Bahaya biologi, juga dikenali dengan biobahaya, merujuk kepada bahan biologi yang memberi ancaman terhadap kesihatan organisma hidup, terutamanya terhadap manusia. Ia boleh merangkumi sampah perubatan atau sampel bagi sesuatu mikroorganisma, virus atau toksin (dari sumber biologi) yang boleh mengganggu kesihatan manusia. Ia juga boleh merangkumi bahan-bahan yang berbahaya terhadap haiwan lain.

Simbol antarabangsa untuk bahaya biologi.

Istilah dan simbol yang berkaitan dengannya secara umum digunakan sebagai satu amaran, supaya mereka yang berpotensi terdedah kepada bahan-bahan bahaya akan mengetahui untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Simbol biobahaya telah direka pada tahun 1966 oleh Charles Baldwin, seorang jurutera alam sekitar-kesihatan yang bekerja untuk Dow Chemical Company pada produk yang dibentung. [1][2]

Ia digunakan dalam pelabelan bahan-bahan biologi yang membawa risiko kesihatan yang ketara, termasuk sampel virus dan jarum hipodermik yang telah digunakan.

Dalam Unicode, simbol biobahaya adalah U+2623 ().

Pengelasan sunting

Agen biologi berbahaya dikelaskan untuk pengangkutan oleh nombor UN:[3]

  • Kategori A, UN 2814- Bahan berjangkit yang menjejaskan manusia: Bahan berjangkit dalam bentuk yang boleh menyebabkan kecacatan kekal, mengancam nyawa atau penyakit membawa maut pada manusia atau haiwan yang sebaliknya sihat apabila pendedahan terhadap ia berlaku.
  • Category A, UN 2900- Bahan berjangkit yang menjejaskan haiwan (sahaja): Bahan berjangkit yang bukan dalam bentuk yang secara umumnya boleh menyebabkan kecacatan kekal atau mengancam nyawa atau penyakit membawa maut pada manusia dan haiwan yang sebaliknya sihat apabila pendedahan terhadap diri mereka berlaku.
  • Category B, UN 3373- Bahan biologi diangkut untuk tujuan diagnostik atau penyiasatan.
  • Sisa Perubatan Terkawal, UN 3291- Sisa atau bahan yang boleh diguna semula yang diperolehi daripada rawatan perubatan haiwan atau manusia, atau daripada penyelidikan bioperubatan, yang merangkumi dalam pengeluaran dan pengujian.

Rujukan sunting

  1. ^ "Symbol Making" (PDF). New York Times Magazine. November 18, 2001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-14. Dicapai pada 2015-10-19.
  2. ^ "Biohazard Symbol History".
  3. ^ "USDA Policies and Procedures on Biohazardous Waste Decontamination, Management, and Quality Controls at Laboratories and Technical Facilities". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-29. Dicapai pada 2015-10-19.

Bibliografi sunting

Pautan Luar sunting