Bangladesh

negara di Asia Selatan

Koordinat: 23°N 90°E / 23°N 90°E / 23; 90

Bangladesh (Bahasa Benggali: বাংলাদেশ) atau nama rasminya Republik Rakyat Bangladesh (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, Gônoprojatontri Bangladesh) ialah sebuah negara di sebelah timur laut anak benua India rantau Asia Selatan bersempadanan dengan India di sebelah barat, utara dan timur serta Myanmar di sebelah tenggara menghadap Teluk Benggala di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.

Republik Rakyat Bangladesh
ريڤوبليك رعيت بڠلاديش
গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ
Gônoprojatontri Bangladesh
Bendera Bangladesh
Jata Bangladesh
Bendera Jata
Cogan kataTiada
Lagu kebangsaanAmar Sonar Bangla


Bengal Emasku
Lokasi Bangladesh
Ibu negara
dan bandar terbesar
Dhaka
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Bahasa Bangla[1]
KerajaanRepublik parlimen
• Presiden
Shahabuddin Chuppu
Sheikh Hasina
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
26 Mac 1971
16 Disember 1971
• Perairan (%)
7.0
Populasi
• Perkiraan 2007
150,448,339[2] (7)
• Bancian Penduduk 2001
129,247,2331
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$330.8 billion (31st)
$2200 (138)
Gini (2000)31.8
sederhana
HDI (2004)0.530
rendah · 137
Mata wangTaka
(BDT)
Zon waktuUTC+6 (BDT)
• Musim panas (DST)
UTC+6 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan880 (SubKod)
Kod ISO 3166BD
DPT internet.bd,.বাংলা
1 Adjusted population, p.4, "Population Census 2001, Preliminary Report". Bangladesh Bureau of Statistics. 2001-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 2007-07-30. Check date values in: |date= (bantuan)

Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pembahagian India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.

Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang ketiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.

Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.

Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

Penamaan sunting

Nama Bangladesh (Benggali: বাংলাদেশ) mula dimasyhurkan dalam lagu-lagu patriotik bahasa Benggali sezaman Kazi Nazrul Islam dan Rabindranath Tagore abad ke-20[3] melakurkan kata বাংলা Bangla "orang Benggala" dan akhiran দেশ desh turunan Sanskrit: देश, rumi: deśa (sewarisan kata Melayu desa ديسا‎)[4] bermaksud "negara" sekaligus bermaksud "Negara Orang Benggala". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui

Sejarah sunting

Sejarah awal sunting

Alatan-alatan Zaman Batu telah ditemui di Bangladesh, menunjukkan pendudukan manusia telah wujud sejak 20 ribu tahun dahulu, manakala kesan petempatan Zaman Tembaga berusia kira-kira 4,000 tahun dahulu juga ditemui.[5] Pada masa ini, golongan yang menetap di sini temasuklah golongan Austroasia, Dravidia, Indo-Arya dan Tibeto-Burma melalui penghijrahan yang berperingkat.[5][6]

Pelbagai empayar Buddha dan Hindu telah mentadbir kawasan Bangladesh, termasuklah Empayar Maurya sejak abad keempat SM dan Gupta sejak abad keenam Masihi. Dinasti Pala, sebuah dinasti Buddha mula muncul di kawasan Bangladesh pada abad kelapan Masihi sebelum munculnya Dinasti Sena yang berteraskan Hinduisme pada abad ke-11. Bahasa Benggali mula muncul pada sekitar abad kelapan Masihi.

Perkembangan Islam secara ketara bermula pada abad ke-13. Perkembangan Islam di kawasan ini banyak dipengaruhi oleh penaklukan serta peranan mubaligh sufi.[7] Pada 1204, Muhammad bin Bakhtiyar Khalji telah menyerang Bengal, menyebabkan Bengal diserap ke dalam Kesultanan Delhi. Pada masa ini, Bengal ditadbir oleh gabenor-gabenor daripada Dinasti Mamluk, Balban dan Tughluq. Namun begitu, jarak Bengal yang jauh dari Delhi menyebabkan pengaruh kuasa di Bengal adalah lemah, lalu memberi ruang kepada pemberontakan untuk mengasaskan pentadbiran sendiri Bengal.

Pada 1352, Kesultanan Benggala telah diasaskan. Kerajaan ini berkembang menjadi salah satu pusat perdagangan utama dunia, dan disifatkan oleh golongan warga benua Eropah yang sezaman sebagai negara perdagangan terkaya dunia pada ketika itu.[8]

Zaman British sunting

Pada 1757, peristiwa Pertempuran Plassey antara Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dengan Bengal menyebabkan Bengal dikuasai oleh syarikat British tersebut. Pemberontakan India pada 1857 yang disertai beberapa bandar Bengal,[9] menyebabkan kuasa pemerintahan SHTI dipindahkan kepada pihak Mahkota British lalu menyebabkan kawasan Bengal (di bawah Raj British) dijadikan sebagai jajahan mahkota British. Pada sekitar 1870, sebuah peristiwa kebuluran besar telah melanda Bengal yang menyebabkan kira-kira 10 juta orang penduduk terkorban. Sebuah lagi peristiwa kebuluran berlaku pada 1943 yang menyaksikan kira-kira tiga juta orang penduduk terkorban.

Proses persediaan demi pentadbiran sendiri Bengal adalah perlahan. Lembaga Legislatif Bengal ditubuhkan 1862. Pada awal abad ke-20, kesedaran kemerdekaan India dan Pakistan bertambah kuat. Liga Muslim Provinsi Bengal pula diasaskan pada 1913 untuk memperjuangkan hak golongan Muslim Bengal. Pada 1937, Perhimpunan Legislatif Bengal yang merupakan badan legislatif terbesar India British telah ditubuhkan.

Pada 1905, sebuah usaha telah dibuat oleh pihak Raj British untuk memisahkan Bengal kepada dua bahagian; bahagian barat dengan penduduk majoriti Hindu dan bahagian timur dengan penduduk majoriti Muslim. Pada 1947, seiring dengan pembahagian India, Benggala dibahagikan dan diserap ke India dan Pakistan; Benggala Barat diserap ke dalam India manakala Benggala Timur diserap ke dalam Pakistan dan digelar sebagai Benggala Timur, kemudiannya Pakistan Timur.

Zaman Pakistan sunting

 
Peta Dominion Pakistan pada 1947 dengan peta Benggala Timur di kawasan kanan peta.

Dominion Pakistan ditubuhkan pada 14 Ogos 1947, dengan Dhaka dijadikan sebagai ibu kota Benggala Timur. Pembahagian India memberi ruang peluang ekonomi kepada Benggala Timur lalu membentuk pembangunan bandar pada 1950-an.[10][11] Pada 1950, sistem zamindar feudal Benggala Timur telah dimansuhkan melalui pemindaan undang-undang tanah oleh Perhimpunan Legislatif Benggala Timur.[12] Pada 1955, Benggala Timur dinamakan semula sebagai Pakistan Timur.

Pada awal 1950-an, Gerakan Bahasa Bengali ditubuhkan dan disifatkan sebagai petanda awal konflik antara Pakistan Barat dan Timur.[12] Menurut pihak atasan Bank Dunia, pihak Pakistan telah menerapkan diskriminasi ekonomi yang ketara terhadap Pakistan Timur seperti perbelanjaan yang lebih ditumpukan kepada Pakistan Barat dan pemindahan hasil kewangan ke Pakistan Barat.[13]

Liga Awami Bangladesh yang ditubuhkan pada 1949 mula menjadi suara politik bagi pihak Pakistan Timur. Pada 1966, Sheikh Mujibur Rahman, ketua Liga Awami telah melancarkan "gerakan enam asas" yang disifatkan sebagai peristiwa penting dalam usaha kemerdekaan Bangladesh.[14] Gerakan ini diasaskan dengan hasrat untuk mengakhiri penindasan Pakistan Timur oleh pemerintah Pakistan Barat dan memperjuangkan hak autonomi yang lebih meluas kepada Pakistan Timur.[15][16] Beliau dipenjara dan dibebaskan pada 1969 ketika berlakunya kebangkitan di Pakistan Timur.

Taufan Bhola melanda Pakistan Timur pada 1970, menyebabkan kira-kira 500 ribu orang penduduk terkorban. Kerajaan pusat Pakistan dikritik kerana tindakan mereka yang dilihat kurang memuaskan. Pada tahun ini juga, Pakistan menjalankan pilihan raya yang menyaksikan parti nasionalis Liga Awami memenangi 167 daripada 169 kerusi yang dipertandingkan dalam Pakistan Timur, malah boleh membentuk kerajaan dan menggubal perlembagaan baharu, tetapi ditentang oleh Parti Rakyat Pakistan dan tentera Pakistan, dan Sheikh Mujibur Rahman dihalang daripada memegang sebarang kuasa.

Tentangan tersebut menyebabkan kemarahan yang membawa kepada rusuhan di seluruh Pakistan Timur.[17] Pada 7 Mac 1971, sebuah perhimpunan prokemerdekaan telah dihadiri oleh lebih dua juta orang penduduk yang diketuai oleh Mujibur. Beliau menyeru rakyat Pakistan Timur untuk berjuang demi kemerdekaan negara.[18] Pada 26 Mac, beliau ditahan melalui arahan Yahya Khan, Presiden Pakistan. Namun begitu, sebelum ditangkap, beliau mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh dan menyeru rakan-rakannya untuk mengekang serangan Pakistan Barat secara habis-habisan.

Perang Kemerdekaan Bangladesh tercetus sejurus selepas pengisytiharan tersebut, dan berlanjutan selama sembilan bulan yang menyaksikan pembentukan tentera pejuang kemerdekaan, Mutki Bahini oleh para nasionalis Bangladesh. Sheikh Mujibur dilantik sebagai Presiden pertama, tetapi Syed Nazrul Islam menjadi pemangku Presiden ketika penahanan beliau manakala Tajuddin Ahmad menjadi Perdana Menteri. Mutki Bahini yang memperoleh bantuan ketenteraan daripada India berjaya mengalahkan Pakistan, dan Pakistan menyerah diri pada 16 Disember 1971.[19] Sheikh Mujibur dibebaskan pada 8 Januari 1972 akibat tekanan antarabangsa terhadap Pakistan dan diterbangkan ke Dhaka sambil disambut oleh kira-kira sejuta orang penduduk di situ.[20][21]

Zaman pascakemerdekaan sunting

Bangladesh menubuhkan perlembagaan baharu pada November 1972 yang menerapkan demokrasi sekular berparlimen, dan Sheikh Mujibur menjadi Perdana Menteri. Perlembagaan tersebut juga menerapkan unsur-unsur sosialisme. Pada 1973, Liga Awami menang besar dalam pilihan raya pertama Bangladesh, dan mendominasi parlimen negara, Jatiyo Sangshad. Sebuah peristiwa kebuluran di Bangladesh berlaku pada 1974.[22]

Akibat penentangan yang berkembang, Sheikh Mujibur mula mengambil langkah-langkah autoritarian. Sheikh Mujibur mengisytiharkan darurat negara pada 28 Disember 1974 yang membenarkannya mengharamkan mana-mana parti politik yang dikehendakinya.[23] Pada 1975, Sheikh Mujibur memansuhkan kerajaannya dan menggantikan kerajaan itu dengan kerajaan sosialisme satu parti, Bangladesh Krishak Sramik Awami League, BAKSAL. Sheikh Mujibur dibunuh dalam sebuah kudeta pada 15 Ogos 1975.

Jawatan Presiden disandang oleh Khondaker Mostaq Ahmad selama empat bulan. Pada 3 November, Tajuddin Ahmad dan empat orang tokoh lain yang enggan bekerjasama dengan Ahmad dibunuh oleh sekumpulan pegawai tentara yang diarahkan oleh Ahmad. Ahmad digulingkan pada 6 November dalam rampasan kuasa yang diketuai oleh Khaled Mosharraf dan Shafat Jamil, dan Hakim Besar Abu Sadat Mohammad Sayem dilantik sebagai Presiden. Abu Sadat menjadi Presiden selama tiga tahun sebelum meletak jawatan akibat sakit dan digantikan oleh Ziaur Rahman. Ziaur memansuhkan undang-undang tentera dan mula melakukan reformasi-reformasi pembangunan.[24]

Ziaur mengembalikan sistem parti politik berbilang, penswastaan dan mengadakan pilihan raya pada 1979 serta menubuhkan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang kini merupakan parti politik utama negara. Ziaur dibunuh pada 1981 dan digantikan oleh Naib Presiden Abdus Sattar. Beliau memperoleh 65.5% pada pilihan raya presiden pada 1981,[25] tetapi digulingkan dalam sebuah rampasan kuasa pada 1982. Melalui rampasan kuasa tersebut, Ketua Hakim A. F. M. Ahsanuddin Chowdhury dilantik sebagai Presiden, tetapi Jeneral Hussain Muhammad Ershad menjadi ketua de facto negara. Beberapa pilihan raya dilakukan sepanjang pemerintahannya, dan dimenangi oleh partinya, Parti Jatiyo. Hussain membahagikan negara kepada 64 buah daerah dan menggesa Parlimen untuk menetapkan Islam sebagai agama rasmi negara.[26] Hussain berundur diri pada 1990 akibat penentangan besar-besaran.

Sejurus selepas itu, Ketua Hakim Shahabuddin Ahmed memimpin negara sementara melakukan pengalihan kuasa kepada kuasa berparlimen. Pada pilihan raya 1991, Khaleda Zia daripada BNP menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara. Pilihan raya pada 1996 menyaksikan Sheikh Hasina Wajed, isteri Sheikh Mujibur yang mewakili Liga Awami menang lalu menjadi Perdana Menteri. Beliau kalah kepada Khaleda Zia pada pilihan raya seterusnya pada 2001.

Pada 11 Januari 2007, sebuah kerajaan peralihan yang diketuai oleh Fakhruddin Ahmed ditubuhkan selepas berlaku ketidakstabilan politik di Bangladesh. Pemerintahan kerajaan ini menyaksikan siasatan-siasatan dilaksanakan terhadap kedua-dua Liga Awami dan BNP, termasuk ketua-ketua parti Khaleda Zia dan Sheikh Hasina.[27][28] Pilihan raya seterusnya dijalankan pada 29 Disember 2008, dan Saikh Hasina memenangi pilihan raya tersebut lalu dilantik menjadi Perdana Menteri pada 6 Januari 2009.[29] Hasina seterusnya berjaya dalam pilihan-pilihan raya pada 2014 dan 2018, menjadikan beliau sebagai pemegang jawatan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Bangladesh.[30] Sungguhpun begitu, pilihan-pilihan raya tersebut dicemari dengan tuduhan korupsi undian.[31]

Pada 2017, pihak Bangladesh mula mengalami kemasukan para pelarian Rohingya dari Myanmar, dan setakat akhir dekad, kira-kira 740,000 orang pelarian masih menetap di Bangladesh.[32]

Geografi sunting

 
Tasik Boga di Bandarban, Bangladesh.

Bangladesh terletak di kawasan delta Sungai Ganges-Brahmaputra, delta sungai terbesar dunia.[33] Delta ini terbentuk daripada pertemuan Sungai Ganges (nama setempat Padma atau Pôdda), Brahmaputra (Jamuna atau Jomuna), Meghna, dan anak-anak sungai.

Sebahagian besar Bangladesh berada pada paras 12 meter di bawah paras laut, dan dipercayai sekitar 10% kawasan Bangladesh akan tenggelam jika paras laut naik sebanyak satu meter.[34]

Titik tertinggi Bangladesh dipercayai ialah Saka Haphong dengan ketinggian 1,064 meter yang terletak berdekaan sempadan Myanmar,[35] tetapi kebanyakan rujukan menetapkan Keokradong sebagai titik tertinggi negara.[36]

Iklim sunting

Iklim Bangladesh ialah iklim tropika dengan musim sejuk yang kurang ketara dan musim panas yang lembap. Bangladesh mengalami musim monsun yang panas dan lembap dari Jun hingga Oktober. Bencana-bencana alam yang sering melanda Bangladesh termasuklah banjir, siklon, puting beliung dan bena.[37]

Pentadbiran sunting

 
Peta daerah-daerah di Bangladesh.

Pembahagian pentadbiran sunting

Bangladesh terbahagi kepada lapan buah daerah (bibhag) yang dinamakan mengikut nama ibu kota setiap daerah, iaitu:[38]

  • Barisal
  • Chittagong
  • Dhaka
  • Khulna
  • Mymensingh
  • Rajshahi
  • Rangpur
  • Sylhet

Ekonomi sunting

Bangladesh secara umumnya ialah sebuah negara membangun.[39] Setakat 2019, anggaran KDNK nominal Bangladesh ialah AS$347.991 bilion (ke-39 terbesar dunia) manakala KDNK berdasarkan pariti kuasa beli mencatatkan angka AS$917.805 bilion (ke-29 terbesar dunia).[40] Ibu kota negara, Dhaka menempatkan dua pasaran saham, Bursa Saham Dhaka dan Bursa Saham Chittagong.

Pertanian Bangladesh merangkumi 14.2% KDNK negara, namun memberi pekerjaan kepada 42.7% penduduk bekerja di Bangladesh.[41] Hasil-hasil pertanian utama termasuklah beras dan jut, tetapi jagung dan sayur-sayuran lazim diberi perhatian yang lebih khusus. Teh pula ditaman di barat daya Bangladesh.[42]

Sektor perkilangan terbesar Bangladesh ialah industri penghasilan tekstil dan pakaian dengan angka eksport sebanyak AS$34.1 bilion pada 2017.[43] Penghasilan barangan kulit, terutamanya kasut ialah sektor eksport kedua terbesar. Industri farmaseutikal memenuhi 97% permintaan domestik negara dan dieksport ke banyak negara.[44][45] Industri pembinaan kapal juga berkembang pesat. Kapal-kapal Bangladesh dieksport ke pasaran Eropah.[46]

Demografi sunting

Bangladesh ialah negara dengan jumlah penduduk kelapan terbesar dunia. Angka jumlah penduduk Bangladesh adalah pelbagai mengikut rujukan, tetapi perangkaan PBB menetapkan jumlah penduduk Bangladesh ialah kira-kira 162.9 juta orang pada 2017. Negara ini ialah negara ketujuh paling padat di dunia daripada segi penduduk, dan merupakan negara yang paling padat penduduknya jika negara kecil dan negara kota tidak diambil kira.[47]

Bahasa sunting

Bahasa rasmi negara ialah bahasa Benggali yang ditulis dengan tulisan Benggali.[48] Sejak pewartaan Akta Pelaksanaan Bahasa Benggali pada 1987, kesemua urusan rasmi kerajaan negara wajib dilaksanakan dalam bahasa ini.[49] Bahasa Inggeris pula lazim digunakan dalam pengajian tinggi.

Bahasa Chakma ialah sebuah bahasa asli Bangladesh yang ditutur oleh etnik Chakma. Selain itu, bahasa-bahasa lain di Bangladesh ialah bahasa Garo, Manipur, Kokporok, Rakhine dan Santali. Kebanyakan bahasa ini ditulis dengan tulisan Benggali dan ada sesetengah bahasa yang menggunakan tulisan Rumi.

Agama sunting

Perlembagaan Bangladesh menetapkan negara ini sebagai negara sekular dan menjaminkan kebebasan beragama serta menetapkan agama Islam sebagai "agama Republik".[50]

Agama Islam dianuti oleh kira-kira 90% penduduk Bangladesh.[51] Kebanyakan penduduk Islam berada dalam aliran Ahli Sunah Waljamaah, namun terdapat juga pengikut aliran Syiah, Ahmadiyyah dan sufi. Di samping itu, kira-kira empat peratus daripada golongan Muslim Bangladesh adalah tidak bermazhab.

Agama Hindu pula dianuti oleh kira-kira 8.5% penduduk negara.[51] Penganut Buddha merangkumi 0.6% penduduk Bangladesh manakala penganut Kristian pula merangkumi 0.4% penduduk negara.[52]

Prasarana sunting

Pendidikan sunting

 
Bangunan jabatan kimia Universiti Dhaka.

Kadar celik huruf masyarakat Bangladesh ialah 72.9% pada 2018; 75.4% bagi golongan lelaki dan 70.09% bagi golongan perempuan. Secara umumnya, pendidikan di Bangladesh terbahagi kepada lima tahap, yakni tahap rendah (gred pertama ke kelima), menengah rendah (gred keenam ke kelapan), menengah (gred kesembilan dan ke-10), menengah tinggi (gred ke-11 dan ke-12) dan pendidikan tinggi.[53] Perlembagaan Bangladesh menjamin setiap kanak-kanak Bangladesh yang berumur enam hingga 10 tahun mendapat pendidikan asas percuma.

Pendidikan di Bangladesh lazimnya menggunakan bahasa Benggali sebagai bahasa pengantar, tetapi bahasa Inggeris juga diajar dan digunakan. Bahasa Arab juga digunakan di madrasah-madrasah di seluruh Bangladesh.[53]

Kebudayaan sunting

Masakan sunting

Makanan ruji masyarakat Bangladesh ialah beras serta pelbagai jenis sayur. Ikan pula ialah sumber protein utama penduduk negara. Masakan Bangladesh adalah serupa dengan masakan di Benggala Barat di India. Namun begitu, masakan Bangladesh lebih banyak menggunakan daging berbanding dengan masakan di Benggala Barat yang lebih berdasarkan vegetarian disebabkan oleh demografi majoriti Islam Bangladesh berbanding dengan demografi majoriti Hindu di bahagian India.

Rujukan sunting

  1. ^ "Article 3. The state language". The Constitution of the People's Republic of Bangladesh. bdlaws.minlaw.gov.bd. Ministry of Law, The People's Republic of Bangladesh. Dicapai pada 1 February 2017.
  2. ^ "CIA World Factbook 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-01. Dicapai pada 2007-07-30.
  3. ^ "Notation of song aaji bangladesher hridoy". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2015. Dicapai pada 10 September 2015.
  4. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 496. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 59. ISBN 979-459-416-4.
  5. ^ a b Bharadwaj, G (2003). "The Ancient Period". Dalam Majumdar, RC (penyunting). History of Bengal. B.R. Publishing Corp.
  6. ^ Blood, Peter R. (1989). "Early History, 1000 B.C.–A.D. 1202". Dalam Heitzman, James; Worden, Robert (penyunting). Bangladesh: A Country Study. Washington, DC: Federal Research Division, Library of Congress. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 17 Oktober 2010.
  7. ^ Eaton, R (1996). The Rise of Islam and the Bengal Frontier. University of California Press. ISBN 0-520-20507-3. OCLC 26634922 76881262 Check |oclc= value (bantuan).
  8. ^ Nanda, J. N. (2005). Bengal: the unique state. Concept Publishing Company. m/s. 10. ISBN 978-81-8069-149-2. Bengal [...] was rich in the production and export of grain, salt, fruit, liquors and wines, precious metals and ornaments besides the output of its handlooms in silk and cotton. Europe referred to Bengal as the richest country to trade with.
  9. ^ "Revisiting the Great Rebellion of 1857". 13 Julai 2014.
  10. ^ Ahmed, K. Anis (16 Ogos 2017). "Opinion – Why Do Bangladeshis Seem Indifferent to Partition?". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  11. ^ Abdul Hannan (28 Ogos 2017). "How Partition helped Muslims". Dhaka Tribune (Opinion). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  12. ^ a b Baxter, C (1997). Bangladesh, from a Nation to a State. Westview Press. ISBN 0-8133-3632-5. OCLC 47885632.
  13. ^ Muscat, Robert J. (2015). Investing in Peace: How Development Aid Can Prevent or Promote Conflict. Routledge. ISBN 978-1-317-46729-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2017. Dicapai pada 20 Januari 2017.
  14. ^ "Historic Six-Point Day today". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2012-06-07. Dicapai pada 2018-01-16.
  15. ^ "Six-point Programme - Banglapedia". en.banglapedia.org. Dicapai pada 2016-03-22.
  16. ^ "Six Points and June 7, 1966". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2013-06-07. Dicapai pada 2018-01-16.
  17. ^ Ray, Jayanta Kumar (2013). India's Foreign Relations, 1947–2007. Routledge. ISBN 978-1-136-19714-7.
  18. ^ Thorpe, Edgar (2012). The Pearson General Knowledge Manual. Pearson Education India. m/s. A.125. ISBN 978-81-317-6190-8.
  19. ^ LaPorte, R (1972). "Pakistan in 1971: The Disintegration of a Nation". Asian Survey. 12 (2): 97–108. doi:10.1525/as.1972.12.2.01p0190a.
  20. ^ Srinath Raghavan (2013). 1971. Harvard University Press. m/s. 247. ISBN 978-0-674-73127-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2017. Dicapai pada 20 Januari 2017.
  21. ^ Sheikh Mujib's Return to Bangladesh – January 10, 1972 Monday. NBC. 23 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2016. Dicapai pada 21 Disember 2015 – melalui Centre for Bangladesh Genocide Research.
  22. ^ David Lewis (2011). Bangladesh: Politics, Economy and Civil Society (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-139-50257-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2017.
  23. ^ "State of emergency announced in Dacca". The Tuscaloosa News (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 29 Disember 1974. m/s. 6A.
  24. ^ Karlekar, Hiranmay (2005). Bangladesh: The Next Afghanistan?. SAGE. m/s. 48. ISBN 9788178295527.
  25. ^ B.Z. Khasru. The Bangladesh Military Coup and the CIA Link. Rupa Publications India Pvt. Ltd. ISBN 978-81-291-3416-5.
  26. ^ "Bangladesh profile". BBC News. 13 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2018. Dicapai pada 19 September 2017.
  27. ^ "Former Bangladeshi PM arrested: reports". ABC News. 16 July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2018. Dicapai pada 26 December 2018.
  28. ^ "Ex-PM sued on corruption charges in Bangladesh". International Herald Tribune. 12 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2009. Dicapai pada 26 December 2018.
  29. ^ "Hasina takes oath as new Bangladesh prime minister". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2009. Dicapai pada 10 April 2020.
  30. ^ "Hasina's win makes her the longest serving PM of Bangladesh". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2018. Dicapai pada 9 April 2019.
  31. ^ Safi, Michael; Ahmed, Redwan (31 Disember 2018). "Bangladesh PM Hasina wins thumping victory in elections opposition reject as 'farcical'". The Guardian.
  32. ^ "Rohingya crisis: Bangladesh will no longer take in Myanmar refugees - BBC News". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Mac 2019.
  33. ^ Misachi, John (25 April 2017). "Where Is The Largest Delta in the World?". WorldAtlas, worldatlus.com.
  34. ^ Ali, A (1996). "Vulnerability of Bangladesh to climate change and sea level rise through tropical cyclones and storm surges". Water, Air, & Soil Pollution. 92 (1–2): 171–79. doi:10.1007/BF00175563 (Tidak aktif 2019-12-01).CS1 maint: DOI inactive as of Disember 2019 (link)
  35. ^ "World Country High Points". peakbagger.com. peakbagger.com.
  36. ^ "Bangladesh". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-09. Dicapai pada 2020-01-02.
  37. ^ Alexander, David E. (1999) [1993]. "The Third World". Natural Disasters. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers. m/s. 532. ISBN 978-0-412-04751-0.
  38. ^ "National Web Portal of Bangladesh". Bangladesh Government. 15 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 23 September 2015.
  39. ^ "World Economic Outlook Database, April 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 29 September 2019.
  40. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 16 Oktober 2019.
  41. ^ "CIA – The World Factbook". Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-09. Dicapai pada 5 Disember 2019.
  42. ^ "Background Note: Bangladesh". Bureau of South and Central Asian Affairs. Mac 2008. Dicapai pada 11 Jun 2008. This article incorporates text from this source, which is in the public domain.
  43. ^ "Balance of payments [Annual Data]". Bangladesh Bank. Dicapai pada 5 Disember 2019.
  44. ^ Hassan, Nazmul (26 Mac 2005). "Pharmaceutical Sector Growing Fast". Arab News. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2015. Dicapai pada 30 September 2015.
  45. ^ Lane, EJ (13 Februari 2015). "Bangladesh's drug industry meets nearly all domestic demand, eyes exports". Fierce Pharma Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2015.
  46. ^ Lakshmi, Aiswarya (10 Mac 2015). "Bangladesh Mulls Investments in Shipbuilding". Marinelink.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 17 Disember 2015.
  47. ^ "Population density – Persons per sq km 2010 Country Ranks". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2010. Dicapai pada 2 Oktober 2010.
  48. ^ Constitution of Bangladesh, Part I, Article 5.
  49. ^ "Bangla Bhasha Prachalan Ain, 1987" বাংলা ভাষা প্রচলন আইন, ১৯৮৭ (Bengali Language Implementation Act, 1987). bdlaws.minlaw.gov.bd. Dicapai pada 2019-04-22.
  50. ^ Bergman, David (28 Mac 2016). "Bangladesh court upholds Islam as religion of the state". Al Jazeera.
  51. ^ a b "Know Bangladesh". Government of Bangladesh. Government of Bangladesh. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2018. Dicapai pada 10 Oktober 2018.
  52. ^ "১০ বছরে ৯ লাখ হিন্দু কমেছে". prothom-alo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2014. Dicapai pada 3 Disember 2015.
  53. ^ a b T. Neville Postlethwaite (1988). The Encyclopedia of Comparative Education and National Systems of Education. Pergamon Press. m/s. 130. ISBN 978-0-08-030853-1.

Pautan luar sunting