Bahasa Semai

bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia

Bahasa Semai (Engrok Semai) merupakan bahasa Asli yang dituturkan di Semenanjung Malaysia oleh kira-kira 33,000 orang. Bahasa ini tergolong dalam rumpun bahasa Austro-Asia di bawah cabang bahasa Mon-Khmer. Penutur bahasa Semai bertumpu di negeri Perak dan Pahang.

Bahasa Semai
Engrok Semai
Asli kepadaMalaysia
Penutur bahasa
33,000
Austroasia
Kod bahasa
ISO 639-3sea
ELPSemai

Bahasa Semai diajar di 17 buah sekolah rendah di Perak dan Pahang, dan sebuah sekolah menengah di Perak, iaitu SMK Sri Tapah[1].

Fonologi sunting

Bunyi vokal sunting

Vokal lisan
Depan Tengah Belakang
Tertutup i iː ɨ ɨː u uː
Separa tertutup e eː o oː
Separa terbuka ɛ ɛː ə ɔ ɔː
Terbuka ɑ ɑː
Vokal sengauan
Depan Tengah Belakang
Tertutup ĩ ĩː ɨ̃ ɨ̃ː ũ ũː
Berpusat ɛ̃ ɛ̃ː ə̃ ɔ̃ ɔ̃ː
Terbuka ɑ̃ ɑ̃ː

Bunyi konsonan sunting

Dwibibir Gusi Lelangit Velar Glotis
Hentian tanpa suara p t c k ʔ
bersuara b d ɟ ɡ
Sengauan bersuara m n ɲ ŋ
pra-henti ᵇm ᵈn ɟɲ ᶢŋ
Getaran ɾ~r
Sisian l
Geseran s h
Malaran tanpa geser w j

Perbendaharaan kata sunting

Bahasa Semai menunjukkan perkaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa Mon dan Nikobar.[2] Bahasa ini banyak mengekalkan ciri dua atau lebih suku kata yang telah hilang dalam kebanyakan bahasa Mon-Khmer di Asia Tenggara.

Contoh perbandingan bahasa Semai, Melayu, dan Mon Kuno:

Bahasa Melayu Bahasa Semai Bahasa Mon Kuno
makan cak caʔ
ikan kak kaʔ
tikus kenik kniʔ
gajah cig ciŋ
kaki jug juŋ
hidung moh moh
mata mat mat
tangan tek tey
tanah ti tiʔ
cendawan betes ptis
daun selak slaʔ
duri jerla jirla
mimpi empok ampo
kencing nom ṇam
menyuruh or ʔor

Dalam budaya popular sunting

  • Filem Asli (2017)[3] arahan David Liew mengisahkan seorang gadis berdarah kacukan dua kaum yang mahu menyingkapi identiti sebenar dirinya. Filem ini filem pertama menggunakan bahasa Semai dalam 50% daripada keseluruhan dialognya.[4]
  • Stesen radio Asyik FM merupakan sebuah stesen radio kebangsaan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dan disiarkan dalam empat bahasa orang Asli semenanjung Malaysia, salah satunya adalah bahasa Semai[5].

Rujukan sunting

  1. ^ Ibrahim, Norsuhaila (2023-02-14). "Memperkasakan Bahasa Etnik untuk Pelestarian Warisan Budaya Masyarakat". Dewan Bahasa. Dicapai pada 2023-07-26.
  2. ^ Blench, R. (2006): Why are Aslian speakers Austronesian in culture Diarkibkan Februari 21, 2011, di Wayback Machine. Kertas yang dipersembahkan dalam mesyuarat Persediaan untuk ICAL-3 di Siem Reap.
  3. ^ "Asli | Movie Release, Showtimes & Trailer | Cinema Online". www.cinema.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-03.
  4. ^ "Semai dialogue a first in local film | The Star". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-03.
  5. ^ "ASYIKFM - INFO". asyikfm.rtm.gov.my. Dicapai pada 2023-07-26.

Bacaan tambahan sunting

  • Diffloth, Gerard. 1976a. Minor-Syllable Vocalism in Senoic Languages. In Philip N. Lenner, Laurence C. Thompson, and Stanley Starosta (eds.), Austroasiatic Studies, Part I, 229-247. Honolulu: The University of Hawaii Press.
  • Diffloth, Gerard. 1976b. Expressives in Semai. In Philip N. Lenner, Laurence C. Thompson, and Stanley Starosta (eds.), Austroasiatic Studies, Part I, 249-264. Honolulu: The University of Hawaii Press.
  • Hendricks, Sean. 2001. Bare-Consonant Reduplication Without Prosodic Templates: Expressive Reduplication in Semai. Journal of East Asian Linguistics 10: 287-306.
  • Phillips, Timothy C. 2013. Linguistic Comparison of Semai Dialects. SIL Electronic Survey Reports 2013-010: 1-111.