Bank Pembangunan Islam

Bank Pembangunan Islam atau (Inggeris:Islamic Development Bank) merupakan satu institusi pembangunan kewangan pelbagai hala terletak di Jeddah, Arab Saudi. Cadangan penubuhan bank ini berlaku ketika penemuaan menter-menteri kewangan negara-negara Islam di Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang pertama pada 18 Disember 1973, bersamaan 23 Zulkaedah 1393 Hijrah. Aktiviti bank bermula pada 20 Oktober 1975, bersamaan 15 Syawal 1395 Hijrah. Terdapat 56 negara sebagai pemegang saham di dalam bank ini.

Islamic Development Bank
Jenis/bentuk sahBank Pembangunan
IndustriKewangan
Ditubuhkan1975
Ibu pejabatJeddah, Arab Saudi
Tokoh pentingAhmad Mohamed Ali Al-Madani, Presiden
Bilangan kakitangan932
Syarikat indukPertubuhan Kerjasama Islam Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.isdb.org
Facebook: isdbgroup Twitter: isdb_group Instagram: isdb_stories LinkedIn: islamic-development-bank Youtube: UC4lRLKYmzVz3BcA26bp_83w Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Selain Jeddah menjadi pusat operasi, Bank Pembangunan Islam juga terdapat pejabat-pejabat serantau yang terletak di Rabat,Maghribi; Kuala Lumpur, Malaysia;Almaty, Kazakhstan dan Dakar, Senegal. Bank ini juga mempunyai wakil bidang dari negara-negara seperti Afghanistan, Azerbaijan, Bangladesh, Guinea Conakry, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Sudan, Uzbekistan dan Yemen.

Pemegang Saham sunting

Arab Saudi merupakan sebagai pemegang saham yang terbesar di bank ini.[1] Libya merupakan negara kedua pemegang saham terbesar, manakala Iran yang ketiga terbesar.

Berikut adalah pemegang-pemegang saham yang lain (mengikut benua dan turutan nilai saham yang dipegang):

Afrika Asia Amerika Selatan Eropah
  1. Nigeria
  2. Algeria
  3. Mesir
  4. Algeria
  5. Maghribi
  6. Sudan
  7. Gabon
  8. Senegal
  9. Cameroon
  10. Guinea
  11. Burkina Faso
  12. Niger
  13. Uganda
  14. Benin
  15. Tunisia
  16. Mali
  17. Chad
  18. Mauritania
  19. Gambia
  20. Mozambique
  21. Djibouti
  22. Guinea-Bissau
  23. Sierra Leone
  24. Somalia
  25. Togo
  26. Comoros
  27. Cote d'Ivoire
  1. U.A.E.
  2. Qatar
  3. Kuwait
  4. Pakistan
  5. Indonesia
  6. Malaysia
  7. Bangladesh
  8. Yemen
  9. Jordan
  10. Oman
  11. Iraq
  12. Brunei
  13. Bahrain
  14. Palestine
  15. Kazakhstan
  16. Syria
  17. Azerbaijan
  18. Afghanistan
  19. Lebanon
  20. Kyrgyzstan
  21. Maldives
  22. Tajikistan
  23. Turkmenistan
  24. Uzbekistan
  1. Suriname
  1. Turkey
  2. Albania

Malaysia sebagai Ahli Lembaga sunting

Ibu pejabat Bank Pembangunan Islam bagi rantau Asia Pasifik, terletak di Menara Bank Pembangunan,Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan. Wakil Malaysia menjadi Lembaga Pengarah Eksekutif, dikerusi oleh Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Mahathir mempengerusikan Suruhanjaya Wawasan 1440H Bank Pembangunan Islam yang dibentuk pada 5 Februari 2005.

Pautan Luaran sunting

1. Laman Sesawang Rasmi Islamic Development Bank (Inggeris)

Rujukan sunting

  1. ^ "IDB Member Countries". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-28. Dicapai pada 2021-08-16.