Batas merujuk kepada tapak tanah yang telah ditinggikan yang mempunyai tinggi, lebar dan panjang (timbunan tanah) tanah yang digunakan dalam pertanian atau perkebunan. Batas biasanya digunakan bagi memastikan tanaman sayuran tidak tenggelam dalam air yang bergenang atau juga digunakan sebagai pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi.

Biasanya batas padi ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.

Kepala batas pula bermaksud bahagian depan sawah padi.