Bayaran kesesakan London

Bayaran kesesakan London adalah satu bayaran yang dikenakan pada beberapa kategori kenderaan bermotor yang yang berada di atas jalan raya pada waktu-waktu tertentu di dalam Zon Bayaran Kesesakan, sebuah kawasan trafik di London. Bayaran ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan, dan meningkatkan tabung pelaburan bagi sistem pengangkutan di London. Zon ini telah diperkenalkan di tengah London pada 17 Februari 2003, dan diperluaskan ke bahagian barat London pada 19 Februari 2007. Meskipun ini bukan merupakan kali pertama sistem sebegini digunakan di United Kingdom, sistem ini adalah yang terbesar semasa ia diperkenalkan, dan masih lagi merupakan yang terbesar di dunia. Beberapa di dunia mengambil bayaran kesesakan London sebagai rujukan apabila ingin mewujudkan sistem mereka.

Penanda jalan di Old Street, dengan lambang bulatan merah-putih dengan huruf C bagi mengingatkan pemandu.

Bayaran standard adalah £10 bagi satu hari, untuk setiap kenderaan yang tidak mendapat pengecualian yang berada di dalam zon pada jam 07:00 and 18:00 (pada hari Isnin-Jumaat sahaja); satu denda sekitar £60 dan £180 akan dikenakan bagi bayaran yang tidak dibuat. Pada 4 Januari 2011 beberapa bayaran dikenakan berdasarkan nasihat awam yang dilakukan pada tahun 2008, yang mana termasuk membuang perluasan di Zon Barat, bayaran dinaikkan bermula pada £8 hingga £10, dan memperkenalkan sistem bayaran automatik.[1] Transport for London (TfL) adalah pihak yang dilantik untuk menguruskan bayaran ini; Capita Group pula mengoperasikannya secara kontrak sehingga 31 Oktober 2009, dan diambil alih oleh IBM pada 1 November 2009. Sistem ini dilaksanakan berdasarkan sistem automatik menggunakan pengenalan nombor plat automatik.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TfL2011 tidak disediakan

Pautan luar sunting