Bahasa Kemboja (ភាសាខ្មែរ, khmer), bahasa orang Khmer dari Kemboja, adalah bahasa dalam kelompok Mon-Khmer dari bahasa-bahasa Austro-Asia, dipertuturkan sekitar 8 juta orang di Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand, Republik Rakyat China, Perancis dan Amerika Syarikat. Bahasa Khmer banyak menerima bentuk dan kosa kata dari bahasa Thai akibat berabad-abad kedua-duanya saling meminjam kata. Ada pula kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit, bahasa Pali, bahasa Perancis dan bahasa Cina ke dalam bahasa Khmer.

Bahasa Kemboja
[pʰiːəsaː kʰmaːe]
Asli kepadaKemboja, Vietnam, Thailand, China, Amerika Syarikat, Perancis, Australia
Penutur bahasa
15.7 hingga 21.6 juta (2004)
  • Penutur asli: 14.7 hingga 20.6 juta
    • Kemboja: 12.1 juta
    • Vietnam: 1.1[1] hingga 7[2] juta
    • Thailand: 1.2 juta
    • USA: 190,000
    • Perancis: ca. 50,000
    • Australia: 22,000
    • Kanada: 16,500
  • Penutur bahasa ke-2: 1 juta di Kemboja
Austro-Asia
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Kemboja
Kod bahasa
ISO 639-1km
ISO 639-2khm
ISO 639-3Salah satu:
mya – Khmer Tengah
kxm – Khmer Utara

Abjad Khmer sunting

Abjad Khmer diturunkan daripada tulisan Brahmi dari India kuno melalui tulisan Pallava, yang digunakan di India selatan dan Asia Tenggara selama abad 5 dan 6 M. Inskripsi tertua dalam bahasa Khmer ditemui di Angkor Borei di Daerah Takev, selatan Phnom Penh yang bertahun 611 M.

Abjad Khmer secara dekatnya mirip dengan abjad Thai dan Lao, yang keduanya dikembangkan dari abjad Khmer.

Abjad Khmer merupakan abjad suku kata yang masing-masing huruf matinya memiliki 2 bentuk, 1 dengan /a/ (rangkaian pertama) yang melekat dan 1 dengan /o/ (rangkaian kedua) yang melekat. Seluruh huruf mati memiliki bentuk tulisan di bawah garis yang digunakan menulis konsonan rangkap kedua. Pengucapan huruf mati bergantung pada apakah huruf mati terletak pada rangkaian pertama atau kedua. Huruf hidup ditandai dengan penggunaan tulisan terpisah atau diakritik, yang tertulis di atas, bawah, depan, setelah atau sekeliling huruf mati.

Dalam teks bahasa Khmer tiada jarak antara kata, sedang jarak menandakan bahawa akhir klausa atau perkataan. Meskipun ada usaha menstandardisasikan bahasa Khmer, banyak memiliki lebih daripada 1 ejaan yang diterima.

Huruf mati

p t c k ʔ
ɓ ɗ
(f) s h
m n ɲ ŋ
w j h
l
ɽ

Huruf hidup

i e ɨ ə a ɑ u o
i ɛː ɨː əː ɑː ɔː
iːə eːi aːe ɨːə əːɨ aːə ɑːo uːə oːu ɔːə

Suku kata dan kata

pʰt- pʰc- pʰk- pʰʔ- pɗ- pʰn- pʰɲ- pʰŋ- pʰj- pʰl- pɽ- ps- ph-
tʰp- tʰk- tʰʔ- tɓ- tʰm- tʰn- tʰŋ- tw- tj- tl- tɽ- th-
cʰp- cʰk- cʰʔ- cɓ- cɗ- cʰm- cʰn- cʰŋ- cʰw- cʰl- cɽ- ch-
kʰp- kʰt- kʰc- kʰʔ- kɓ- kɗ- kʰm- kʰn- kʰɲ- kŋ- kʰw- kʰj- kʰl- kʰɽ- ks- kh-
sp- st- sk- sʔ- sɓ- sɗ- sm- sn- sɲ- sŋ- sw- sl- sɽ- sth-
ʔəw-
mət- məc- məʔ- məɗ- mən- məɲ- məl- məɽ- məs- məh-
ləp- lək- ləʔ- ləɓ- ləm- ləŋ- ləw- ləh- ləkh-

Kata dasar sunting

  • Bahasa Khmer: ខ្មែរ khmer
  • helo: សួស្ដី soursdey
  • selamat tinggal: លាហើយ lea hey
  • maaf: សូមទោស som tos
  • tak masalah: គ្មានបញ្ហា kmean panh-ha
  • Terima kasih: អរគុណ Or kun
  • Berapa banyak: ថ្លៃប៉ុន្មាន Tlai punman
  • ya: បាទ bart (lelaki)/ ចាស៎ jah (perempuan)
  • tidak: ទេ teh
  • saya tidak mengerti: ខ្ញុំមិនយល់ទេ kngom men yol teh
  • di manakah tandas?: តើបន្ទប់ទឹកនៅទីណា? ter bantub tek nov ti na?
  • Apakah anda mampu berbahasa Inggeris?: តើអ្នកនិយាយ អង់គ្លេស ទេ? ter nak niyay Anglais teh?

Pautan luar sunting

  1. ^ Rajah kerajaan Vietnam.
  2. ^ Angggaran bukan-kerajaan dari Khmer Krom yang tinggal di Vietnam.