Bank pusat atau bank rizab merupakan badan yang bertanggungjawab untuk polisi kewangan sesebuah negara atau kumpulan negeri-negeri ahli. Antara tanggungjawab utama bank pusat adalah mengekalkan kestabilan mata wang negara dan bekalan wang, mengawal kadar faedah dan bertindak sebagai peminjam terakhir kepada sektor bank ketika krisis kewangan. Bank pusat berkemungkinan juga mempunyai kuasa penyelia untuk memastikan bank dan institusi kewangan tidak bertindak sembrono atau melakukan penipuan dalam aktiviti perniagaan mereka.