Bahasa Melayu Malaysia

dialek Melayu diguna rasmi dekat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 "bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu"

Bahasa Melayu Malaysia (juga Bahasa Melayu Standard, Bahasa Melayu Baku, atau Bahasa Melayu Piawai) atau ringkasnya disebut Bahasa Melayu sahaja ialah versi bahasa Melayu yang dikawalselia pemiawaiannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan serta rasmi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu".[3] Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.[4]

Bahasa Melayu Malaysia
Bahasa Melayu Standard
Bahasa Melayu Piawai
Bahasa Melayu Baku
بهاس ملايو مليسيا
Asli kepadaMalaysia dan Singapura
Penutur bahasa
B1: Sedikit
B2: Merangkumi keseluruhan penduduk Malaysia.[1] Bentuk baku bahasa Melayu Malaysia (zsm) ini digunakan secara diglosia dengan bahasa Melayu tempatan (zlm).
Bentuk awal
Tulisan Rumi (rasmi) dan Tulisan Jawi (separa rasmi)[2]
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Malaysia
 Singapura
 Brunei
Dikawal selia olehDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Majlis Bahasa Melayu Singapura
Kod bahasa
ISO 639-3zsm
Glottologstan1306
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.
Seorang penutur bahasa Melayu piawai di Langkawi

Bahasa Melayu Malaysia mempunyai lebih daripada 65-75% perbendaharaan katanya berkognat dengan perbendaharaan kata daripada Bahasa Indonesia dan dituturkan oleh lebih daripada 20-25 juta orang di Malaysia sebagai bahasa sehari-hari dan lingua franca.

Sejarah sunting

Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama bagi bahasa kebangsaan Malaysia kerana terpengaruh dengan ideologi negara jiran Indonesia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai lebih meluas. Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Agong Pertama) tetapi timbul secara spontan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 yang menggegarkan persekutuan negara, terbukti dalam liputan akhbar di masa itu. Pada masa itu, wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, tiada pemindaan sungguh-sungguh yang dilakukan terhadap penakrifan bahasa kebangsaan seperti yang tertulis dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada ketika itu. Disebabkan itulah penggunaan kembali istilah "Bahasa Melayu" menukar "Bahasa Malaysia" berlaku semenjak tahun 1986. Seiras dengan pernyataan di dalam perkara bahawa "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu" dalam perlembagaan Malaysia.[5][6]

Pada tahun 2007, berlaku sedikit kesilapan dalam kalangan masyarakat dan kabinet mengenai istilah bahasa rasmi negara sama ada istilah "Bahasa Melayu" atau "Bahasa Malaysia" yang sebenarnya betul. Ada usaha dilakukan oleh kabinet Malaysia pada 4 Jun 2007 bagi menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" kerana ingin menanamkan semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan rakyat walaupun usaha ini tidak membuahkan hasil kentara[7][8][9]. Kabinet mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jawatan serta agensi berkaitan bagi mengguna istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Namun perkara itu sebenarnya sukar untuk dilaksanakan secara menyeluruh kerana perkara 152 perlembagaan Malaysia jelas mengatakan bahasa rasmi negara adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a)

tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b)

tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Pada tahun 2022, isu nama bahasa rasmi mendapat kritik keras daripada Indonesia sebab hasrat perdana menteri Malaysia yang ke-9 iaitu Ismail Sabri yang bercita-cita hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua dan lingua franca ASEAN.[10][11] Cadangan ini mendapat cabaran keras daripada Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim . Menurut beliau, Bahasa Indonesia ialah lebih layak sebagai lingua franca ASEAN kerana mempunyai perbendaharaan kata yang lebih besar dan menyerap lebih banyak kata dari bahasa lain, baik bahasa-bahasa tempatan dan luar negara.[12][13][14][15]. Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Kamaruddin M. Said berkata "selagi Malaysia berkeras menamakan bahasa rasmi negara adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia selagi itu Indonesia tidak akan henti-hentinya mencabar kita"[16][17]. Perbincangan ini sekaligus menjejaskan status nama bahasa rasmi Malaysia yang jelas menyebut bahasa Melayu.[18][19][20]

Kaedah menulis sunting

Sebagai pewaris langsung daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu kuno, penulisan aksara bahasa Melayu Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dan mengguna beberapa jenis sistem tulisan yang saling berganti. Sistem yang pertama dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India Selatan. Berdasar daripada batu bersurat Trengganu dan penyebaran dakwah agama Islam, penggunaan sistem tulisan Jawi telah berkembang di negeri-negeri Melayu seawal abad ke-12. Pada penghujung abad ke-19, sebab penjajahan Inggeris sistem tulisan Rumi mula diguna dalam penulisan bahasa Melayu.

Dalam zaman pasca-moden, Bahasa Melayu Malaysia biasanya ditulis dalam tulisan Rumi dan tulisan Jawi. Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Melayu Malaysia di pelbagai negeri Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Penggunaan Tulisan Jawi dirasmikan di negeri seperti Kedah, Kelantan, Pahang dan Trengganu. Tulisan ini diguna bagi menunjukan pelbagai arah tempat, nama pejabat, papan pemasaran dan pelajaran yang wajib dikuasai bagi SPM.

Pada awal zaman kemerdekaan, bahasa Melayu Malaysia ditulis mengguna Ejaan Za'ba. Namun kemudian ejaan rumi bahasa Melayu beralih kepada sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu bermula 16 Ogos 1972 dengan pengisytiharannya oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia Suharto secara bersama. Dengan persetujuan ini, bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama untuk sistem tulisan rumi bagi kedua-dua bahasa tersebut.

Skop Penggunaan sunting

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi tunggal Persekutuan dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada 1968. Manakala di Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Inggeris.

Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu sunting

Sejak zaman kuno, Bahasa Melayu Malaysia telah lama banyak menyerap pengaruh bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Portugis, Tamil, Arab dan lain-lain.

Pengaruh Portugis sunting

Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[21] Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:

Bahasa PortugisBahasa Melayu
ArmárioAlmari
BolaBola
CamisaKemeja
DadoDadu
GarfoGarpu
IgrejaGereja
LimãoLimau
ManteigaMentega
DomingoMinggu
PadrePaderi
ToalhaTuala
JanelaJendela
EscolaSekolah
SabadoSabtu
SabãoSabun
SapatoSepatu

Ragam tidak formal di Malaysia sunting

Zaman kontemporari telah memperlihatkan perkembangan perbendaharaan kata secara tidak formal dalam Bahasa Melayu Malaysia, terbentuk daripada pengubahsuaian terhadap perkataan-perkataan bersumber daripada Bahasa Melayu Piawai atau bahasa-bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu.

Ekoran hal tersebut, wujudnya tiga jenis ragam bahasa tidak formal pada bahasa Melayu Malaysia, iaitu: bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa rojak. Berikut merupakan perbandingan ragam-ragam bahasa tersebut:

Ragam bahasa Contoh ayat
Bahasa standard Tahukah encik biasanya berapa harga kain ini dijual? Empat belas ringgit untuk satu meter, memang mahal. Lebih baik encik beli kain ini dengan saya, harga pun baru sepuluh ringgit sahaja, lebih murah di kedai ini!
Bahasa basahan (loghat umum Johor-Riau yang digunakan di Selangor, Pahang dan Perak) Encik tahu tak biasenye harge kain ni berape? Empat belas semite, mahal tau... Baik beli dengan saye, harge pun baru sepuloh ringgit je, kat sini lagi murah!
Bahasa pasar (loghat Cina Malaysia) Lu tau biasa ini kain jual halga belapa? Ampat balas samite, manyak mahal oh... Mali sini beli sama gua, halga sapulu saja, sini punya manyak mulah!
Bahasa rojak (loghat Inggeris-Melayu) Sir you tahu tak kain ni original price dia berapa? Fourteen ringgit per meter, mahal tau... Baik beli dengan I, harge baru ten ringgits, kat sini lagi cheap!

Bahasa basahan Melayu sunting

Bahasa basahan Melayu, juga dikenali sebagai bahasa percakapan Melayu, adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian[22] antara penutur-penutur asli bahasa Melayu. Laras percakapan wujud dalam mana-mana bahasa di dunia, tetapi dalam konteks Bahasa Melayu Malaysia, padanan laras basahannya adalah berpaksi kepada pemendekan kosa kata baku, penggunaan kosa kata bersumber utama dari loghat Melayu Johor-Selangor moden dan bersumber sampingan dari pelbagai dialek atau bahasa kerabat Melayu. Bahasa ini berubah mengikut peredaran zaman, maka wujudnya keadaan mereka yang bergenerasi lama tidak memahami ragam percakapan dari generasi baharu. Antara perkataan-perkataan yang seringkali dianggap sebagai bahasa basahan adalah awek (kekasih perempuan); balak (kekasih lelaki); tak (tidak); usya/usha (tinjau); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (berlagak, perangai teruk, mutu rendah) dan lain-lain. Kata ganti nama majmuk baharu telah dibentuk daripada kata ganti nama asal dan perkataan orang. Contohnya, kitorang (kita + orang, ganti kami); korang (kau + orang, "kamu semua"); diorang atau derang (dia + orang, "mereka").

Antara perkataan yang digunakan pada abad ke-21 ialah:

Perkataan

Tidak Rasmi

Perkataan Rasmi
bleh/leh boleh/dapat
tak leh tidak boleh/tidak dapat
ni ini
tu itu
ko engkau/kamu/awak
korang, diorang, kitorang kau orang (kamu semua), dia orang (mereka), kitorang (kita)
nape kenapa
camne macam mana/bagaimana
camtu/cegitu macam itu
camni/canni/cegini macam ini
pi (ragam utara) /gi (ragam selatan)/pegi pergi
kat dekat/di
ne mana
tau tahu
je/aje sahaja
a'ah ya
makwe/awek teman wanita
pakwe/balak teman lelaki
minah perempuan
mamat lelaki
skodeng mengintai
cun cantik/lawa
jom mari/ayuh
poyo/selenge teruk/buruk
blah beredar/berambus (bergantung kepada konteks dan nada)
mai (ragam utara)/meh mari
apesal/sal/pehal apa pasal/apa hal
tak yah tidak payah
pastu selepas itu/habis itu
amik ambil
pekena makan/minum
jap (ragam selatan) / sat (ragam pantai timur) sekejap
pisyang/pishang rasa bosan sampai tak tahu nak buat apa
bai lah/sangat (contoh: aku pisyang bai)
beb weh kawan
ek (dialek Johor) eh
ke (bentuk tunggal) -kah (kata penegas yang hanya boleh berbentuk imbuhan akhir)
kekwat berlagak
membawang mengumpat
kencing menipu
menganjing memerli

Bahasa pasar di Malaysia sunting

Bahasa pasar didefinisikan sebagai salah satu ragam bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur bukan asli Melayu (biasanya orang Cina dan India dalam konteks Malaysia) yang tidak sepenuhnya menguasai penggunaan bahasa Melayu yang murni, atau seperti yang dituturkan antara penutur asli Melayu dengan penutur bukan asli Melayu.[23] Seperti namanya "bahasa pasar", ragam bahasa ini digunakan di tempat perdagangan terbuka seperti pasar pagi yang melibatkan kepelbagaian etnik, dan biasanya orang Melayu menggunakan ragam ini tanpa sedar dengan orang yang kurang mahir dalam bahasa Melayu supaya dapat mengurangkan kesalahfahaman dalam urusan harian.

Bahasa Melayu rojak sunting

Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan bandar lain di Malaysia, menggunakan perkataan dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara serentak, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya,[24] terutamanya di kalangan penutur asli bahasa Melayu yang mempelajari dua atau lebih bahasa. Fenomena ini seringkali melibatkan peralihan kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tetapi perlu diingatkan bahawa bahasa rojak yang dimaksudkan di sini berbeza dengan Manglish, walaupun kedua-dua bahasa ini dikategorikan sebagai bahasa kreol tetapi bahasa rojak yang dimaksudkan sini masih lagi mempunyai kerangka bahasa Melayu tetapi Manglish pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai tunjang bahasanya.

Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni); kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Malay, Standard | Ethnologue Free". Ethnologue (Free All) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-05.
  2. ^ "Kedah MB defends use of Jawi on signboards". The Star. 2008-08-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 2010-11-19.
  3. ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
  4. ^ Steinhauer, Hein (2005). "Colonial History and Language Policy in Insular Southeast Asia and Madagascar". Dalam Adelaar, Alexander; Himmelamnn, Nikolaus (penyunting). The Austronesian languages of Asia and Madagascar. London: Routledge. m/s. 65–86. ISBN 9780700712861.
  5. ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152
  6. ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
  7. ^ https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/12/109757/kaum-cina-wajib-kuasai-bahasa-melayu
  8. ^ https://www.utusan.com.my/rencana/2020/09/cakap-melayu-pun-masih-pelat/
  9. ^ https://www.kosmo.com.my/2020/11/28/tidak-fasih-bahasa-melayu-memalukan/
  10. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/443334/bahasa-melayu-boleh-jadi-bahasa-kedua-dalam-asean
  11. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/941497/sokongan-indonesia-tingkat-peluang-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-rasmi
  12. ^ https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/04/942658/menteri-indonesia-tolak-bahasa-melayu-jadi-bahasa-rasmi-kedua-asean
  13. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/196438/GLOBAL/Menteri-Indonesia-tolak-cadangan-bahasa-Melayu-bahasa-rasmi-kedua-ASEAN
  14. ^ https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/04/menteri-indonesia-bantah-bahasa-melayu-dijadikan-bahasa-asean/
  15. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948112/bantah-bahasa-melayu-jadi-bahasa-kedua-asean-bersifat-politik
  16. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indonesia-akan-tolak-selagi-malaysia-guna-istilah-bahasa-melayu-357992
  17. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948219/guna-bahasa-melayu-supra-untuk-bahasa-rasmi-kedua-asean
  18. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/05/958132/sejarah-bahasa-melayu-akan-lenyap-jika-diganti-nama-lain
  19. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/04/942682/pada-asasnya-bahasa-indonesia-adalah-bahasa-melayu
  20. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bukan-bahasa-malaysia-tapi-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-pengantar-asean-pm-362536
  21. ^ http://www.youtube.com/watch?v=pycewToY3_A
  22. ^ "Bahasa basahan". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020.
  23. ^ "Bahasa pasar". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020.
  24. ^ "Bahasa rojak". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020.