Bahasa Ireland (Gaeilge), juga dikenali sebagai bahasa Gaelik Ireland, ialah suatu bahasa Goidelik daripada keluarga bahasa Indo-Eropah, berasal dari Ireland dan sebagai bahasa kedua mengikut kumpulan yang agak besar. Bahasa Ireland mendapat status perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi pertama Republik Ireland. Bahasa ini merupakan salah satu bahasa Kesatuan Eropah dan bahasa minoriti di Ireland Utara yang diakui secara rasmi.

Irish
Gaeilge
Sebutan[ˈɡeːlʲɟə]
Asli kepadaIreland
KawasanGaeltacht
Penutur bahasa
approx 130,000 asli di Ireland, bilangan lebih kecil di luar negara (2011)[1]
L2:
Bentuk awal
Bentuk piawai
An Caighdeán Oifigiúil
Latin (abjad bahasa Ireland)
Braille Ireland
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Republik Ireland
 Kesatuan Eropah
Bahasa minoriti
dikenali di
Dikawal selia olehForas na Gaeilge
Kod bahasa
ISO 639-1ga
ISO 639-2gle
ISO 639-3gle
ELPIrish
Linguasphere50-AAA
Perkadaran responden yang mengatakan mereka boleh berbahasa Ireland dalam bancian Ireland 2011 atau bancian Ireland Utara 2011.
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa ini merupakan antara bahasa tertua yang wujud dengan kesusasteraannya sendiri di Eropah Barat[4] bermula daripada penulisan nama-nama dalam tulisan Ogham yang diukir pada batuan sejak abad ke-4. Tulisan Rumi pula diperkenalkan oleh seorang uskup suruhan Paus Celestinus I - yang dikatakan sebagai penganut Kristian pertama dari kalangan bangsa Ireland[5] - bernama Palladius sekitar tahun 431 Masihi.[6]

Bahasa ini mempunyai beberapa bentuk yang beralih dari zaman ke zaman - bahasa Ireland Pertengahan muncul pada abad ke-10 serta tersebar bukan sahaja serata pulau Ireland itu sendiri, tetapi sejauh Scotland dan Pulau Man. Bahasa pertuturan di kedua-dua negara ini pula berpecah secara beransur-ansur menjadi bahasa Gaelic Scotland dan Bahasa Manx setelah abad ke-12. Bahasa Irish Moden mula dikembangkan sejak abad ke-13 sehinggalah ke bentuk akhirnya pada abad ke-17 sebagai wahana penulisan kesusasteraan di Ireland dan kawasan penutur bahasa ini Scotland.

Penggunaan bahasa ini mula merosot dalam kalangan penutur di bahagian timur pulau Ireland lalu merebak ke barat atas beberapa faktor iaitu pengharaman penggunaannya oleh pemerintah British yang menjajah pulau tersebut, sokongan Gereja Katolik Rom terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa keagamaan dalam upacara gereja serta kecenderungan penduduk pulau itu menggunakan bahasa Inggeris dan Ireland lalu menyebabkan peralihan bahasa.[7] Penghijrahan ke negara-negara yang jauh seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia akibat Kebuluran Besar Ireland yang kemudiannya mendorong kepada penggunaan bahasa Inggeris turut memburukkan keadaan. Walau bagaimanapun, kini terdapat pelabagai usaha yang dilakukan sejak merdekanya Ireland dari Britain untuk menghidupkan semula serta melestarikan bahasa ini dengan tertubuhnya sekolah-sekolah khas menggunakan bahasa Ireland sebagai medium pengantar serta penerapannya dalam media baru eperti radio dan televisyen.

Rujukan sunting

  1. ^ Keith Brown, penyunting (2005). Ensiklopedia Bahasa dan Linguistik (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Elsevier. ISBN 0-08-044299-4. OCLC 1097103078. OL 9978832M.
  2. ^ http://www.nisra.gov.uk/Census/key_report_2011.pdf Bancian 2011, Statistik Kekunci untuk Ireland Utara, Kerajaan United Kingdom, Disember 2012
  3. ^ Vaughan, Jill. "The Irish language in Australia - Socio-cultural Identity in Diasporic Minority Language Use". Sekolah Bahasa dan Linguistik Universiti Melbourne. Dicapai pada 2 Ogos 2012.
  4. ^ Maureen O'Rourke Murphy, James MacKillop. An Irish Literature Reader. Syracuse University Press. m/s. 3.
  5. ^ Jerome, Patrologia Latina, XXIV, 682, 758
  6. ^ Michael Richter, Medieval Ireland, Revised Edition, Gill & McMillan, 2005, p. 11, 41
  7. ^ De Fréine, Seán (1978). The Great Silence: The Study of a Relationship Between Language and Nationality. Irish Books & Media. ISBN 978-0-85342-516-8.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting