Batu kecubung atau ametis ialah sebuah varieti kuarza berwarna lembayung seakan warna bunga kecubung yang memberi nama kepadanya; ia kerap digunakan sebagai perhiasan.

Batu kecubung
Ametis

Gugusan batu kecubung dari Magaliesburg, Afrika Selatan.
Maklumat am
Kategorimineral oksida
Formula kimiaSilika (silikon dioksida, SiO2)
Pengecaman
WarnaUngu, lembayung
Tabii hablurPrisma bersisi 6 berakhir dalam piramid bersisi 6 (biasa)
Sistem hablurTrigon
PengembaranHukum Dauphine, hukum Brazil, dan hukum Jepun
PembelahanTiada
FrakturKonkoidal
Kekerasan skala Mohs7–bawah dalam jenis tidak tulen
KilauKekaca/berkaca
Indeks biasannω = 1.543–1.553
nε = 1.552–1.554
Sifat-sifat optikEkapaksi (+)
Dwibiasan+0.009 (selang B-G)
PleokroismeTiada
GurisPutih
Graviti tentu2.65 malar; berubah dalam jenis tidak tulen
Takat lebur1650±75 °C
Keterlarutantidak larut dalam pelarut biasa
Diafaneiti Lut sinar ke lut cahaya
Ciri-ciri lainPiezoelektrik

Batu permata ini pernah dianggap sama nilai tingginya dengan seberapa galian lain seperti berlian, nilam, rubi dan zamrud namun merosot dengan penemuan baru sumber batu yang agak banyak di lokasi-lokasi baharu seperti Brazil pada abad ke-18.[1]

Sifat sunting

Kuarza (SiO2) ini memunculkan warna ungunya hasil penyinaran serta kehadiran surihan besi dan logam atau unsur lain mewujudkan binaan yang berkisi-kisi dalam hablur asas.[2][3][4] Batu ini adakala akan menampakkan satu atau dua rona sekunder seperti warna biru dan merah.[5]

Tahap keras batu ini sama dengan jenis-jenis kuarza umum yang lain.

Hubungan dengan manusia sunting

Kepercayaan sunting

Masyarakat Yunani Purba percaya bahawa batu ini mampu menghalang kemabukan[6][7] sehinggakan bekas minuman sering diukir daripada ketulan-ketulan batu ini. Hal ini turut tercermin pada nama lain batu ini, "ametis" yang datang daripada bahasa Yunani Koine ἀμέθυστος amethystos menggabungkan ἀ- a-, "tidak" dan μεθύσκω methysko atau μεθύω methyo, "memabukkan".

Batu ini dikaitkan dengan Februari dalam adat dunia Barat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Geary, T.F.; Whalen, D. (2008). The Illustrated Bead Bible: Terms, Tips & Techniques. Sterling Pub. m/s. 69. ISBN 9781402723537. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 2015-07-19.
  2. ^ Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (ed. ke-2). Butterworth–Heinemann. ISBN 0080379419. Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  3. ^ Fernando S. Lameiras; Eduardo H. M. Nunes; Wander L. Vasconcelos (2009). "Infrared and Chemical Characterization of Natural Amethysts and Prasiolites Colored by Irradiation". Materials Research. 12 (3): 315–320. doi:10.1590/S1516-14392009000300011.
  4. ^ O'Donoghue, Michael (2006). Gems (ed. ke-6). Butterworth-Heinemann. ISBN 978-0-7506-5856-0.
  5. ^ "Amethyst: The world's most popular purple gemstone". geology.com. Dicapai pada 2017-08-29.
  6. ^ Marcell N. Smith (1913), Diamonds, Pearls and Precious Stones Griffith Stillings Press, Boston, Mass., p. 74
  7. ^   Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamRudler, Frederick William (1911). "Amethyst". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 852.

Templat:Commons+cat

Templat:Perhiasan Templat:Silica minerals