Bahasa Melayu Reman

pelat Melayu di utara semenanjung Malaysia

Bahasa Melayu Reman atau juga dikenali sebagai basa Ulu atau Cakak Ulu atau Cekak Phelek Ulu juga dikenali sebagai Bahasa Patani Kedah merupakan sebuah ahli bahasa-bahasa Austronesia dan ragam bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di empat daerah di negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Reman agak berlainan dengan bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama di samping lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti bahasa Melayu Kelantan, bahasa Melayu Terengganu, bahasa Melayu Patani, bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali bahasa Melayu Perak Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik, dikatakan berasal daripada Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan kedudukannya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan daripada bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang memakai bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka. Ada yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa bahasa ini ialah sub-dialek bahasa Reman (dituturkan dengan pelat yang serupa di Yala, Thailand) yang merupakan dialek bahasa Kelantan-Patani (Phasa Yawi).

Bahasa Melayu Reman / Pattani
بهاس ملايو قدح اولو
Cakak Ulu/Basa Ulu/Pattani Kedah
Asli kepada Malaysia
KawasanKedah
EtnikMelayu Kedah
Penutur bahasa
390,000-400,000
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3

Fonologi/فونولوڬي sunting

Bahasa Melayu Reman mempunyai unsur penambahan akhiran /ŋ/ (ng). Kebiasaannya bunyi ini digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan bunyi /n/ ataupun /m/ yang sama seperti bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu Piawai dan bahasa Yawi. Contohnya:

Bahasa Melayu Piawai Bahasa Yawi (Pattani)/Kelantan Bahasa Kedah Hulu/Terengganu
makan make makan/makang
ayam aye ayan/ayang
jalan jale jalan/jalang
tidak mahu tok sey tak mboh

Contoh perkataan/چونتوه ڤركاتان sunting

Bahasa Reman Bahasa Melayu Piawai
mukhã tepoh simpang tiga
teghekon terkam
jeromoh jumpa
khomoih pengotor
jukhéy hujung (merujuk kepada bahagian tepi jemorang)
jemoran pelantar
plasã pangkin
tebéng sengaja
juéh bibir mulut bawah terkeluar
kesik takut
ghocoh cucuk
tusuk sembunyi
tãk thu tak tahu
meliu pening
lemu lembu
hindék tindih
kelayong bergayut
hitéy tengok/intai
keliyék yang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
khéng tahan
teghepã meluru
keléghoh mundar mandir
ghophong tiada gigi
jaong mendung
tutuh buang dahan pokok/berlanggar

Perbandingan antara bahasa Kedah Hulu dengan variasi bahasa Melayu lain sunting

Bahasa Malaysia Bahasa Reman Gerik Bahasa Reman Baling Bahasa Kelantan Bahasa Terengganu Bahasa Pahang Bahasa Kedah Bahasa Perak
pergi gi gi gi gi gi pi pegi, gi
mereka demã demã demo deme deme depā, lepā deme
kamu mikã Seorang - mu

Ramai - umã, mohã, humã

mung mung aok Seorang - hang

Ramai - hampā, hangpā

mike, kome
tidak mahu tak moh tak mboh tok sey tak mboh tak mboh tak mau tak sio
kami khumã khumã kami, kito kaming, Kite kome sepā keme
faham paha paha pehe pahang paha paham paham
sangat manis manih leting manih leting manih leting manih leting manih meletiang manih melecaih manih meletin

Lihat juga/ليهت جوݢ sunting

Pautan luar/ڤاءوتن لوار sunting