Koordinat: 33°20′32″N 44°23′01″E / 33.3423°N 44.3836°E / 33.3423; 44.3836 Baitul Hikmah (Bahasa Arab: بيت الحكمة Bait al-Hikma) adalah perpustakaan dan pusat penterjemahan semasa era kerajaan Abbasiyyah di Baghdad, Iraq[1]. Ia dianggap sebagai pusat intelektual dan keilmuan semasa Zaman Kegemilangan Islam.

Manuskrip saintifik terawal berasal dari Era Abbasiyyah.

Latar belakang sunting

Baghdad terkenal sebagai pusat keilmuan semasa zaman Abbasiyyah. Sarjana-sarjana zaman Abbasiyyah banyak menterjemah hasil kerja asing ke bahasa Arab dan Parsi. Kerajaan Abbasiyyah juga membina perpustakaan yang besar, dan menarik kedatangan sarjana dari Empayar Byzantine[2].

Pada masa pemerintahan Harun al-Rasyid didirikan Baitul Hikmah yang kemudian disempurnakan oleh puteranya, Al-Makmun pada abad keempat. Baitul Hikmah berfungsi sebagai pusat ilmu dan perpustakaan. Di situ para sarjana sering berkumpul untuk menterjemah dan berdiskusi masalah ilmiah. Khalifah Harun Ar-Rasyid kemudian Al-Makmun secara aktif selalu ikut dalam pertemuan-pertemuan itu.

Baitul Hikmah pada mulanya hanya berminat untuk menterjemah hasil kerja orang Parsi, bermula dari bahasa Pahlavi, kemudian Syriac dan seterusnya dari bahasa Greek. Oleh itu banyak terjemahan dilakukan dalam bidang astrologi, matematik, pertanian, perubatan dan falsafah.

Rahsia membuat kertas yang mereka peroleh daripada banduan Cina semasa perang Talas (751) merancakkan lagi penghasilan buku dan pembinaan perpustakaan. Seterusnya konsep katalog perpustakaan diperkenalkan di Baitul Hikmah dan perpustakaan lain di mana buku-buku disusun mengikut genre khusus dan kategori.

Di bawah Al-Ma'mun sunting

 
Ahli perubatan mempelajari kaedah bedah rumit.

Di bawah pembiayaan Khalifah al-Ma'mun, ekonomi Baitul Hikmah secara amnya telah meningkat. Tambahan pula, masyarakat Abbasiyah sendiri memahami dan menghargai ilmu pengetahuan, dan sokongan juga datang dari pedagang dan tentera. Ia adalah mudah untuk sarjana dan penterjemah untuk mencari rezeki dan kehidupan akademik dianggap sebagai simbol kedudukan; Pengetahuan saintifik dianggap sangat bernilai sehingga buku-buku dan teks kuno kadang-kadang lebih dihargai dan bukannya kekayaan.

Baitul Hikmah bukan sahaja sekadar menjadi pusat akademik. Ianya juga menjalankan pelbagai fungsi di Baghdad. Para sarjana dari Baitul al-Hikmah biasanya bertugas sebagai jurutera dan arkitek dalam pelbagai projek pembinaan, menyimpan kalendar rasmi yang tepat, dan menjadi penjawat awam. Mereka juga bekerja sebagai doktor dan perunding.

Al-Ma'mun sendiri terlibat dalam kegiatan Baitul Hikmah, kerap melawat para sarjana dan bertanya tentang aktiviti mereka. Beliau juga akan mengambil bahagian dan membahaskan debat akademik. Diilhamkan oleh Aristotle, al-Ma'mun mengadakan sesi perbincangan dan seminar secara kerap di kalangan pakar-pakar di kalām. Kalām adalah seni perdebatan filosofis yang dilakukan oleh al-Ma'mun yang dipelajari dari gurunya, Ja'far. Semasa perdebatan, para ulama akan membincangkan kepercayaan dan doktrin Islam asas mereka dalam suasana intelektual yang terbuka. Beliau melantik beberapa sarjana dari Baitul al-Hikmah untuk terlibat dalam beberapa projek penyelidikan utama.

Pada masa itu, Baitul Hikmah berada di bawah seorang penyajak dan ahli astrologi Sahl ibn-Harun. Sarjana lain yang dikaitkan dengan perpustakaan tersebut adalah al-Khawarizmi, al-Kindi, Mohamed Jafar ibn Musa dan Ahmad ibn Musa.

Hunayn ibn Ishaq ditugaskan dalam kerja menterjemah oleh Khalifah dan antara penterjemah terkenal pada masa itu adalah Thabit ibn Qurra. Terjemahan pada masa ini adalah sangat bermutu tetapi kemudiannya penekanan terhadap terjemahan menurun kerana idea baru menjadi lebih penting.

Baitul Hikmah berkembang maju di bawah pengganti al-Ma'mun, al-Mu'tasim dan al-Wathiq tetapi menurun di bawah pemerintahan al-Mutawakkil. Ini mungkin disebabkan al-Ma'mun, al-Mu'tasim dan al-Wathiq mengikut mazhab Muktazilah tetapi al-Mutawakkil mengikut aliran Islam tradisional. Al-Mutawakkil mahu menghentikan merebaknya falsafah Greek yang merupakan salah satu asas ajaran Muktazilah.

Kemusnahan oleh Mongol sunting

Sama seperti perpustakaan lain di Baghdad, Baitul Hikmah dimusnahkan semasa pencerobohan Mongol pada tahun 1258. Diriwayatkan Sungai Tigris menjadi hitam selama enam bulan kerana dakwat dari buku-buku yang dihumbankan ke dalam sungai. Lebih kurang 400,000 manuskrip dapat diselamatkan oleh al-Tusi sebelum pengepungan berjalan[3], yang membawa manuskrip-manuskrip tersebut ke Maragheh.

Darul hikmah lain sunting

Beberapa tempat juga digelar Darul Hikmah


Rujukan sunting


  • Morelon, Régis; Rashed, Roshdi (1996), Encyclopedia of the History of Arabic Science, 3, Routledge, ISBN 0415124107
  • Encyclopedia of the History of Arabic Science (limited on-line access)