Bandar Utama Damansara ialah sebuah petempatan di mukim Sungai Buloh[1] daerah Petaling di negeri Selangor, Malaysia. Secara amnya bandar ini ialah kawasan perumahan, tetapi juga dijadikan tempat terletaknya Pusat Beli-belah 1 Utama.

Permandangan Bandar Utama dari 1 Utama.

Sejarah sunting

Sehingga tahun 1991, kawasan Bandar Utama Damansara hanya terdiri daripada dusun kelapa sawit. Pada awal 1990-an, bermulanya pembangunan di Bandar Utama Damansar di bawah See Hoy Chan Holdings Sdn. Bhd., dan satu cubaan untuk memodenkan kawasan ini dilakukan, bermula dengan pembukaan stesen penyiaran TV3 di Bandar Utama, serta juga 1 Utama yang makin dikenali ramai setelah rangkaian kedai serbaneka Aeon memindahkan cawangannya di kawasan sempadan Kuala Lumpur-Selangor dari lokasi asalnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ke Bandar Utama pada tahun 1995.

Dengan pembukaan sekolah-sekolah pada tahun 1997 dan 1998, serta juga penubuhan Kolej Bandar Utama, Bandar Utama terus berkembang. Seperti pada tahun 2004, pembinaan kawasan perumahan BU7, BU10 dan BU6 (yang terdiri daripada rumah 2 1/2 tingkat) telah disiapkan. Ini merupakan seksyen-seksyen baru Bandar Utama berbanding dengan seksyen lama, BU1 hingga BU4, yang disiapkan secara berfasa dari tahun 1991 hingga 1996.

Geografi sunting

Bandar Utama Damansara yang luasnya kira-kira 1000 ekar (4 km²), dibahagi kepada 12 seksyen yang merangkumi BU1 hingga BU12. Seksyen-seksyen ini dihubungkan oleh jalan raya yang diberi nama seakan-akan nombor bersiri, contohnya Jalan BU2/5 yang mana BU2 merujuk kepada seksyen dan 5 ialah nombor jalan.

Sebatang jambatan di atas Lebuhraya Lembah Kelang Utara (NKVE) menghubungkan kedua-dua belah Bandar Utama Damansara, iaitu seksyen BU1-BU10 dan BU11-BU12, yang dipisahkan oleh NKVE.


Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting