Banteng (bahasa Inggeris: banteng) ialah sejenis lembu yang didapati di Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Borneo, Java, dan Bali. Nama sainsnya Bos banteng. Beberapa ekor Banteng telah dibawa masuk ke Australia utara semasa penjajahan British pada tahun 1849.

Banteng (lembu)
frames
Pengelasan saintifik


Sifat fizikal sunting

Banteng membesar sehingga ketinggian 1.6 meter pada bahunya dan panjangnya ialah 2.3 meter. Berat banteng jantan adalah antara 680 - 810 kilogram, tetapi berat banteng betina adalah lebih ringan. Bagaimanapun, berat sesetengah banteng yang amat besar mencapai hampir satu tan.

Banteng berwarna putih pada bahagian bawah kaki, dan bahagian pinggulnya, serta tompok-tompok putih di sekeliling mata dan muncungnya. Bagaimanapun, terdapat dimorfisme jantina yang amat besar. Banteng jantan mempunyai kulit yang hitam-biru atau perang berangan, tanduk panjang yang melengkung ke atas, serta ponok pada dahunya. Sebaliknya, banteng betina mempunyai kulit yang perang kemerah-merahan, tanduk kecil yang melengkung ke dalam, dan tidak berponok.

Banteng hidup di dalam hutan jarang dan makan rumput, buluh, daun, dan dahan muda. Secara amnya, banteng adalah aktif pada kedua-dua siang dan malam, tetapi di tempat yang terdapat manusia, binatang ini mengamalkan hidup nokturnal. Banteng cendurung berkumpul dalam kawanan sebanyak dua hingga tiga puluh ekor.

Banteng telah diternakan di beberapa tempat di Asia Tenggara, dan terdapat di sekitar 1.5 juta ekor banteng ternakan. Banteng liar dan banteng ternakan boleh membiak, dan anak-anaknya biasanya subur.

Pada Februari 2005, bilangan banteng di Semenanjung Cobourg ialah 10,000 ekor dan oleh itu, menyebabkan bilangan banteng di Wilayah Utara, Australia merupakan kelompok banteng yang terbesar di dunia. Bagaimanapun, dalam habitat aslinya, bilangan kawanan banteng yang terbesar adalah kurang daripada 500 ekor.

Pautan luar sunting