Bang Min-ah

(Dilencongkan dari Bang Minah)

Bang Min-ah (Hangul방민아; lahir 13 Mei 1993),[3] lebih dikenali sebagai Minah, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita, Girl's Day sejak tahun 2010 dan membuat penampilan pertama sebagai penyanyi solo dengan album mini, I Am a Woman Too, pada tahun 2015.[4] Beliau telah berlakon dalam pelbagai filem dan drama bersiri, termasuk watak utama dalam Beautiful Gong Shim (2016) dan My Absolute Boyfriend (2019).[5][6]

Bang Min-ah
Bang Min-ah pada tahun 2016
Kelahiran
Bang Min-ah

(1993-05-13) 13 Mei 1993 (umur 30)
Incheon, Korea Selatan
PendidikanUniversiti Wanita Dongduk
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–sekarang
Syarikat rakaman
  • Dream T Entertainment
  • Yooborn[1]
Pengkarya berkait
Girl's Day
Bang Min-ah
Hangul방민아
Hanja方珉娥[2]
Perumian SemakanBang Min-a
McCune–ReischauerPang Mina

Kehidupan awal sunting

Bang Minah dilahirkan pada 13 Mei 1993 di Incheon, Korea Selatan. Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Jinsun dan sekarang ini belajar di Universiti Wanita Dongduk.

Karier sunting

Girl's Day sunting

Pada 9 Julai 2010, Minah membuat penampilan pertamanya sebagai ahli kumpulan wanita, Girl's Day dalam Music Bank menerusi lagu single pertama mereka, "Tilt My Head".[7] Girl's Day telah mengeluarkan 3 album penuh, satu album kompilasi dan 5 album mini.

Karier solo sunting

Pada tahun 2010, Minah telah dipilih untuk berlakon dalam Performer sebagai seorang penari wanita.[8] Walau bagaimanapun, projek ini kemudiannya dibatalkan. Minah kemudiannya membuat penampilan lakonan pertamanya dalam Roller Coaster di dalam segmen "Frustrated, but Let's Stick Together." Ia disiarkan menerusi saluran tvN.[9]

Pada tahun 2013, Minah mempunyai peranan utama dalam filem Holly. Beliau juga menggantikan IU sebagai pengacara dan mengacara The Music Trend (sebelum ini dikenali sebagai Inkigayo) dari bulan Ogos 2013 sehingga Januari 2014.[10] Pada tahun 2015, Minah telah dipilih sebagai ahli untuk Law of the Jungle di Nicaragua.[11]

Pada 3 Mac 2015, DreamT mengumumkan bahawa Minah akan membuat penampilan solo pertama beliau pada pertengahan bulan Mac.[12] Minah mengeluarkan album mini solonya bertajuk I Am a Woman Too pada 15 Mac 2015.[4]

Minah mengeluarkan single digital solo "Other Way" pada 11 November 2017.[13] Minah mengambil bahagian dalam menulis lirik lagu "11°", dan juga mengambil bahagian dalam menyusun lagu tersebut.

Kehidupan peribadi sunting

Minah mempunyai hubungan bersama pemain bola sepak, Son Heung-min dimana ia telah dinafikan oleh agensi beliau, DreamT Entertainment pada 28 Julai 2014. Walau bagaimanapun, hubungan itu kemudiannya telah disahkan. Pada 16 Oktober 2014, laporan mendedahkan bahawa pasangan ini telah berpisah kerana kesukaran hubungan jarak jauh dan jadual mereka yang sibuk.[14][15]

Diskografi sunting

Album mini sunting

Tajuk Butiran album Kedudukan carta tertinggi Jualan
KOR
Mingguan

[16]
KOR
Bulanan

[17]
I Am A Woman Too
  • Keluar: 16 Mac 2015
  • Label: DreamTea Entertainment, LOEN Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
2 11

Lagu single sunting

Tajuk Tahun Kedudukan carta tertinggi Jualan Album
KOR
[19]
"I Am A Woman Too" 2015 15
  • KOR (DL): 352,540+
I Am A Woman Too

Lagu carta lain sunting

Tajuk Tahun Kedudukan carta tertinggi Album
KOR
"This Is Strange (ft. Kanto Of Troy)" 2015 89 I Am A Woman Too

Penyanyi solo sunting

Tahun Lagu Album Durasi Nota
2010 "Cracked the Moon" Argo OST 3:40 Solo
"Only Once" Jungle Fish 2 OST 4:20 Solo
2011 "Rapper's Breakup Part. 2" The Rage Theater 3:34 Duet bersama Defconn
2013 "Stop Resisting" Hyde 3:46 Duet bersama VIXX
2014 "Holding Hands" Lee Hyun-do Project 3:59 Duet bersama DinDin
"You, I" Doctor Stranger OST 2:50 Solo
"I Will Be on Your Side" Best Future OST 1:33 Solo
"Whatever" Miss Me or Diss Me 3:31 Duet bersama MC Mong
"Skyfall" Skyfall 4:02 Duet bersama Damiano
"들려줘요" Dad for Rent OST 3:41 Solo
"한 사람" The King's Face OST 4:04 Solo
2015 "I Am Korea" I Am Korea Theme Song 3:40 Pelbagai penyanyi
"One Dream One Song" 'One K' Campaign Song TBA Pelbagai penyanyi

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan
2013 Holly Wani
2014 Dad for Rent Bomi

Drama televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Roller Coaster Adik perempuan (kameo) tvN
I Trusted Him (kameo) MBC Every 1
Baby Faced Beauty Hyemi (kameo, episod 1 & 6) KBS2
Vampire Idol Minah MBN
2012 Family Wanita Idaman #1 (kameo episod 11)[20] KBS2
2013 Master's Sun Kim Ga-young (tetamu, episod 2) SBS
The Clinic for Married Couples: Love and War Musim 2 Diri sendiri (kameo) KBS2
The Miracle[21] Cha Eun-sang SBS
2014 The Best Future Mirae Web Drama
2015 Sweet, Savage Family Baek Hyun-ji MBC
2016 The Beauty of the Beast Gong Shim SBS

Rancangan varieti sunting

Tahun Tajuk Peranan Episod
2010 Wonder Woman Diri sendiri
Minah Cham Story Diri sendiri
We Are Dating Diri sendiri
2013-2014 The Music Trend Pengacara
2013 Running Man Tetamu 162
Happy Together Tetamu 325
2014 Running Man Tetamu 198
Hello Counselor Tetamu 182
Saturday Night Live Korea Tetamu
God of Food Table Pengacara
King of Food Tetamu
2015 Let's Go! Dream Team Tetamu
Entertainment weekly Tetamu
Hello Counselor Tetamu
Eco Village Ahli
Star King Tetamu
Escape Crisis No. 1 Tetamu bersama Sojin dan Yura
1N&2D Tetamu Musim 3 ep 76-78
People Looking For A Smile Tetamu 500
Law of the Jungle Ahli 181-TBU
Weekly Idol Tetamu bersama Sojin dan Yura 210
King of Mask Singer Peserta Episod 35-36
You Hee-yeol's Sketchbook Tetamu Episod 266

Videografi sunting

Video muzik sunting

Tahun Lagu Durasi
2015 "I Am A Woman Too" 3:24

Penampilan video muzik sunting

Tahun Lagu Artis
2010 "Afraid of You (Paleni)" Hit-5
2014 "들려줘요" Dad For Rent
"I Will Be on Your Side" Best Future
2015 "I Am Korea" I Am Korea Theme Song

Rujukan sunting

  1. ^ "Girl's Day members pivot to acting". Korea JoongAng Daily. March 30, 2019.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-12. Dicapai pada 2016-04-27.
  3. ^ "민아 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada August 13, 2018.
  4. ^ a b "Minah returns with new solo album". Kpop Herald. March 16, 2015. Dicapai pada August 13, 2018.
  5. ^ Lee, Haye-ah (July 20, 2016). "In ugly role, idol singer-turned-actress gains confidence in her looks". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 13, 2018.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :2 tidak disediakan
  7. ^ Girls Day Debuts with 'Tilt My head' on Today Music Core
  8. ^ Girl's Day Minah 'steps up' for Korea's first 3D dance film
  9. ^ Girl's Day's Minah to make her acting debut on "Roller Coaster"
  10. ^ [1]
  11. ^ [2]
  12. ^ "Min-ah of Girls Day to Release Solo Album". The Chosun Ilbo. 10 March 2015.
  13. ^ "Min-ah of Girl's Day confirms solo debut". Kpop Herald. October 30, 2017.
  14. ^ http://www.allkpop.com/article/2014/07/girls-days-minah-and-soccer-player-son-heung-min-reported-to-be-a-couple-dreamt-denies
  15. ^ http://www.dkpopnews.net/2014/10/girls-day-minah-and-son-heung-min.html?m=1
  16. ^ "Gaon Weekly Album Chart". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada January 27, 2014.
  17. ^ "Gaon Monthly Album Chart". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada January 27, 2014.
  18. ^
  19. ^ "Gaon Digital Chart Weekly". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada February 5, 2015.
  20. ^ "Shut Up Family Episode 11 English Sub".
  21. ^ "KPop Stars Will Parody "Master's Sun", "The Heirs" In 2013 Gayo Daejun". December 19, 2013. Dicapai pada September 30, 2014.

Pautan luar sunting