaan, terutama periuk api anti kereta kebal ditabur. Rantai dipasang antara dua mata bajak mampu meletupkan periuk api berjari condong. Kelajuan pembersihan periuk api adalah 15 km/j (9.3 mph).[12][43][44]

Apabila sistem perlindungan NBC ditala dan beroperasi, anggota dan penumpang dilindungi daripada senjata kimia, agen biologi dan jatuhan nuklear melalui penapis udara dan sistem lampau tekanan yang terdiri daripada unsur penapis NBC dan peniup/pengasing habuk.[12]

BMP-1 dilengkapi dengan satu RPG-7/RPG-7V [5] bom tangan lancaran roket (RPG) anti kereta kebal atas bahu dan lima peluru PG-7 atau satu pelancar peluru berpandu anti pesawat boleh galas 9K32 Strela-2/9K38 Igla dan dua peluru berpandu gantian.[23] Ia turut membawa 1,600 peluru bagi dua mesingan pelbagai guna PK.

Sejarah perkhidmatan sunting

Soviet Union dan Russia sunting

BMP-1 memasuki perkhidmatan dengan Tentera Soviet pada tahun 1966. BMP-1 pertama kali dilihat oleh pihak barat semasa perarakan tentera pada 7 November 1967 di Moscow. Kehadirannya menyebabkan kekecohan di Barat di mana APC bersenjata ringan masih dilihat normal bagi pengangkutan dan menyokong infantri di medan pertempuran.

Dalam Tentera Soviet, BMP-1 biasanya diserahkan pada division rifle bermotor dan regimen rifle bermotor division kereta kebal, di mana ia menggantikan APC BTR-152, BTR-50P dan sesetengah BTR-60P.

Masa kini, BMP-1 dan kenderaan berasaskannya digunakan oleh Tentera Russi dan pasukan keselamatan dalaman bagi Kementerian Hal-Ehwal Dalaman Russia ("Russian Ministry of Internal Affairs - MVD").

Afghanistan sunting

BMP-1 digunakan secara meluas dalam Perperangan Soviet di Afghanistan oleh unit rifle bermotor dan kereta kebal. Ia juga digunakan oleh sesetengah pasukan khas. Disebabkan prestasi kurang memuaskan, variasi perisai ditingkatkan, dinamakan BMP-1D (dikenali versi 'Afghan'), disegerakan dalam perkhidmatan pada tahun 1982. Banyak pengubahsuai lapangan dilakukan pada BMP-1 mereka oleh unit berlainan.

Lain-lain sunting

Pengguna BMP lain termasuk Poland, Mesir, Syria, Republik Rakyat China, Afghanistan, India, Iraq, Jerman, Greece, dan Sweden.

Nota sunting

  1. ^ a b c d Zaloga and Sarson 1994, pp. 7-8
  2. ^ "БОЕВЫЕ МАШИНЫ ПЕХОТЫ (БМП) И СПЕЦИАЛЬНЫЕ МАШИНЫ НА ИХ БАЗЕ". militaryparitet.com (dalam bahasa Russian). Dicapai pada 13 December 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b BMP-1
  4. ^ Army Equipment
  5. ^ a b c d e f g h i j Malyshev S. (2002). Tanks in Russia. Boyevaya Mashina Pekhoty BMP-1 (1964-2000) (dalam bahasa Russian). Russian Motor Books. ISBN 5-09-873406-4 Check |isbn= value: checksum (bantuan).CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "Боевая машина пехоты БМП-1" (dalam bahasa Russian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-18. Dicapai pada 2010-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q Chris Foss. Jane's Armour and Artillery 2005-2006. Jane's Information Group. ISBN 071062686X.
  8. ^ a b Global security. BMP-1 specifications
  9. ^ "Soderzhaniye" (PDF). Military Parade. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-02-27. Dicapai pada 2010-02-28.
  10. ^ BMP-1 fas.org BMP-1
  11. ^ a b c d e Warfare.ru
  12. ^ a b c d e f "A Brief Guide to Russian Armored Fighting Vehicles". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-12-08. Dicapai pada 2010-02-28.
  13. ^ a b c Zaloga and Sarson 1994, p. 6.
  14. ^ Hull/Markov/Zaloga, p. 239
  15. ^ a b Zaloga and Sarson 1994, p. 7.
  16. ^ a b c d "BMP-1". Militarium.net 2 (dalam bahasa Polish).CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "БМП-1Д". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-10. Dicapai pada 2010-02-28.
  18. ^ "Dragoni". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-13. Dicapai pada 2010-02-28.
  19. ^ SIPRI Arms Transfers Database
  20. ^ "BWP-1 PUMA". Wojskowe Zakłady Motoryzacyjne - wzm.pl (dalam bahasa Polish). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-24. Dicapai pada 2010-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ a b c d e Zaloga and Sarson 1994, p. 14
  22. ^ "БМП-1". rustrana.ru (dalam bahasa Russian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-04. Dicapai pada 2010-02-28. Text "accessdate 12 December 2009" ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ a b c d "BMP-1". armscontrol.ru. Moscow Institute of Physics and Technology, Center for Arms Control, Energy and Environmental Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-04. Dicapai pada 13 December 2009.
  24. ^ a b Zaloga and Sarson 1994, p. 18.
  25. ^ Hull/Markov/Zaloga, p. 249
  26. ^ Hull/Markov/Zaloga, p. 246
  27. ^ Zaloga and Sarson 1994, pp. 18-19.
  28. ^ a b c d Pancerni.net Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine (in Polish)
  29. ^ Military Factory
  30. ^ a b c d e f Zaloga and Sarson 1994, p. 22
  31. ^ "Russarms.com / Бронетанковая и автомобильная техника / БМП и БМД / БМД-1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-04. Dicapai pada 2010-02-28.
  32. ^ Hull/Markov/Zaloga, p. 248
  33. ^ Zaloga and Sarson 1994, p. 40
  34. ^ ПТРК 9К11/9К14 «Малютка» (in Russian)
  35. ^ a b c d Zaloga and Sarson 1994, pp. 19-20.
  36. ^ Zaloga and Sarson 1994, p. 17.
  37. ^ "Вооружение БМП-1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-04. Dicapai pada 2010-02-28.
  38. ^ "Pancerni.net 2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23. Dicapai pada 2010-02-28.
  39. ^ a b c d "БРОНЕТАНКОВАЯ ТЕХНИКА В АФГАНИСТАНЕ (1979-1989)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-15. Dicapai pada 2010-02-28.
  40. ^ a b "Czołgi Świata" (World's Tanks or Tanks Of The World) magazine issue 18
  41. ^ "Уроки Чечни". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada 2012-07-07.
  42. ^ a b Zaloga and Sarson 1994, p. 21.
  43. ^ "Колейный минный трал КМТ-10". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-08. Dicapai pada 2010-02-28.
  44. ^ "минный трал КМТ-10". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada 2010-02-28.

Rujukan sunting

  • Боевая машина пехоты БМП-1. Памятка экипажу по эксплуатации (Infantry Fighting Vehicle BMP-1. Service Instruction for a Crew) (dalam bahasa Russian). The Ministry of Defence of USSR. 1974.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Боевая машина пехоты БМП-1. Техническое описание и инструкция по эксплуатации (Infantry Fighting Vehicle BMP-1. Technical Description and Service Instruction) (dalam bahasa Russian). The Ministry of Defence of USSR. 1979.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Fedoseev S.L. (2001). Иллюстрированный справочник. Боевые машины пехоты (Illustrated Guide. Infantry Fighting Vehicles) (dalam bahasa Russian). Astrel', AST. ISBN 5-17-008788-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Foss, Christopher F. (2005). Jane's Armour and Artillery 2005-2006. Jane's Information Group. ISBN 9780710626868.
  • Grau, Lester W. (January 1997). "Russian-Manufactured Armored Vehicle Vulnerability in Urban Combat: The Chechnya Experience". Red Thrust Star, US Army.
  • Holyavskiy G.L. (2001). Энциклопедия бронетехники. Гусеничные боевые машины (Encyclopedia of Armoured Vehicles. Tracked Fighting Vehicles) (dalam bahasa Russian). Harvest. ISBN 985-13-0035-7.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Hull/Markov/Zaloga (1999). Soviet/Russian Armor and Artillery Design Practices: 1945 to Present. Darlington Productions. ISBN 1-892848-01-5.
  • Karpenko A.V. (1996). Обозрение отечественной бронетанковой техники (1905-1995 г.г.) (Overview of Native Armoured Vehicles, 1905-1995) (dalam bahasa Russian). Nevskiy Bastion.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Malyshev S. (2002). Боевая машина пехоты БМП-1 (1964-2000) (Infantry Fighting Vehicle BMP-1, 1964-2000) (dalam bahasa Russian). Russian Motor Books. ISBN 5-09-873406-4 Check |isbn= value: checksum (bantuan).CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Szulc, Tomasz (2000). "Modernizacje bojowego wozu piechoty BMP-1 cz.I" (dalam bahasa Russian). Nowa Technika Wojskowa. ISSN 1230-1655. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Tsouras, P.G. (1994). Changing Orders: The evolution of the World's Armies, 1945 to the Present. Facts On File, Inc. ISBN 0-8160-3122-3.
  • Witkowski, Igor (1993). Lekkie i średnie opancerzone wozy bojowe (dalam bahasa Russian). WiS. ISBN 83-86028-02-5.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Zaloga S., Sarson P. (1994). BMP Infantry Fighting Vehicle, 1967-94. New Vanguard 14. Osprey Publishing. ISBN 978-1855324336.

Pautan luar sunting