Jajahan Bachok

(Dilencongkan dari Bachok)

Bachok (Jawi: جاجهن باچوق) merupakan salah satu daripada 11 jajahan yang terletak di utara negeri Kelantan. Pusat pentadbiran bagi jajahan ini terletak di Bachok dan ditadbir Majlis Daerah Bachok. Jajahan ini juga antara jajahan terkecil dan yang terbaharu dibentuk dalam negeri Kelantan.

Jajahan Bachok
جاجهن باچوق
Bendera Jajahan Bachok جاجهن باچوقcode: ms is deprecated
Lokasi Jajahan Bachok di Kelantan
Lokasi Jajahan Bachok di Kelantan
Map
Koordinat: 6°4′N 102°24′E / 6.067°N 102.400°E / 6.067; 102.400Koordinat: 6°4′N 102°24′E / 6.067°N 102.400°E / 6.067; 102.400
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Bachok
Keluasan
 • Jumlah264.64 km2 (102.18 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah157,288
 • Kepadatan590/km2 (1,500/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
16xxx
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjb.kelantan.gov.my/index.php/ms/

Etimologi sunting

Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban dan chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.

Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

Sejarah sunting

Pengisytiharan rasmi pembentukan jajahan Bachok telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Petra, sultan negeri Kelantan pada hari Ahad, 22 Muharam 1409 bersamaan 4 September 1988.[3]

Geografi sunting

Bachok mempunyai keluasan kira-kira 264.64 kilometer persegi bersempadan dengan Jajahan Pasir Puteh di selatan, jajahan Kota Bharu di barat dan Laut China Selatan di timur. Bentuk muka bumi di Jajahan Bachok merupakan tanah datar dan rendah. Jenis tanah di jajahan ini pula terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu tanah berpasir di pesisir pantai, tanah gambut dan tanah liat. Garis pantai di jajahan ini berukuran kira-kira 32 kilometer.[3]

Pecahan pentadbiran sunting

Jajahan Bachok terbahagi kepada 8 daerah;

 
Peta jajahan Bachok

Bandar dan pekan sunting

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199198,557—    
2000109,384+11.0%
2010126,350+15.5%
2020157,288+24.5%
Sumber: [2]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Bachok ialah seramai 157,288 orang dengan kepadatan penduduk 590 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Bachok berbangsa Melayu, seramai 154,008 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 154,008
Bumiputera lain 232
Cina 1,354
India 112
Lain-lain 424
Bukan warganegara - 1,161
Jumlah 157,291

Agama sunting

Di jajahan Bachok, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[5]

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Bachok. Terdapat sebanyak 53 buah sekolah di jajahan ini;[6]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 34
Sekolah Menengah Kebangsaan 15
Sekolah Menengah Agama 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 1
Kolej Vokasional 1

Jajahan Bachok juga mempunyai enam klinik kesihatan dan 22 klinik desa di sekitar daerah.[3]

Pengangkutan sunting

Jaringan jalan raya di jajahan Bachok menjangkau hampir 600 kilometer. Laluan Persekutuan 3 merupakan laluan utama di jajahan ini. Jaringan jalan negeri di jajahan ini menjangkau hampir 130 kilometer manakala jaringan jalan pihak berkuasa tempatan dan kampung di seluruh jajahan menjangkau hampir 470 kilometer.[3]

Tempat menarik sunting

Pantai Irama sunting

Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan pantai yang utama dan terkenal bukan sahaja di daerah Bachok, malah di negeri Kelantan dan Malaysia. Pantainya yang berpasir dan landai sesuai untuk aktiviti berkelah, riadah ,mandi laut, sukan air dan memancing.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di Pantai Irama adalah seperti berikut:

  • Gerai makanan - ikan/udang/sotong celup tepung, keropok lekor, ABC,Air Kelapa Muda.
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Tandas awam
  • Kemudahan pengangkutan awam
  • Surau
  • Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)

Antara kemudahan di tepi Pantai Irama yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:

  • Banana Boat
  • ATV
  • Kereta Kuda


Pantai Kemayang sunting

Pantai Kemayang terletak didalam Mukim Kemasin,Daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari Bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya Hanya 14KM Dari Bandar Kota Bharu,Disana Anda Dapat Melihat Bot-Bot Nelayan Keluar Dan Masuk Untuk Mendaratkan Hasil Tangkapan Ikan. Disini Juga Terdapat Perusahaan Ikan Kering Secara Kecil-Kecilan Yang Diusahakan Oleh Penduduk Tempatan Diperkampongan Nelayan Dipantai Kemayang.

Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Di sini terdapat juga sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Belongan. Ia dikenali dengan nama Pulau kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh sungai jika dilihat dari udara.

Pantai Melawi sunting

Pantai Melawi juga merupakan pantai yg cantik dan terkenal seperti Pantai Irama dan Pantai Kemayang. Mempunyai banyak tempat menarik dan tempat penginapan seperti:-

  1.     Diamond Melawi Chalet	  Kuala Melawi
  2.	  Damai Melawi Chalet	  Kuala Melawi
  3.	  Anak Rhu Melawi Chalet  Kuala Melawi
  4.	  D Rhu Melawi Chalet	  Kuala Melawi
  5.	  Redzuan Resort	  Kuala Rekang
  6.	  Sri Pantai Resort	  Kuala Rekang
  7.	  Seri Melawi Chalet      Kuala Rekang

penduduk sekitar kebanyakkan nya melakukan aktiviti pertanian secara khususnya tembakau dan kelapa.

Industri perikanan sunting

Industri perikanan di kawasan jajahan Bachok semakin berkembang dengan pembinaan pelabuhan perikanan di Pantai Kemasin dan Pantai Tok Bali(Pasir Puteh) berikutan projek pembangunan Kemasin-Semerak.

Rujukan sunting

  1. ^ "LATAR BELAKANG JAJAHAN - Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok". ptjpp.kelantan.gov.my.
  2. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ a b c d "Latar Belakang Jajahan Bachok". ptjb.kelantan.gov.my. Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Dicapai pada 22 Disember 2023.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  6. ^ "Sekolah di PPD Bachok-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar sunting

Pautan luar sunting