Bandar Malaysia ialah sebuah projek pembangunan bandar di Kuala Lumpur, Malaysia. Projek ini akan dibina di tapak Lapangan Terbang Sungai Besi. Terdapat dua stesen MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya iaitu "Bandar Malaysia Utara" dan "Bandar Malaysia Selatan". Projek ini dijangka memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion.[1]

Pembangunan ini dipertanggungjawab oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd yang terdiri daripada perkongsian dua pihak utama, iaitu gabungan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Rail Engineering Corp (IWH-CREC) yang memegang 60% syarikat serta selebihnya ialah TRX City Sdn Bhd (TRXC) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.[2]

Sejarah sunting

Pada 28 Mei 2011, projek Bandar Malaysia diumumkan oleh kerajaan dengan model perkongsian awam-swasta. Projek ini mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar terkumpul sebanyak RM150 bilion.[3] Perancang utama yang dilantik untuk melukis seni bina ialah Skidmore, Owings & Merrill.[4] Dengan perkembangan ini, pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia semasa di Pangkalan Udara Sungai Besi akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan dengan kos RM2.7 bilion; RM1.1 bilion daripada kos dibiayai oleh kerajaan dan selebihnya oleh 1MDB. Projek penempatan semula ini dikendalikan oleh Perbadanan Perwira Harta Malaysia, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai Lembaga Tabung Angkatan Tentera.[3]

Pada Disember 2015, 1MDB menjual 60% kepentingan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Bhd milik Tan Sri Lim Kang Hoo dan China Railway Engineering Corp dengan harga RM 7.41 bilion. Bagaimanapun, perjanjian itu gagal pada 3 Mei 2016 dengan alasan tidak memenuhi kewajipan pembayaran yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (yang memiliki 1MDB).[3][5]

Pada Mei 2017, dalam persidangan bersama di Sofitel Beijing Hotel dengan Wanda Dalian, Wanda Dalian menyatakan minat mendalam untuk turut serta dalam pembangunan Bandar Malaysia tetapi menarik minatnya beberapa bulan kemudian.[6][7][8]

Pada Julai 2017, Kementerian Kewangan melancarkan permintaan usul dan sebanyak tujuh syarikat China serta dua syarikat Jepun telah mengemukakan usul yang dikatakan bernilai antara RM30 ke RM43 bilion bagi projek Bandar Malaysia, tetapi tiada penjelasan lebih lanjut oleh Kementerian Kewangan.[5][9][10]

Pada 14 Julai 2021, diumumkan bahawa kesepakatan antara IWH-CREC tidak akan diteruskan memandangkan perjanjian telah berakhir pada 6 Mei akibat syarat-syarat yang tidak dipenuhi.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "RM140 billion Bandar Malaysia project officially revived". New Straits Times. 17 Disember 2019. Dicapai pada 23 September 2020.
  2. ^ Kaur, Sharen (22 September 2020). "Bandar Malaysia to start with over 12 world-class towers worth RM10 billion in 2021". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2020.
  3. ^ a b c "What's the big deal about Bandar Malaysia? A lot | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com.
  4. ^ "1Malaysia Development picks project partners | The Star". www.thestar.com.my.
  5. ^ a b Reporters, F. M. T. (10 Ogos 2017). "Real reason Japanese, Chinese firms want Bandar Malaysia project". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-10. Dicapai pada 2021-07-22.
  6. ^ "China's Wanda in talks to develop Bandar Malaysia project". The Straits Times. May 9, 2017.
  7. ^ "China's Dalian Wanda scraps bid for Bandar Malaysia project". South China Morning Post. 25 Julai 2017.
  8. ^ Ling, Chok Suat (13 Mei 2017). "Malaysia ready to discuss Bandar Malaysia master developer role with Dalian Wanda | New Straits Times". NST Online.
  9. ^ "KL seeks new master developer for Bandar Malaysia project". The Straits Times. 18 Mei 2017.
  10. ^ Reporters, F. M. T. (13 Disember 2017). "We're still negotiating on Bandar Malaysia, says Irwan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-10. Dicapai pada 2021-07-22.
  11. ^ "Malaysia's US$1.8 billion mega project with China Railway falls through". CNA. 15 Julai 2021. Dicapai pada 16 Julai 2021.

Pautan luar sunting