Bahasa Czech

bahasa

Bahasa Cekh (Čeština ['ʧɛʃ.cɪ.na]) adalah salah satu bahasa Slavik Barat, bersama dengan bahasa Slovak, Poland, Pomerania (Kashubia), dan Sorbia Lusatia. Bahasa ini dituturkan oleh kebanyakan orang di Republik Cekh dan oleh orang-orang Cekh di seluruh dunia (lebih kurang 12 juta penutur pada jumlahnya). Bahasa Cekh adalah amat serupa dengan bahasa Slovak dan pada kadar yang lebih kecil, dengan bahasa Poland. Bahasa Cekh dan Slovak biasanya dapat saling difahami. Bagaimanapun, penutur-penutur yang dilahirkan selepas sekitar tahun 1985 mungkin menghadapi kesulitan untuk memahami beberapa perkataan (khususnya perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Hungary) yang amat berbeza atau memahami bahasa bertuturan pantas. Kebanyakan dewasa yang bertutur dalam bahasa Cekh dan Slovak mampu memahami satu sama lain tanpa kesusahan laksana mereka telah rutinnya terdedah kepada kedua-dua bahasa dalam televisyen dan radio kebangsaan Cekhoslovakia sehingga pembubaran Cekhslovakia pada tahun 1993. Televisyen Cekhslovakia, khususnya saluran-saluran TV komersilnya, masih amat popular di kalangan penonton di Slovakia. Sebaliknya, disebabkan oleh imigrasi Slovakia yang semakin bertambah, bahasa Slovak telah disebarluaskan ke seluruh Republik Cekh.

Bahasa Cekh
čeština
Asli kepadaRepublik Cekh dan sebagai bahasa minoriti juga di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Slovakia
KawasanEropah Tengah
Penutur bahasa
12 juta
Indo-Eropah
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Republik Cekh, Kesatuan Eropah
Dikawal selia olehInstitut Bahasa Cekh
Kod bahasa
ISO 639-1cs
ISO 639-2cze (B)
ces (T)
ISO 639-3
ces

Sebagaimana dengan kebanyakan bahasa Slavik (kecuali kata nama am dalam bahasa Bulgaria moden dan bahasa Macedon, banyak perkataan (khususnya, kata nama, kata kerja, dan kata adjektif) mempunyai banyak bentuk (fleksi). Dari segi ini, bahasa-bahasa Cekh dan Slavik adalah lebih serupa dengan bahasa Indo-Eropah, bahasa asalnya, berbanding dengan bahasa-bahasa lain dalam keluarga yang sama yang telah hilang kebanyakan fleksinya. Tambahan pula dalam bahasa Cekh, peraturan-peraturan morfologi adalah terlalu tidak nalar dan banyak bentuk mempunyai kelainan-kelainan rasmi dan basahan, serta kekadangnya kelainan separa rasmi. Urutan kata menggunakan fungsi yang serupa dengan penekanan dan artikel dalam bahasa Inggeris. Kerapnya, kesemua pilih atur perkataan adalah mungkin. Sedangkan kebanyakan pilih atur berkongsi maksud yang sama, ia adalah berbeza kerana pilih-pilih atur berbeza dari segi artikulasi fokus topik. Sebagai contoh: Češi udělali revoluci (Orang-orang Cekh memberontak), Revoluci udělali Češi (Adalah orang-orang Cekh yang memberontak), dan Češi revoluci udělali (Orang-orang Cekh ada memberontak).

Fonologi bahasa Cekh mungkin menimbulkan masalah kepada para penutur bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, sesetengah perkataan tidak mempunyai vokal: zmrzl (pepejal beku), ztvrdl (terkeras), scvrkl (terkecut), čtvrthrst (sesuku genggam), blb (orang bodoh), vlk (serigala), and smrt (kematian). Contoh umum untuk ini ialah frasa "strč prst skrz krk" yang bermaksud "masukkan jari ke dalam kerongkong" atau "Smrž pln skvrn zvlhl z mlh." yang bermaksud "Morel yang penuh dengan bintik-bintik, akibat dibasahi kabut". Bagaimanapun, konsonan-konsonan l dan r berfungsi sebagai sonoran dan oleh itu, memenuhi peranan vokal (fenomena yang serupa juga terjadi dalam bahasa Inggeris Amerika; umpamanya, bird disebut sebagai [brd] dengan r silabik). Ia juga mencirikan konsonan ř, sepatah fonem bahasa Cekh yang dikatakan unik dan agak susah bagi orang-orang asing membunyikan. Kepada telinga orang asing, bunyinya amat serupa dengan zh, walaupun anggaran yang lebih baik ialah r bergulung yang bergabung dengan zh. Secara kebetulan, bunyi ini (rž) juga kekadang digunakan sebagai ortografi dalam umpamanya, piagam diraja Rudolf II, Maharaja Rom Holy sejak tahun 1609. Huraian fonetik bunyi ini ialah "getaran alveolar bukan sonoran yang kuat" yang boleh mengambil bentuk, baik tanpa bunyi (pada hujung perkataan atau di sebelah konsonan tanpa bunyi) mahupun berbunyi (di tempat-tempat lain). Transkripsi IPAnya ialah [], tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak mewakili bunyi ř yang betul.


Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Kamus sunting

Kursus dan buku frasa dalam talian sunting

Diakritik sunting

Lain-lain sunting