Batu Bersurat Padang Roco

Batu Bersurat Padang Roco adalah sebuah batu bersurat dengan tarikh 1286 M, yang ditemukan di Padang Roco, Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat, Indonesia. Pada tahun 1911 di kawasan tersebut juga ditemukan sebuah alas arca Amoghapāśa yang pada empat sisinya terdapat manuskrip (NBG 1911: 129, 20e). Manuskrip ini dipahatkan 4 baris tulisan dengan aksara Jawa Tua, dan memakai dua bahasa iaitu bahasa Melayu Tua dan bahasa Sanskrit (Krom 1912, 1916; Moens 1924; dan Pitono 1966).

Arca Amoghapasa terukir di bagian depan batu bersurat.

Kandungan dari manuskrip itu diterjemahkan[1]:

  1. Bahagia ! Pada tahun Śaka 1208[2], bulan Bādrawāda, hari pertama bulan naik, hari Māwulu wāge, hari Kamis, Wuku Madaņkungan, letak raja bintang di baratdaya ...
  2. .... tatkalai itulah arca paduka Amoghapāśa lokeśwara dengan empat belas pengikut serta tujuh ratna permata dibawa dari bhūmi jāwa ke swarnnabhūmi, supaya ditegakkan di dharmmāśraya,
  3. sebagai hadiah śrī wiśwarūpa kumāra. Untuk tujuan tersebut pāduka śrī mahārājādhirāja kŗtanagara wikrama dharmmottunggadewa memerintahkan rakryān mahā-mantri dyah adwayabrahma, rakryān śirīkan dyah sugatabrahma dan
  4. samagat payānan hań dīpankaradāsa, rakryān damun pu wīra untuk menghantarkan pāduka Amoghapāśa. Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu, termasuk brāhmaņa, ksatrya, waiśa, sūdra dan terutama pusat segenap para āryya, śrī mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmmadewa.

Rujukan sunting

  1. ^ Muljana, Slamet, 1981, Kuntala, Sriwijaya Dan Suwarnabhumi, Jakarta: Yayasan Idayu, hlm. 223.
  2. ^ bererti 1286 Masihi