47°34′N 7°36′E / 47.567°N 7.600°E / 47.567; 7.600

Basel-Stadt
Bendera Kanton Basel-City
Bendera Kanton Basel-City
Jata Kanton Basel-City
Jata Kanton Basel-City
Peta Switzerland yang menonjolkan Kanton Basel-City
Peta Switzerland yang menonjolkan Kanton Basel-City
Ibu kota Basel
Keluasan 37 km² (Ditempatkan 26th)
Titik tertinggi St. Chrischona 522 meter
Jumlah penduduk (2003) 186,700 orang (Ditempatkan 14th)
5045 /km²
Menyertai 1501
Singkatan BS
Bahasa German
Majlis Perundangan Regierungsrat (7)
Majlis Perundangan Grosser Rat (130)
Kawasan perbandaran 3 kawasan perbandaran
Daerah n.a.
Laman web www.BS.ch
Map of the Canton of Basel-City
Map of the Canton of Basel-City


Basel (kota) (dalam Jerman: Mengenai audio iniBasel-Stadt ) merupakan salah satu dari ke-26 canton Switzerland. Wilayahnya terbentuk dari bandar Basel dan kawasan perbandaran Bettingen dan Riehen.

Sejarah sunting

Kawasan Basel-Stadt dicipta ketika daerah Basel dibahagi dua pada 1833. Hasil pembahagian ini adalah: Basel-Stadt [Basel (bandar)] dan Basel-Landschaft [Basel (negeri)]. Pembahagian ini sendiri disebabkan oleh daerah Basel-Landschaft, dan ironinya, konstitusi Basel-Stadt tidak mengiktiraf daerah Basel-Landschaft. Sebuah konstitusi baru sedang (2003) disusun untuk menguruskan hal tersebut.

Daerah Basel bergabung dengan Kesatuan Switzerland pada tahun 1501.

Geografi sunting

Canton Basel (bandar) terletak di utara Switzerland, bersempadan dengan Jerman dan Perancis di utara, Basel-Landschaft di selatan.

Wilayah daerah ini keluasannya 37 km². Hal ini menyebabkan Basel daerah terkecil di Switzerland.

Politik sunting

Basel-Stadt adalah setengah daerah. Ini bermaksud bahawa daerah itu hanya menghantar satu perwakilan ke Dewan Negara. Ibu kota daerah Basel-Stadt adalah bandar Basel. Institusi daerah kini disusun pada 1889.

Parlimen daerah disebut Grosser Rat dengan 130 anggota yang dipilih untuk semasa jawatan empat tahun. Ketika ini (2006) mempunyai 8 parti politik yang diwakili di parlimen.


Daerah Basel terkenal disebabkan oleh dua biskutnya. Basler Läckerli adalah biskut keras yang diperbuat daripada madu, almond, candied peel dan Kirsch dan dianggap penganan istimewa sepanjang tahun. Basler Brunsli diperbuat daripada almond dan umumnya dinikmati pada hari Krismas di seluruh Switzerland.
Paduan Suara Putra Basel adalah duta budaya yang terkenal dari daerah ini.

Pelancongan sunting

Kenyataan bahawa tiga negara bertemu dan bersatu di sebuah tempat berhampiran Basel (Dreiländereck) telah menjadi daya tarikan bagi para pelancong. Tempat ini jelas dikenalpasti dan menjadi tujuan terkenal bagi murid-murid sekolah rendah. Karnival di bandar ini menarik banyak pengunjung dari seluruh Switzerland dan negara-negara jiran.

Demografi sunting

Penduduk daerah ini umumnya bertutur dalam bahasa Jerman dan secara tradisional adalah beragama Kristen Protestan. Penduduk Katolik berkembang dengan tetap pada abad yang lalu, terutama, walaupun bukan semata-mata, disebabkan imigrasi. Bahasa rasminya adalah Jerman.

Pengangkutan sunting

Di Basel terdapat lapangan terbang antarabangsa di Basel-Mulhouse. Daerah ini mempunyai pengangkutan baik dengan kereta api dan jalan raya ke seluruh Switzerland dan negara-negara jiran iaitu Perancis dan Jerman.

Basel merupakan sebuah stesen utama Switzerland, yang menghubungkan Switzerland dengan Paris, Brussel dan Berlin dengan kereta-kereta cepat yang langsung.

Di Basel, terdapat pelabuhan untuk kapal-kapal di Sungai Rhein. Pelabuhan ini sangat penting bagi Switzerland yang tidak mempunyai jalan ke laut, disebabkan pelabuhan ini memberikan hubungan langsung satu-satunya ke laut. Pelabuhan ini menguntungkan disebabkan terdapatnya perhubungan yang baik ke jalan kereta api dan jalan raya.

Pautan luar sunting

Wilayah di Switzerland  
Aargau | Appenzell Ausserrhoden | Appenzell Innerrhoden | Basel-Bandar raya | Basel-Luar bandar | Berne | Fribourg | Geneva | Glarus | Graubünden | Jura | Lucerne | Neuchâtel | Nidwalden | Obwalden | Schaffhausen | Schwyz | Solothurn | St. Gallen | Thurgau | Ticino | Uri | Valais | Vaud | Zug | Zürich