Bahagian Kuching

bahagian pentadbiran Sarawak

Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.[1] Ia juga disebut sebagai "Bahagian Pertama" kerana sebagai pusat dan titik permulaan negeri Sarawak moden. Secara rasmi, Bahagian Kuching dipecahkan kepada tiga daerah, Kuching, Bau dan Daerah Lundu dan dua daerah kecil iaitu Daerah Kecil Sematan dan Daerah Kecil Padawan.[2][3]

Bahagian Kuching
Bahagian
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E / 1.41667; 110.08333Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E / 1.41667; 110.08333
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
DaerahKuching, Bau, Lundu
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanDewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)
Majlis Perbandaran Padawan (MPP)
Majlis Daerah Bau (MDB)
Majlis Daerah Lundu (MDL)
Pejabat Daerah Kecil Padawan
Pejabat Daerah Kecil Sematan
Keluasan
 • Jumlah4,559.5 km2 (1,760.4 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah648,415
 • Kepadatan140/km2 (370/batu persegi)
Demografi
 • EtnikCina (34.2%)
Melayu (29.1%)
Iban (24.5%)
Bidayuh (8.3%)
Lain-lain kaum (3.6%)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Nombor plat kenderaanQK, QA
Laman sesawangkuching.sarawak.gov.my

Pentadbiran sunting

Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Kuching keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Kecil Siburan terletak di bawah Bahagian Kuching tetapi kini ia terletak di bawah seliaan sepenuhnya Daerah Serian. Pada 1 Oktober 2015, merupakan hari bersejarah bagi Daerah Kecil Siburan kerana daerah kecil ini dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Kuching.[4] Tiga daerah serta dua daerah kecil masih kekal di Bahagian Kuching.[3]

Senarai Daerah dan Daerah Kecil di Bahagian Kuching.[5][6]
No. Peta Keluasan (km2) Daerah/Daerah Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Bandar/Pekan pentadbiran Penduduk (orang)
1
 
1,812.3 Daerah Lundu Majlis Daerah Lundu Lundu 23,076
2
 
884.4 Daerah Bau Majlis Daerah Bau Bau 83,725
3
 
1,868.83 Daerah Kuching Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan Kuching 518,904
4 526.19 Daerah Kecil Padawan Majlis Perbandaran Padawan, Pejabat Daerah Kecil Padawan Teng Bukap 14,802
5 442.5 Daerah Kecil Sematan Pejabat Daerah Kecil Sematan Sematan 7,908

Rujukan sunting

  1. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  3. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  4. ^ "Kampung daerah kecil Siburan dibahagi di bawah pentadbiran Serian, Kuching". Utusan Borneo. 1 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-11. Dicapai pada 10 Julai 2016 – melalui PressReader.
  5. ^ "Kuching Resident Office: Kuching Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2010. Dicapai pada 8 May 2010.
  6. ^ "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.

Pautan luar sunting