Bahasa Pali (juga dieja i) ialah satu bahasa Indo-Arya Pertengahan yang berada dalam kumpulan bahasa Prakrit[perlu rujukan] dan merupakan bahasa pribumi di Benua kecil India. Ia adalah bahasa mati yang dikaji dengan meluas disebabkan ia merupakan bahasa banyak kitab suci agama Buddha terawal yang masih wujud seperti yang terhimpun dalam i Canon, atau Tipitaka, dan ia adalah bahasa liturgi agama Buddha mazhab Theravada.

Pali
[] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan) Pāḷi
Sebutan[paːli]
Asli kepadaBenua kecil India
Penutur bahasa
Pupus; hanya digunakan sebagai bahasa sastera dan liturgi 
Aksara Brāhmī dan aksara keluarga Brahmi dan transliterasi Devanagari
Kod bahasa
ISO 639-1pi
ISO 639-2pli
ISO 639-3pli
Glottologpali1273
Plate 10 from C. Faulmann: Illustrierte Geschichte der Schrift (1880). Separuh atas menunjukkan teks dalam bahasa Sanskrit (puji-pujian terhadap Vishnu) yang ditulis dalam aksara Devanagari manakala separuh bawah menunjukkan teks dalam bahasa Pali yang dipetik dari kitab suci upacara agama Buddha yang berjudul "Kammuwa" yang berasal dari Burma berkemungkinan ditulis dalam aksara Mon lama (pp.485f. of that book).

Asal usul dan perkembangan sunting

Etimologi sunting

Perkataan Pali itu sendiri menandakan "garisan" atau "teks". Nama ini kelihatan berasal dari tradisi tafsiran, yang di dalamnya Pāli (dengan makna garisan teks asal yang dipetik) dibezakan daripada tafsiran atau terjemahan vernakular yang menysulinya di dalam manuskrip. Nama bahasa ini telah menimbulkan perdebatan di kalangan sarjana sepanjang zaman; ejaan nama itu juga banyak, ada yang "ā" [ɑː] panjang, ada "a" [a] pendek, dan juga dengan bunyi gelungan [ɭ] atau bukan gelungan [l] "l" . ā panjang dan l gelungan kedua-duanya kelihatan dalam terjemahan ISO 15919/ALA-LC, Pāḷi; bagaimana pun, hingga hari ini tiada satu pun ejaan paiwai bagi istilah itu, dan kesemua empat ejaan yang mungkin dapat ditemui dalam buku-buku teks. R. C. Childers menterjemahkan perkataan itu sebagai "siri" dan menyatakan bahawa bahasa itu "membawa julukan itu disebabkan oleh kesempurnaan struktur tatabahasanya".[2]

Pada kurun ke-19, seorang orientalis British yang bernama Robert Cæsar Childers berhujah bahawa nama sebenar atau geografi bagi bahasa Pāli ialah Magadhi, dan itu disebabkan pāli bererti "garisan, barisan, siri", penganut Buddha terawal melanjutkan erti istilah itu kepada erti "satu siri buku-buku", maka Palibhasa bererti "bahasa teks".[3] Bagaimana pun, kesarjanaan moden menganggap bahasa Pali sebagai campuran beberapa bahasa prakrit dari sekitar kurun ke-3 SM, digabungkan bersama dan mengalami pensanskritan sebahagiannya.[4] Artifak terdekat dengan bahasa Pali yang ditemui di India adalah Titah Ashoka yang dijumpai di Gujarat, di barat India, yang mendorong para sarjana untuk mengaitkan bahasa Pali dengan kawasan barat India ini.[5]

Pengkelasan sunting

Bahasa Pali adalah bahasa kesusasteraan dalam keluarga bahasa Prakrit dan pertama kali ditulis di Sri Lanka pada kurun pertama SM.[6] Meskipun terdapat kesarjanaan mengenai masalah ini, terdapat kekeliruan tegar seperti hubungan Pāḷi dengan bahasa vernakular yang dituturkan di kerajaan lama di Magadha, yang terletak di sekitar Bihār hari ini.

Bahasa Pāli sebagai satu bahasa Indo-Arya Pertengahan, berbeza dengan bahasa Sanskrit bukan sahaja dari segi masa asal-usulnya tetapi juga dasar dialeknya memandangkan sebilangan ciri-ciri morfologi dan leksikalnya menyalahi fakta bahawa ia bukan penerusan langsung bahasa Sanskrit Veda Ṛgvedic; sebaliknya, ia berasal dari satu dialek atau sebilangan dialek yang di sebalik persamaan yang banyak, berbeza dengan Ṛgvedic.[7]

Leksikon sunting

Pandangan emik tentang bahasa Pali sunting

Fonologi sunting

Morfologi sunting

Analisis lingustik terhadap sebuah teks dalam bahasa Pali sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Glottolog tidak disediakan
  2. ^ Hazra, Kanai Lal. Pāli Language and Literature; a systematic survey and historical study. D.K. Printworld Lrd., New Delhi, 1994, page 19.
  3. ^ A Dictionary of the Pali Language By Robert Cæsar Childers
  4. ^ Bhikkhu Bodhi, In the Buddha's Words. Wisdom Publications, 2005, page 10.
  5. ^ Hirakawa, Akira. Groner, Paul. A History of Indian Buddhism: From Śākyamuni to Early Mahāyāna. 2007. p. 119
  6. ^ Students' Britannica India, [1].
  7. ^ Oberlies, Thomas Pāli: A Grammar of the Language of the Theravāda Tipiṭaka, Walter de Gruyter, 2001.
  • See entries for "Pali" (written by K. R. Norman of the Pali Text Society) and "India--Buddhism" in The Concise Encyclopedia of Language and Religion, (Sawyer ed.) ISBN 0-08-043167-4
  • Warder, A.K. (1991). Introduction to Pali (ed. third edition). Pali Text Society. ISBN 0-86013-197-1. |edition= has extra text (bantuan)
  • de Silva, Lily (1994). Pali Primer (ed. first edition). Vipassana Research Institute Publications. ISBN 81-7414-014-X. |edition= has extra text (bantuan)
  • Müller, Edward (1884,1995). Simplified Grammar of the Pali Language. Asian Educational Services. ISBN 81-206-1103-9. Check date values in: |year= (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

  • Gupta, K. M. (2006). Linguistic approach to meaning in Pali. New Delhi: Sundeep Prakashan. ISBN 81-7574-170-8
  • Müller, E. (2003). The Pali language: a simplified grammar. Trubner's collection of simplified grammars. London: Trubner. ISBN 1-84453-001-9
  • Oberlies, T., & Pischel, R. (2001). Pāli: a grammar of the language of the Theravāda Tipiṭaka. Indian philology and South Asian studies, v. 3. Berlin: Walter de Gruyter. ISBN 3-11-016763-8
  • Hazra, K. L. (1994). Pāli language and literature: a systematic survey and historical study. Emerging perceptions in Buddhist studies, no. 4-5. New Delhi: D.K. Printworld. ISBN 81-246-0004-X
  • American National Standards Institute. (1979). American National Standard system for the romanization of Lao, Khmer, and Pali. New York: The Institute.
  • Russell Webb (ed.) An Analysis of the Pali Canon, Buddhist Publication Society, Kandy; 1975, 1991 (see http://www.bps.lk/reference.asp)
  • Soothill, W. E., & Hodous, L. (1937). A dictionary of Chinese Buddhist terms: with Sanskrit and English equivalents and a Sanskrit-Pali index. London: K. Paul, Trench, Trubner & Co.
  • Collins, Steven (2006). A Pali Grammar for Students. Silkworm Press.

Pautan luar sunting

Templat:Sinhala language Templat:Languages of Sri Lanka