Bahasa Mah Meri

bahasa Orang Asli

Bahasa Mah Meri, juga dikenali sebagai Besisi, Cellate, Hma 'Btsisi', Ma 'Betisek, dan "Orang Sabat" (bahasa kasar),[2] ialah sebuah bahasa Austroasiatik yang dituturkan di Semenanjung Tanah Melayu. Bahasa ini, bersama dengan bahasa-bahasa Semaq Beri, Semelai dan Temoq, tergolong dalam bahasa-bahasa Asli Selatan, cabang bahasa asli Malaysia. Mah Meri adalah satu-satunya bahasa asli yang dituturkan di kawasan pantai (di pantai Negeri Sembilan dan Selangor) dan jumlah penutur ialah 3,675 orang seperti yang direkodkan oleh pihak Muzium Orang Asli di Gombak. Sebuah kamus bahasa Mah Meri telah disusun oleh Nicole Kruspe.[3][4]

Mah Meri
Besisi, Betise’
Asli kepadaMalaysia
KawasanSemenanjung Malaysia
EtnikMah Meri
Penutur bahasa
3,675 [1] (2008)
Austro-Asia
Kod bahasa
ISO 639-3mhe
ELPMah Meri

Fonologi sunting

Vokal[5] sunting

Daftar vokal 1
Depan Tengah Belakang
bundaran + bundaran -
Sempit i    ĩ

ɨ̞

ɯ    ɯ ũ    ũ
Separuh sempit e    ẽ

ə    ә

o    õ
Separuh luas ɛ    ɛ ɔ    ɔ
Luas a    ã
Daftar vokal 2
Depan Tengah Belakang
-kitar + pusingan
Sempit ɯ̤
Separuh sempit

ə̤

o
Separuh luas ɛ̤ ɔ̤
Luas a

Daftar suara[5] sunting

Bahasa Mah Meri dilaporkan memiliki dua daftar suara:

  • Daftar 1: Daftar vokal 1 mempunyai kualiti suara tegang yang jelas, tempoh yang lebih pendek dan nada lebih rendah. Daftar 1 vokal juga mempunyai sekatan fonotaktik yang sedikit.
  • Daftar 2: Daftar 2 huruf vokal adalah lebih lancar, lebih lama dan bernada lebih tinggi. Daftar vokal 2 juga mempunyai sedikit suara mengah.

Konsonan[5] sunting

Dwibibir Bibir-velar Gigi-gusi Gusi Gusi-lelangit Lelangit Velar Glotis
Hentian p    b t         d k    g ʔ
Hentian terhembus pʰ     tʰ     kʰ    
Sengauan m̥    m n̥    n ɲ̊    ɲ ŋ̊    ŋ
Tamparan      ɾ
Geseran s      h     
Letusan tɕ    dʑ
Letusan terhembus tɕʰ     
Aproksiman ʍ    w j     ɰ
Aproksiman sisian l̥    l

Tatabahasa sunting

Sintaksis[4] sunting

Dalam bahasa Mah Meri, kata penerang dan kata penunjuk berlaku selepas objek seperti dalam contoh (1) dan (2) manakala kata sendi nama wujud sebelum objek seperti ditunjukkan dalam contoh (3).[4]

(1) dṳk naleʔ
dṳk naleʔ
rumah lama
"Rumah lama"
(2) lɘmɔl horoʔ ke
lɘmɔl horoʔ ke
lelaki tua itu
"Lelaki tua itu"
(3) haʔ mbɘri
haʔ mbɘri
(di) hutan
"Di hutan"
(4) hŋkiʔ tomboʔ lɘmɔl ke
hŋkiʔ tomboʔ lɘmɔl ke
Dia (k.g.d. ketiga) pukul lelaki itu
"Dia memukul lelaki itu."
(5) lɘpas ke nɔŋ, ʔeʔə̤t kɘdeʔ, kaye hŋkiʔ ʔeʔə̤t
lɘpas ke nɔŋ, ʔeʔə̤t kɘdeʔ, kaye hŋkiʔ ʔeʔə̤t
Selepas itu (demonstratif dekat kala lampau) saya (k.g.t pertama) sorok nampak dia saya
"Selepas itu, saya menyorokkan diri, biar dia nampak saya."

Bagi klausa tak transitif dalam bahasa Mah Meri, kedua-dua susunan Subjek-Kerja (SV) dan Kerja-Subjek (VS) adalah mungkin seperti yang dalam contoh (6) dan (7) masing-masing.

(6) ʔeʔə̤t nimbol bawaw nɔŋ
ʔeʔə̤t nimbol bawaw nɔŋ
Saya datang.dari laut (demonstratif dekat kala lampau)
"Saya baru tiba dari laut."
(7) lɛp do haʔ tə̤k
lɛp do haʔ tə̤k
masuk air (lokatif) telinga
"Air termasuk ke dalam telinga (saya)."

Morfologi[4] sunting

Morfologi di Mah Meri secara eksklusif dilakukan melalui awalan dan sisipan.[4]

Terbitan semiproduktif sunting

1. N- penyahtransitif 'DTR'

Awalan n- diletakkan pada kata kerja suku kata tunggal dan vokal dari suku kata akhir digandakan ke kedudukan vokal.
Contoh: 'membuat' → nɛ-bɛ 'pelaku'
Bagi kata kerja dwisuku, konsonan permulaan digantikan dengan konsonan hidung homorgan.
Contoh: plɘt 'memadamkan'→ m:ɘlɘt 'pemadaman'

2. ka- pemfokus transitif 'TR' </br>

Awalan ka- hanya digunakan terhadap kata kerja satu suku kata asli.
Contoh: jɛt 'untuk mengikuti' → ka-jɛt 'untuk mengikuti seseorang atau sesuatu', cɔʔ 'pergi' → ka-cɔʔ 'untuk pergi ke seseorang atau tempat'

3. < l > distributif 'DISTR' </br>

Sisipan < l > digunakan untuk kata kerja dwisuku tak transifif keadaan atau kedudukan serta beberapa kata kerja pergerakan. Sisipan dimasukkan ke dalam suku kata awal dan suatu schwa menggantikannya dengan betul untuk membetulkan struktur suku kata.
Contoh: kancɛw 'menjadi telanjang' → kɘlancɛw 'banyak (orang) telanjang'.
Sekiranya suku kata kedua terakhir CV berhenti dengan buyi lelangit dan disertakan schwa, sisipan < la > pula diterapkan.
Contoh: jɘkɘʔ 'duduk dan tidak bergerak' → jɘ-la-kɘʔ 'banyak yang duduk dan tak bergerak'

Terbitan produktif biasa sunting

1. sɘ-RDP-dasar lelaran 'ITER'

Awalan sɘ- dilampirkan kepada konstituen awal asas yang digandakan untuk menyatakan lelaran.
Contoh: sɘ-nake-nake (ITER-RDP-itu) 'yang itu lagi dan lagi'

2. Penunjuk kebetulan tɘ- 'happ' </br>

Awalan tɘ- menyatakan a) peristiwa yang tidak sengaja dan b) keupayaan atau ketidakupayaan apabila digunakan terhadap klausa yang ditolak.
Contoh: tɘ-ka-ca '(secara kebetulan) sedang makan'

3. Suara tengah bɘ- 'MID'

Awalan bɘ- digunakan terhadap kata dasar kerja atau nominal untuk menyatakan fungsi atribut atau posesif.
Contoh: bɘ-dṳk 'mempunyai rumah'

Ancaman kepupusan sunting

Menurut Ethnologue,[2] status bahasa Mah Meri ialah '6b: Terancam', merujuk kepada keadaan di mana bahasa yang digunakan untuk komunikasi muka-ke-muka dalam semua generasi, tetapi mula kehilangan penutur. Status ini adalah berdasarkan Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale (EGIDS) oleh Lewis dan Smino pada (2010).[6]

Satu kajian oleh Coluzzi, Riget & Wang (2017)[7] mengenai penggunaan dan sikap bahasa di empat buah kampung Mah Meri di Pulau Carey menunjukkan bahawa sementara Mah Meri masih memegang status yang kukuh dan positif dalam masyarakat, terdapat kemungkinan peralihan bahasa secara penuh ke arah bahasa Melayu pada masa depan disebabkan oleh penuturan Mah Meri yang lebih rendah dalam kalangan generasi muda.

Rujukan sunting

  1. ^ Benjamin, Geoffrey (2012). The Aslian languages of Malaysia and Thailand: an assessment. In Stuart McGill & Peter K.Austin (eds) Language Documentation and Description, vol 11. London: SOAS. m/s. 136-230
  2. ^ a b "Mah Meri". Ethnologue: Languages of the World. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  3. ^ "Nicole Kruspe". Lund University Research Portal. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  4. ^ a b c d e Kruspe, N., & Zainal, A. (2010). A Dictionary of Mah Meri as Spoken at Bukit Bangkong. Oceanic Linguistics Special Publications, (36), Iii-410. https://www.jstor.org/stable/25822793
  5. ^ a b c Kruspe, N., & Hajek, J. (2009). Mah Meri Journal of the International Phonetic Association, 39(2), 241-248. doi:10.1017/S0025100309003946
  6. ^ Lewis, M. Paul; Simons, Gary F. (2010). "Assessing endangerment: Expanding Fishman's GIDS". Revue roumaine de linguistique. 55 (2): 103–120. Dicapai pada 28 March 2020.
  7. ^ Coluzzi, Paolo; Riget, Patricia Nora; Xiaomei, Wang (2017). "Language vitality among the Orang Asli of Malaysia: the case of the Mah Meri on Telo' Gunjeng (Carey Island, Selangor)". International Journal of the Sociology of Language. 2017 (244): 137–161. doi:10.1515/ijsl-2016-0060.

Pautan luar sunting