Baku Metro (Azeri: Bakı Metropoliteni) adalah sebuah sistem alihan laju yang melayani bandar Baku, ibukota dari Azerbaijan . Pertama kali dibuka pada tahun 1967, di masa pemerintahan Kesatuan Soviet, sistem ini mempunyai kelengkapan sama seperti sebahagian besar sistem bekas Soviet, termasuk stesen pusat yang sangat dalam, hiasan yang menggabungkan motif nasional Azerbaijan dengan ideologi Soviet. Saat ini sistem mempunyai 40,3 km jalur rel dalam tiga jalur dengan 27 stesen.

Baku Metro
Bakı Metropoliteni
Umum
PemilikBakı Metropoliteni
LokasiBaku,  Azerbaijan
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
3
Jumlah stesen
27
Bil. penumpang harian
608.200 setiap hari (2015)
222.000.000 setiap tahun (2015)
Operasi
Mula beroperasi
6 November 1967
PengendaliBakı Metropoliteni
Jumlah kenderaan
228
Teknikal
Panjang sistem
40,3
Tolok landasan
1.520 (Trak Rusia)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pada penghujung zaman Empayar Rusia, bandar pelabuhan Baku membangun sebagai bandar metropolis selepas penemuan blok Minyak mentah di Laut Kaspia. Pada tahun 1930-an, kota ini membangun sebagai ibukota dari Azerbaijan SSR iaitu bandar terbesar di Transkaukasia Soviet.

Rancangan untuk menyediakan sebuah sistem pengangkutan terancang telah dikemukakan pada tahun 1930-an ketika proses perancangan bandar. Bandar ini terlepas dari jatuh ke tangan pihak Nazi Jerman pada Perang Dunia II dan kemudianya di kawasan Kaukasus, populasi telah meningkat melebihi satu juta orang. Maka Kabinet Soviet telah menyetujui untuk mengeluarkan satu dekri untuk membolehkan pembangunan pesat dijalankan yang bermula pada tahun 1951.

Pada 6 November 1967, Baku Metro menjadi sistem angkuan cepat kelima di Kesatuan Soviet dengan jalur pertama sepanjang 6,5 km bersama-sama dengan depo rawatan, untuk menghormati perayaan kelima belas dari Revolusi Oktober.

Kerana paparan bandar yang unik, Baku Metro tidak menggunakan model segi tiga yang am di Soviet, dan lebih memilih untuk menggunakan dua jalur elips yang salingbersilangan di pusat bandar - Terminal Kereta Api Baku. Satu jalur berjalan dari bahagian barat daya kota, kemudian mengelilingi kawasan penempatan di bahagian utara menuju timur laut, dan kemudian menghala ke tenggara dan berakhir di bahagian selatan bandar. Bahagian ini dirasmikan dalam tiga tahap: Ulduz (1970), Neftçilər (1972) dengan diikuti Ahmedli tahun 1989 dan Hazi Aslanov tahun 2002 menyelesaikan lingkar pertama. Sebagai tambahan tahun 1979 sebuah cabang dibuka menuju stesen yang ada di depo rawatan, Bakmil.

Jalur kedua dibina secara selari mengikut garis pantai Laut Kaspia dari Hazi Aslanov, melalui daerah industri di Baku sebelum bertemu dengan jalur pertama di terminal kereta api yang sama, dan kemudian mengarah ke barat sebelum menikung ke utara mengarah ke wilayah barat laut. Untuk memepercepat pembangunan, sebuah cabang dibuka dari stesen 28 Mei menuju Khatai pada tahun 1968, dan pada tahun 1976 dibuka laluan bertentangan arah menuju Nizami, sehingga laluan pertama dan kedua menggunakan stesen yang sama (28 Mei). Pola ini tidak menimbulkan banyak masalah, kerana terminal ini panjangnya sama dengan dua stesen, namun saat tahun 1985 di mana jalur kedua dilanjutkan menuju 8 Stesen (Memar Ajemi), pembangunan sebuah tempat pemindahan sangat diperlukan.

Tahun 1993, tahap pertama dari stesen pemindahan Jafar Jabbarli mula beroprasi, namun pecahnya Kesatuan Soviet dan perselisihan politik, konflik ketenteraan di Nagorno-Karabakh dan krisis finalsial yang datang kemudian melumpuhkan setiap usaha pembangunan di Baku. Lebih banyak terdapat dua peristiwa menggemparkan apda tahun 1990-an: Pada 19 Mac dan 3 Julai 1994 serangan pengganas menewaskan 13 orang dan mencederakan 42 orang, kemudian pada bulan 28 Oktober tahun berikutnya kebakaran di dalam kereta yang penuh sesak menewaskan 289 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang.

Hanya pada akhir tahun 1990-an pembangunand apat bermula kembali dan yang pertama dilakukan adalah menyelesaikan stesen Hazi Aslanov yang sebahagian dibiayai oleh Kesatuan Eropah. Pada pertengahan tahun 2000an pembangunan bahagian utara dari pusat kedua, yang dihentikan sejak tahun 1994 bermula kembali, yang diikuti pembukaan stesen Nasimi pada 9 Oktober 2008.

Rencana pembangunan sunting

Pada saat ini terdapat beberapa projek, di mana dua di antaranya masih dalam tahap pembangunan. Tahun 2011, Pimpinan Eksekutif Baku Metro, taghi Ahmadov, mengumumkan rancangan untuk membina 70 stesen baru pada tahun 2040.[1][2] Pusat ini akan melayani kompleks bus baru dan Lapangan Terbang Heydar Aliyev antarabangsa.[3]

Rangkaian sunting

Garis sunting

Nama Garis Bahagian Pembukaan Panjang Stesen
Garis 1 1 İçərişəhərHəzi Aslanov 1967 20,1 km 13
Garis 2 2 Şah İsmail XətaiDərnəgül 1976 14,5 km 10
Garis 3 3 Xocəsən8 Noyabr 2016 5,7 km 4

Garis masa sunting

Bahagian Pembukaan Panjang
İçərişəhər-Nəriman Nərimanov 6 November 1967 6,5 km
28 Mei-Şah İsmail Xətai 22 Februari 1968 2,3 km
Nəriman Nərimanov-Ulduz 5 Mei 1970 2,1 km
Ulduz-Neftçilər 7 November 1972 5,3 km
28 Mei-Nizami Gəncəvi 31 Disember 1976 2,2 km
Nəriman Nərimanov-Bakmil 28 Mac 1979 0,5 km
Nizami Gəncəvi-Memar Əcəmi 31 Disember 1985 6,5 km
Neftçilər-Əhmədli 28 April 1989 3,3 km
Cəfər Cabbarlı 27 Disember 1993 N/A
Əhmədli-Həzi Aslanov 10 Disember 2002 1,4 km
Memar Əcəmi-Nəsimi 9 Oktober 2008 2,1 km
Nəsimi-Azadlıq prospekti 30 Disember 2009 1,3 km
Azadlıq prospekti-Dərnəgül 29 Jun 2011 1,5 km
Memar Əcəmi-2-Avtovağzal 19 April 2016 2,1 km
Memar Əcəmi-2-8 Noyabr 29 Mei 2021 1,4 km
Avtovağzal-Xocəsən 23 Disember 2022 2,2 km
Total: 27 Stesen 40,3 km

Nama lama stesen sunting

Nama lama Nama baru
Şaumyan Xətai
XI Qızıl Ordu Meydanı 20 Yanvar
28 Aprel 28 May
Avrora Qara Qarayev
Elektrozavod Bakmil
26 Bakı Komissarı Sahil
Bakı Soveti İçәrişәhәr
Məşədi Əzizbəyov Koroğlu

Operasi sunting

Secara rasmi, Baku Metro mempunyai dua jalur, tetapi kerana permasalahan dengan pembukaan bahagian kedua dari Cəfər Cabbarlı, Baku beroparasi sebagai sebuah sistem dengan empat cabang, dengan kereta berjalan dari Həzi Aslanov menuju İçərişəhər dan Əcəmi. Operasi antara Əcəmi dan Nəsimi berjalan sebagai perkhidmatan bolak-balik selama beberapa waktu sehingga pembukaan Azadlıq prospekti pada tahun 2009. Sebagai tambahan, terdapat perkhidmatan yang jarang dilakukan dari Əcəmi, Aslanov dan İçərişəhər yang berhenti di Bakmil dengan selang dua kali setiap jam. Selain itu, terdapat sebahagian daripada laluan kedua yang dikendalikan berasingan, iaitu Cəfər Cabbarlı - Şah İsmail Xətai yang dikendalikan secara bolak-balik dengan menggunakan satu daripada dua jalur yang sedia kerana rendahnya jumlah penumpang.

Kerana kontur bandar yang tidak rata, beberapa stesen terletak sangat dalam, sehinggga boleh digunakan sebagai tempat perlindungan dari perang nuklear, kerana sistem ini dibina pada masa puncak Perang Dingin pada tahun 1950an dan 1960an. Terdapat 7 stesen yang kedudukannya sangat dalam dengan rancangan standard stesen Pilon. Majoriti dari stesen berada di dekat permukaan tanah, dengan satu stesen, Bakmil, berada di permukaan dengan platform perseorangan.

Sama seperti sistem lain di Soviet sebgaian besar stesen dilengkapi dengan dekorasi yang mempertunjukkan motif soviet yang sangat maju dalam bidang seni (Termasuk mozaik, patung, dan relief) dan senibina seperti yang berkembang dan budaya nternasional, yang befokus kepada budaya Azeri dan sejarahnya. Setelah jatuhnya Kesatuan Soviet, beberapa stesen diganti namanya, dan beberapa dekorasinya disesuaikan dengan ideologi baru.

Kereta api sunting

Baku dilayan oleh satu depo rawatan perseorangan, yang terletak di sebelah stesen permukaan Bakmil, dan membawa namayang sama. Pada Januari 2005, sistem mempunyai 228 gerabak, yang membentuk 43 kereta api lima gerabak, dengan selebihnya digunakan untuk tugas khusus. Set yang tertua model ini termasuk jenis Ezh3 dan Em-508, di mana sebahagian besar adalah 81-717/714 dan modifikasinya yang diterima oleh Baku sejak awal tahun 1980an.

Tiket sunting

Pada tahun 2006 pentadbiran metro mula memperkenalkan sistem bayaran baru untuk Baku Metro. Daripada menggunakan sebuah kertas yang digunakan setiap akan menggunakan sistem, Baku Metro mengubahnya dengan menggunakan kad pintar untuk mengakses sistem. Kad ini berharga 2 manat namun diperlukan terlebih dahulu sebelum digunakan. Sistem baru ini menjadi sukses besar segera dan menjadi sangat popular di antara penumpang. kadar untuk sekali menggunakan metro adalah 0,15 manat. Kad boleh digunakan berkali-kali di setiap perhentian, membolehkan seluruh kumpulan menggunakan Baku Metro hanya dengan satu kad. Tidak ada bayaran tambahan untuk pemindahan antara laluan metro.

Insiden sunting

Pengeboman 1994 sunting

Pada tarikh 19 Mac dan 3 Julai 1994, dua siri pengeboman dilaporkan telah mengorbankan 27 orang dan mencederakan 91 lain.[4] Tiga warga negara Armenia kemudian ditahan, diadili, dan dipenjara kerana terlibat dalam insiden ini.[5]

Api 1995 sunting

Pada bulan 28 Oktober 1995, kebakaran di dalam kereta yang penuh sesak menewaskan 289 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Over 70 underground stations to be built in Baku" (dalam bahasa Inggeris). news.az. Dicapai pada 18 February 2011.
  2. ^ Mammadov, Anar. ""Memar Əcəmi" stansiyasında yeni metro xəttinə keçid açılır - FOTO" (dalam bahasa Azerbaijan). Milli.az. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-21. Dicapai pada 18 February 2011.
  3. ^ "41 new underground stations to be constructed in Azerbaijani capital in the next 17 years". Today.az (dalam bahasa Inggeris). October 10, 2008. Dicapai pada 2009-08-14.
  4. ^ Atwell, Elizabeth. "Baku's Metro Accident" (dalam bahasa Inggeris). Azer International Magazine. Dicapai pada 18 February 2011.
  5. ^ "Azerbaijani Terrorism Suspect Extradited to Baku" (dalam bahasa Inggeris). RFE/RL NEWSLINE Vol 1, No. 170, Part I. Dicapai pada 2010-03-29.

Pautan luar sunting