Batu kapur atau Gamping (CaCO
3
) merupakan sejenis batuan enapan yang terdiri daripada mineral kalsit, aragonit dan dolomit iaitu bentuk hablur kalsium karbonat hasil sisa tinggalan organisma laut[1] seperti tulang cengkerang dan karang yang terlarut dalam air; galian dalam sisa terlarut ini boleh memendak dari larutan di dasar lautan sebagai kelodak pelagik baik secara semula jadi (biasanya dalam tempoh selama 540 juta tahun) mahupun tidak.[2]

Batu kapur di Plato Cumberland, Tennessee
Batu kapur dengan fosil

Batuan ini terdapat dalam batu karbonat iaitu 20% hingga 25% batu enapan yang ada di bumi.[2][3]

Kalsit sekunder juga dapat didepositkan oleh air meteorik tersupersaturasi (air tanah yang mengendapkan material di gua). Ini menghasilkan speleothem seperti stalagmit dan stalaktit. Bentuk yang lebih jauh terbentuk dari Oolite (batu kapur Oolitik) dan dapat dikenali dengan penampilannya yang granular. Batu kapur membentuk 10% dari seluruh isipadu batuan sedimen.

Rujukan sunting

  1. ^ Ling Nan Ley, penyunting (2015). Menyingkap Kepelbagaian Geologi Malaysia: Batuan, Mineral dan Fosil. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. m/s. 42–43. ISBN 978-967-0159-25-6.
  2. ^ a b Boggs, Sam (2006). Principles of sedimentology and stratigraphy (ed. ke-4). Upper Saddle River, N.J.: Pearson Prentice Hall. m/s. 159, 177, 181. ISBN 0131547283.
  3. ^ Blatt, Harvey; Tracy, Robert J. (1996). Petrology : igneous, sedimentary, and metamorphic (ed. 2nd). New York: W.H. Freeman. m/s. 295–300. ISBN 0716724383.