Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru

Koordinat: 1°33′42″N 110°20′52″E / 1.561667°N 110.347778°E / 1.561667; 110.347778

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru terletak di Petra Jaya, Sarawak. Bangunan ini terletak di tebing Sungai Sarawak. Sehingga kini tujuh kali berpindah tempat.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak 2018

Perasmian sunting

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar menyatakan majlis perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009 . Perasmian ini merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua 11 Sultan dan Ketua Negeri atau wakil masing-masing. Acara pertunjukan bunga api dan regatta serta perarakan bot berhias diadakan di Sungai Sarawak.

Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja ke-218 pada 28 Julai 2009 diadakan di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November 2009.

Perarakan kapal berhias sunting

Acara perarakan kapal berhias diadakan di Tebingan Sungai Sarawak.Sebanyak 21 kapal berhias dari pelbagai jabatan, agensi dan badan berkanun kerajaan negeri Sarawak mengambil bahagian . Diikuti pertunjukan bunga api selama 15 minit.

Turut hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin , Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultan Selangor dan Sultan Sharafuddin Idris Shah. Lebih 10,000 penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara turut menyaksikan acara itu.

Selain itu Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan lain-lain kenamaan.[1]

Ciri-ciri fizikal sunting

Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Dewan ini bakal menjadi mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia.Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Haahh

Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya.

Speaker sunting

Asfia merupakan speaker ke-9 dan yang paling lama menyandang jawatan itu sejak 33 tahun lalu.

Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar menulis buku bertajuk "Perubahan dan Kesinambungan" tentang latar belakang sejarah DUN Sarawak .Institut Arkitek Malaysia turut melancarkan buku bertajuk "Bangunan Baru DUN Sarawak - Simbol Kedaulatan Rakyat".

Sejarah perpindahan sunting

Tempat persidangan pertama sunting

DUN Sarawak mulanya dikenali sebagai Majlis Umum hingga 1903 di Bintulu apabila mesyuarat sulungnya berlangsung pada 8 September 1867 di sebuah bangunan kayu. Bintulu merupakan wilayah terakhir yang diambil oleh Kesultanan Brunei, manakala daerah Kuching yang ada sekarang, dikenali sebagai Sarawak ketika itu.

(Rajah) James Brooke pernah menyembunyikan diri ketika pemberontak menyeberangi sungai dalam Pemberontakan Bau dan pertukaran meriam antara Raja Muda Hashim, Pengiran Indera Makkota dan Brooke sebagai pelawat dari England di Kampung Bedil Besar yng berhampiran.

Fort Brooke sunting

Majlis Umum mengadakan mesyuarat keduanya di Fort Brooke di Sibu pada 15 Jun, 1868, iaitu yang dikenali sebagai venue luar kawasan terakhir.

Astana sunting

Venue ketiga persidangan DUN Sarawak ialah Astana mulai Oktober 1870

Bangunan Mahkamah sunting

Venue keempat ialah di Bangunan Mahkamah mulai 22 Julai, 1918, yang ketika itu sudah dikenali sebagai Council Negeri Sarawak.

Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak sunting

"Venue ke-5 Council Negeri diadakan di Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak . Mereka mengadakan mesyuarat kali ke-106 pada 28 Disember 1973.

Kompleks Council Negeri Sarawak sunting

Venue ke-6 diadakan di Kompleks Council Negeri Sarawak, Petra Jaya,Sarawak. Yang di-Pertuan Agong merasmikan venue ini pada 17 Ogos 1976.Kompleks ini akan dijadikan Pusat Seni di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Perbandaran.[2]

Rujukan sunting