Bahasa sintesis ialah bahasa yang menggunakan proses fleksi atau lekatan untuk menandakan hubungan sintaksis dalam sesebuah ayat. Proses fleksi melibatkan penambahan morfem kepada akar kata dan memberikannya aspek nahu, manakala proses lekatan melibatkan penambahan dua atau lebih morfem kepada satu perkataan. Maklumat yang disampaikan oleh morfem boleh menandakan kategori perkataan tersebut dalam ayat, seperti jika perkataan tersebut adalah subjek atau objek.[1] Pembentukan perkataan boleh mengikut terbitan atau hubungan.[2]

Morfem terbitan dapat mengubah kategori sintaksis perkataan, tetapi morfem fleksi tidak. Dalam contoh berikut, faster kekal sebagai kata sifat apabila diimbuhkan dengan -er, sedangkan teacher bertukar daripada kata kerja kepada kata nama apabila ditambah akhiran. Justeru, contoh pertama ialah fleksi dan kedua ialah terbitan.

  • fast (kata sifat, kata positif) dengan faster (kata sifat, kata perbandingan)
  • teach (kata kerja) dengan teacher (kata nama)

Dalam bahasa-bahasa sintesis, bilangan morfem dalam satu perkataan biasanya lebih tinggi daripada bahasa-bahasa analisis. Bahasa-bahasa analisis mempunyai nisbah morfem-ke-perkataan yang lebih rendah dan lebih menggunakan kata bantu dan urutan kata. Empat anak jenis bahasa sintesis ialah bahasa lekatan, bahasa fleksi, bahasa polisintesis dan oligosynthetic languages.

Bentuk-bentuk sintesis sunting

Bahasa mempunyai dua bentuk sintesis: pembentukan terbitan dan hubungan. Kaedah-kaedah sintesis ini merujuk kepada bagaimana morfem, satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, ditambahkan kepada perkataan. Satu bahasa boleh menggunakan pembentukan terbitan dan hubungan dalam satu perkataan, dan sesetengah perkataan hanya dapat menggunakan salah satu sahaja. Namun, sesetengah ahli bahasa berpendapat bahawa pembentukan hubungan berada di bawah pembentukan terbitan, dan merumitkan pengelasan bahasa.[3]

Sintesis terbitan sunting

Dalam sintesis terbitan, morfem daripada pelbagai jenis (kata nama, kata kerja, imbuhan, dsb.) digabungkan untuk hasilkan perkataan baharu. Biasanya, morfem-morfem tersebut menghasilkan unit maksud yang lebih konkrit.[3] Morfem-morfem yang disintesiskan berikut mambawa kategori nahu yang tersendiri—seperti kata sifat, kata nama atau kata sendi nama—atau imbuhan yang mempunyai maksud tersendiri:

  • Jerman
    • Aufsichtsratsmitgliederversammlung
      • Aufsichts + Rats + Mitglieder + Versammlung
      • "penyeliaan + lembaga + anggota + mesyuarat"
      • "Mesyuarat anggota-anggota lembaga penyeliaan"
        • Perkataan ini sebenarnya mengandungi perkataan-perkataan bersintesis terbitan. Mitglieder, "anggota", ialah kata majmuk mit + glied, iaitu "bersama + kait". Versammlung ialah kata majmuk ver- + sammeln + -ung, iaitu "[keadaan] + kumpul + [sedang]", dan "ver-" serta "-ung" ialah morfem terikat.
  • Yunani
    • προπαροξυτόνησις (proparoxutónesis)
      • προ + παρ- + οξύ + τόν + -ησις (pro + par + oxý + tón + -esis)
      • "pra" + "sebelahan" + "tajam" + "nada" + "kecenderungan"
      • "Kecenderungan menekankan proparoksiton [suku kata ketiga akhir]"
  • Poland
  • Inggeris
    • antidisestablishmentarianism
      • anti- + dis- + establish + -ment + -arian + -ism
      • "tentangan + tamat + asas + -an + sokong + fahaman"
      • istilah dalam bidang sejarah yang bermaksud "gerakan pencegahan penarikan status Gereja England sebagai gereja rasmi [England, Ireland, dan Wales]."
    • Perkataan berangkai Inggeris seperti child labour law boleh diambil kira juga, kerana peletakan jarak hanyalah atas kebiasaan penulisan. Dari segi tatabahasa dan sebutan, ia bertindak sebagai satu perkataan (tekanan pada suku kata pertama, morfem majmuk di hujung).
  • Rusia
  • Malayalam
    • അങ്ങനെയല്ലാതായിരിക്കുമ്പോളൊക്കെത്തന്നെ (aṅṅaneyallātāyirikkumpēāḷeākkettanne)
      • "begini + tidak + pernah + jadi + semasa + masa + semua + tentu"
      • "pada setiap masa yang ia tidak pernah jadi begini"
  • Parsi
    • نوازندگی (navâzandegi)
      • + نواز + نده + گی (navâz + -ande + -gi)
      • "main muzik" + [imbuhan sedang] + [akhiran kata nama]
      • "kemahiran bermain muzik" atau "permainan alat muzik"
  • kata majmuk antarabangsa berdasarkan Yunani dan Latin
    • hiperkolesterolemia (υπερχοληστερολαιμία)
      • hiper- + kolesterol + -emia
      • "tinggi + kolesterol + darah"
      • kehadiran jumlah kolesterol yang tinggi dalam darah.
        • tambahan pula, kolesterol dapat dipecahkan kepada kole- + στερεός(stereós) + -ol, iaitu "hempedu + pejal + [akhiran alkohol]", atau "alkohol pejal dalam hempedu".

Sintesis hubungan sunting

Dalam sintesis hubungan, akar kata digabungkan dengan morfem terikat untuk nahu. Ia melibatkan tatabahasa dan satuan yang lebih kompleks berbanding sintesis terbitan.[3] Contoh-contoh berikut menyatakan bahawa pelbagai morfem ada kaitan dengan ragam (cth. ragam pasif), sama ada sesuatu perkataan itu adalah subjek atau objek dalam ayat, milik, jamak atau sebarang penjelas hal abstrak dalam bahasa:

  • Itali
    • comunicandovele
      • comunic + ando + ve + le
      • "hubung + [akhiran gerund] + kalian + itu, jamak feminin"
      • 'Menghubungkan itu[jamak feminin] kepada kalian'
  • Sepanyol
    • escribiéndomelo
      • escrib + iéndo + me + lo
      • "tulis + [akhiran gerund] + saya + ia"
      • 'Menulisnya kepada saya'
  • Nahuatl
    • ōcāltizquiya
      • ō + c + ā + lti + zquiya
      • "[kala lampau] + [objek-mufrad-diri ketiga] + air + [ragam kausatif] + [modus irrealis]"
      • 'Dia sepatutnya telah mandikan dia'
  • Latin
    • comprimuntur
      • com + prim + unt + ur
      • "bersama + hancur + mereka + [ragam pasif]"
      • 'Mereka akan hancur bersama'
  • Albania
    • jepmani
      • "beri + kepada saya + ia[mufrad] + kalian + [modus perintah]"
      • 'Kalian, berikan ia kepada saya'
  • Jepun
    • 見させられがたい (misaseraregatai)
      • + させ + られ + がたい (mi - sase - rare - gatai)
      • "nampak + [kala kausatif] + [kala pasif] + susah"
      • 'Sukar untuk ditunjukkan [ini]'
  • Finland
    • juoksentelisinkohan
      • "juoksentelisin + -ko + -han"
      • "(juosta + -ella + -isin) + -ko + -han"
      • "(lari + aspek ulangan + saya [bersyarat]) + [imbuhan soal] + [imbuhan santai]"
      • 'Saya tertanya jika saya patut berlari-lari [secara bersahaja]'
  • Hungary
    • házaitokban
      • ház + -a + -i + -tok + -ban
      • "rumah + [milik] + [jamak] + kalian + dalam"
      • 'Dalam rumah-rumah kalian',
    • szeretlek
      • szeret + lek
      • "cinta + saya [kediri] awak"
      • 'saya cinta awak'
  • Turki
    • Afyonkarahisarlılaştıramayabileceklerimizden misiniz?
      • Afyonkarahisar + -lı + laş + tıra + -ma + ya + bil + -ecek + -ler + -imiz + -den + misiniz?
      • "Afyonkarahisar + warga + berubah + [pasif] + tidak + boleh + [kala kelak] + [jamak] + kami + kalangan + [kalian-kelak-soal]?"
      • "Adakah kalian dalam kalangan yang kami mungkin tidak dapat jadikan warga Afyonkarahisar?"
  • Georgia
    • გადმოგჳახტუნებინებდნენო (gadmogwaxṭunebinebdneno)
    • Perkataan ini menyatakan seluruh ayat dengan kala, subjek, objek, hubungan antara mereka, arah kerja, kemungkinan dan penanda kausatif dan sebagainya.

Jenis bahasa sintesis sunting

Bahasa lekatan sunting

Bahasa lekatan, atau bahasa aglutinatif, mempunyai kadar lekatan yang tinggi dalam ayat dan perkataan, dan setiap pembentukan kata mempunyai morfem khas yang biasanya membawa satu maksud tersendiri.[4] Morfem-morfem tersebut biasanya kelihatan sama dalam semua perkataan, membuatkannya mudah untuk memisahkan morfem-morfem perkataan.[1] Morfem boleh jadi terikat (iaitu ia mesti digabungkan dengan perkataan lain untuk ada erti, imbuhan) atau bebas (boleh digunakan secara tunggal dan bererti).

  • Bahasa Melayu ialah contoh sebuah bahasa lekatan di mana ia menambah imbuhan kepada akar kata untuk menerbitkan perkataan baharu. Contoh:
    • Tanggungjawab: sesuatu yang mesti dilakukan
    • Bertanggungjawab: mempunyai tanggungjawab ke atas sesuatu
    • Mempertanggungjawabkan: membebankan dengan suatu tanggungjawab

Bahasa fleksi sunting

Bahasa fleksi hampir serupa dengan bahasa lekatan dalam segi penggabungan penambahan morfem. Akan tetapi, morfem dalam bahasa fleksi biasanya mempunyai maksud-maksud berlainan, dan juga bercantum dengan perkataan lain sehingga susah untuk memisahkan morfem tunggal daripada satu sama lain.[1][5]

Polisintesis sunting

Bahasa-bahasa polisintesis ialah jenis bahasa yang banyak menggunakan proses sintesis dengan menggabungkan beberapa kata dasar serta morfem untuk hasilkan satu perkataan majmuk. Bahasa-bahasa ini biasanya menukarkan kata nama kepada kata kerja.[1] Berbagai bahasa Alaska Asli dan Orang Asli Amerika jatuh dalam kategori ini.

  • Mohawk: Washakotya'tawitsherahetkvhta'se bermaksud "Dia merosakkan gaun dia" (harfiahnya, 'Dia (lelaki) buat benda-yang-dipakai pada badan buruk untuk dia (perempuan)'). Kata kerja tunggal polisintetik ini dapat disampaikan dalam satu perkataan berbanding bahasa-bahasa analisis seperti Inggeris yang memerlukan beberapa buah perkataan.

Oligosintesis sunting

Bahasa-bahasa oligosintesis ialah konsep teoretik yang dicipta oleh Benjamin Whorf dan tiada satu pun bahasa semula jadi yang menggunakannya. Bahasa-bahasa seperti ini mungkin menggunakan proses sintesis, tetapi hanya menggunakan sejumlah kecil sahaja morfem (mungkin hanya seratus lebih). Beliau mengemukakan dakwaan bahawa Nahuatl dahulunya oligosintetik, tetapi kebanyakan ahli bahasa menolak dakwaannya.[perlu rujukan]

Bahasa-bahasa sintesis dan analisis sunting

Bahasa-bahasa sintesis menggabungkan (menyintesiskan) beberapa unsur dalam satu perkataan. Sementara itu bahasa analisis memecahkan (menganalisiskan) konsep-konsep tersebut kepada beberapa perkataan. Pengelasan ini mempunyai sebuah rangkuman, atau spektrum, di mana satu bahasa boleh jatuh ke mana-mana tempat. Bahasa Inggeris kini dikira sebagai bahasa analisis, namun dahulu ia bahasa fleksi. Sesetengah sifat sintetik (seperti fleksi kata kerja untuk menandakan kala) dikekalkan.

Pembezaan bahasa, sama ada ia sintesis atau analisis, tertakluk kepada tahap. Kebanyakan bahasa analisis mempunyai satu morfem bagi satu perkataan, sedangkan di tahap yang ekstrem, bahasa-bahasa polisintesis seperti beberapa bahasa Orang Asli Amerika[6] dapat hasilkan satu kata kerja berfleksi untuk menyampaikan maklumat yang banyak.

Berikut ialah sebuah rangkuman keselanjaran untuk menunjukkan bagaimana rupa pengelasan analitik–sintetik–polisintetik:

Amat analitik sunting

  • Bahasa Mandarin biasanya tidak menggunakan fleksi untuk membentuk perkataannya, dan kebanyakan perkataan mempunyai morfem dengan satu atau dua suku kata, biasanya dua untuk membina kata majmuk.
Aksara Mandarin 明天 朋友 生日 蛋糕
Alih aksara míngtiān de péngyou huì wèi zuò shēngri dàngāo
Terjemahan harfiah esok hari saya punya rakan rakan akan untuk saya buat lahir hari telur kek
Maksud esok saya (partikel genitif(milik)) rakan akan untuk saya buat hari lahir kek
"Esok rakan saya akan buatkan kek hari lahir untuk saya."

Biasanya, setiap satu suku kata dalam Mandarin (bersamaan dengan satu aksara) mewakili satu morfem dengan maksud tertentu, tidak kira jika morfem tersebut morfem terikat. Ini menyebabkan ada yang salah faham bahawa setiap perkataan dalam bahasa Cina mempunyai satu suku kata. Namun seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, perkataan seperti míngtiān 'esok' (míng "cerah" + tīan "hari") dan péngyou 'rakan' (majmuk péng dan yǒu, dua-dua bermaksud 'rakan') ialah perkataan majmuk sintesis.

Bahasa Cina dalam karya-karya klasik, misalnya karya Kongzi, penuh dengan suku kata satu (dan dialek selatan), setiap aksara untuk satu perkataan. Perubahan kepada bahasa Cina Mandarin moden juga membawa penyingkatan jumlah fonem. Perkataan yang dahulunya bunyi berlainan kini menjadi homofon. Pelbagai perkataan bersuku kata dua dalam Mandarin moden muncul daripada penggabungan dua perkataan yang berhubung kait (seperti péngyou, harfiahnya "rakan-rakan") untuk selesaikan ketaksaan bunyi. Perkara ini juga dapat dilihat dalam beberapa dialek Inggeris. Contohnya, dalam dialek Inggeris Amerika Selatan, bunyi e pepet (ĕ) dan i sukar untuk dibezakan jika disebut sebelum konsonan sengauan: maka perkataan "pen" dan "pin" menjadi homofon. Dalam dialek ini, taksa tersebut dihilangkan dengan menggunakan kata majmuk seperti "ink-pen" dan "stick-pin", untuk menentukan "p*n" mana yang digunakan dengan konteks ayat.

Agak analitik sunting

  • Inggeris:
    • "He travelled by hovercraft on the sea" mengandungi nisbah morfem-ke-perkataan yang amat rendah, namun travelled (walaupun "did travel" dapat digunakan) dan hovercraft masing-masing mempunyai dua morfem dalam satu perkataan, yang pertama menggunakan sintesis hubungan (fleksi), dan yang kedua menggunakan sintesis majmukan (kes terbitan khas dengan satu morfem bebas berbanding morfem terikat).

Agak sintetik sunting

  • Jepun:
    • 私たちにとって、この泣く子供の写真は見せられがたいものです。 Watashitachi ni totte, kono naku kodomo no shashin wa miseraregatai mono desu secara harfiah bermaksud, "Bagi kami, gambar-gambar anak menangis ini ialah sesuatu yang sukar untuk dilihat," maksudnya 'Kami tidak tahan melihat gambar-gambar anak menangis ini' dalam kata biasa. Dalam ayat tersebut, kebanyakan perkataan mempunyai lebih darupada satu morfem dan ada yang mempunyai sehingga lima morfem.

Amat sintetik sunting

  • Finland:
    • Käyttäytyessään tottelemattomasti oppilas saa jälki-istuntoa
    • "Jika berkelakuan ingkar, murid tersebut akan dikenakan kelas tahanan."
    • Strukturnya: kelakuan (kala kini/kelak) (mereka) patuh (tanpa) (dalam gaya) belajar (mereka yang (patut)) kena kelas tahanan (sedikit). Hampir kesemua perkataan diterbitkan dan/atau difleksikan. Namun, ini merupakan bahasa formal, dan (lebih-lebih lagi dalam percakapan) pelbagai perkataan akan ditukarkan dengan struktur analitik: Kun oppilas käyttäytyy tottelemattomasti, hän saa jälki-istuntoa maksudnya 'Apabila murid berkelakuan ingkar, mereka akan dikenakan kelas tahanan'.
  • Georgia:
    • gadmogvakhtunebinebdneno (gad-mo-gw-a-xtun-eb-in-eb-d-nen-o)
    • 'Mereka kata bahawa mereka akan dipaksa oleh mereka (yang lain) untuk buat seseorang melompat ke arah sini'.
    • Perkataan ini menyatakan seluruh ayat dengan kala, subjek, objek, hubungan antara mereka, arah kerja, kemungkinan dan penanda kausatif dan sebagainya.
  • Arab Klasik:
    • أوأعطيناكموه عبثًا؟ awaʼāʻṭaynākumūhu ʻabathan (a-wa-aʻṭay-nā-ku-mū-hu ʻabath-an)
    • "Dan adakah kami berikan ia (maskulin) dengan sia-sia?" dalam bahasa Arab, setiap perkataan mempunyai satu akar kata yang mempunyai maksud asas (aʻṭā  'beri' dan ʻabath  'sia-sia'). Imbuhan awalan dan akhiran ditambah untuk membenarkan perkataan menyampaikan subjek, objek tepat dan sipi, genus, ketentuan dan sebagainya.

Peningkatan dalam keanalisisan sunting

Haspelmath dan Michaelis[7] mengenal pasti bahawa keanalisisan semakin meningkat dalam beberapa bahasa Eropah. Misalnya bahasa Jerman, frasa pertama berikut menggunakan fleksi, manakala frasa kedua menggunakan kata depan. Pengembangan menggunakan kata depan mungkin menunjukkan perubahan bahasa tersebut daripada sintetik kepada analitik.

  • des Hauses (kata penentu GEN.TUN rumah GEN.<a href="./Grammatical_number" rel="mw:WikiLink" data-linkid="318" data-cx="{&quot;adapted&quot;:false,&quot;sourceTitle&quot;:{&quot;title&quot;:&quot;Grammatical number&quot;,&quot;description&quot;:&quot;grammatical category indicating count distinctions&quot;,&quot;pageprops&quot;:{&quot;wikibase_item&quot;:&quot;Q104083&quot;},&quot;pagelanguage&quot;:&quot;en&quot;},&quot;targetFrom&quot;:&quot;source&quot;}" class="cx-link" id="mwAnQ" title="Grammatical number">TUN</a>) ‘rumah + punya’
  • von dem Haus (punya DAT.<sub id="mwAnc"><a href="./Grammatical_number" rel="mw:WikiLink" data-linkid="322" data-cx="{&quot;adapted&quot;:false,&quot;sourceTitle&quot;:{&quot;title&quot;:&quot;Grammatical number&quot;,&quot;description&quot;:&quot;grammatical category indicating count distinctions&quot;,&quot;pageprops&quot;:{&quot;wikibase_item&quot;:&quot;Q104083&quot;},&quot;pagelanguage&quot;:&quot;en&quot;},&quot;targetFrom&quot;:&quot;source&quot;}" class="cx-link" id="mwAnk" title="Grammatical number">TUN</a></sub> rumah DAT.<sub id="mwAno"><a href="./Grammatical_number" rel="mw:WikiLink" data-linkid="325" data-cx="{&quot;adapted&quot;:false,&quot;sourceTitle&quot;:{&quot;title&quot;:&quot;Grammatical number&quot;,&quot;description&quot;:&quot;grammatical category indicating count distinctions&quot;,&quot;pageprops&quot;:{&quot;wikibase_item&quot;:&quot;Q104083&quot;},&quot;pagelanguage&quot;:&quot;en&quot;},&quot;targetFrom&quot;:&quot;source&quot;}" class="cx-link" id="mwAnw" title="Grammatical number">TUN</a></sub>) ‘milik rumah’

Ada dakwaan bahawa struktur tatabahasa analitik lebih mudah untuk orang dewasa belajar bahasa baharu. Akibat sejumlah besar penutur bukan asli menggunakan morfologi yang lebih mudah, dengan masa ia akan diturunkan kepada generasi penutur asli yang seterusnya. Ini dapat dilihat dalam tatabahasa bahasa-bahasa campuran. Sebuah kajian 2010 dalam PLOS ONE mengatakan bahawa bukti bagi hipotesis ini dapat dilihat dalam hubungan antara kerumitan morfologi dan beberapa faktor seperti bilangan penutur suatu bahasa, taburan geografi dan tahap hubungan antara bahasa.[8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Dawson, Hope C.; Phelan, Michael, penyunting (2016). Language Files (ed. 12). Ohio State University. m/s. 172–175.
  2. ^ Dawson, Hope C.; Phelan, Michael, penyunting (2016). Language Files (ed. ke-12). Ohio State University. m/s. 156.
  3. ^ a b c Sapir, Edward. "Language: An Introduction to the Study of Speech". Dicapai pada 9 December 2018.
  4. ^ "Agglutinating language". Glottopedia. Dicapai pada 9 December 2018.
  5. ^ "Fusional Language". Glossary of Linguistic Terms. 2015-12-04. Dicapai pada 9 December 2018.
  6. ^ "synthetic language". Encyclopaedia Britannica. Encyclopaedia Britannica, Inc. Dicapai pada 9 December 2018.
  7. ^ Haspelmath, M, & Michaelis, S. M. (2017). Analytic and synthetic. Language Variation-European Perspectives VI: Selected papers from the Eighth International Conference on Language Variation in Europe (ICLaVE 8), Leipzig 2015. John Benjamins Publishing Company.
  8. ^ Lupyan, Gary; Dale, Rick; O'Rourke, Dennis (20 January 2010). "Language Structure Is Partly Determined by Social Structure". PLoS ONE. 5 (1): e8559. doi:10.1371/journal.pone.0008559.