Bandar Jasin merupakan bandar yang terletak di Daerah Jasin, Melaka, Malaysia.[1]

Bandar Jasin
Bandar Jasin
Bandar Jasin
Koordinat: 2°18′38″N 102°25′52″E / 2.31056°N 102.43111°E / 2.31056; 102.43111Koordinat: 2°18′38″N 102°25′52″E / 2.31056°N 102.43111°E / 2.31056; 102.43111
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Daerah Daerah Jasin
MukimBandar Jasin
Pentadbiran
Penduduk
 (2001)
 • Jumlah92,883
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia
Laman sesawangwww.mpjasin.gov.my/

Melaka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama.

Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, Jasin 3.

Pusat bandar lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya.

Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.

Pentadbiran sunting

Bandar Jasin merupakan salah sebuah bandar yang terdapat dalam negeri Melaka, dan juga merupakan satu dari bandar yang terletak dalam pentadbiran mukim Daerah Jasin.

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-05-29.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar sunting