Bayezid II (3 Disember, 1447 – 26 Mei 1512) (bahasa Turki Uthmaniyyah: بايزيد ثانى Bāyezīd-i sānī, bahasa Turki:II.Bayezid atau II.Beyazıt) merupakan putera sulung dan pengganti kepada Mehmed II, memerintah sebagai Sultan kerajaan Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1481 hingga tahun 1512. Semasa pemerintahannya, Bayezid II telah menyatukan Empayar Uthmaniyah dan menghapuskan pemberontakan dinasti Safavid sebelum menyerahkan takhtanya kepada puteranya, iaitu Selim I.

   Bayezid II
Sultan Uthmaniyyah
Tempoh pemerintahan1481–1512
TempohPerkembangan Empayar Uthmaniyah
Nama penuhSultan Bayezid II
Didahului olehMehmed II
Diikuti olehSelim I
Kerabat DirajaKerabat Osman
DinastiDinasti Uthmaniyyah
Kepercayaan agamaIslam

Kehidupan Awal sunting

Bayezid II telah dilahirkan di Istana Dimetoka (sekarang Didymoteicho) di Thrace sebagai putera kepada Mehmed II (1451–81) dan Permaisuri Amina Gul-Bahar atau Gulbahar Khatun yang berbangsa Kristian Albania, yang meninggal dunia pada 1492.[1][2] Bayezid II berkahwin dengan Ayşe Hatun yang berbangsa Yunani merupakan bonda kepada Selim I.

Perebutan Takhta sunting

Bayezid II telah terlibat di dalam pertelingkahan dengan adik lelakinya Cem, yang ingin merebut takhta dan membawa balik ketenteraan dari Mamluks di Mesir. Selepas ditewaskan oleh tentera abangnya, Cem mendapatkan perlindungan daripada Kesatria dari St. John di Rhodes. Akhirnya Kesatria telah menyerahkan Cem kepada Paus Innocent VIII (1484-1492). Pope merancang untuk menggunakan Cem sebagai alat untuk mengusir orang Turki dari Eropah, tetapi rancangan ini gagal. Cem telah dihukum dan mati di dalam penjara Neapolitan.

Pemerintahan sunting

Bayezid II menaiki takhta kerajaan pada 1481.[3] Seperti ayahandanya, Bayezid II adalah seorang penaung kebudayaan Timur serta Barat. Tidak seperti Sultan yang lain, baginda bekerja keras untuk memastikan politik domestik berjalan dengan lancar di mana beliau digelar " Yang Bijaksana". Semasa pemerintahannya, Bayezid II telah terlibat di dalam beberapa kempen peperangan untuk menakluk Republik Venice- , meneliti dengan tepat wilayah ini sebagai kunci untuk pangkalan angkatan tentera laut Uthmaniyah di timur Mediterranean. Pertempuran terakhir ini tamat pada 1501 dengan Bayezid II berjaya menguasai gereja di Mistra dan Monemvasia. Bayezid juga bertanggungjawab di dalam perkembangan intelektual tamadun Islam, seperti mengeluarkan rang undang-undang di dalam bahasa Arab dan Turki, yang sah di dunia Islam sehingga tahun 1729 [4].

Pemberontakan di Timur, seperti pemberontakan Kizil Bash, banyak membawa masalah kepada pemerintahan Bayezid II dan selalu disokong Shah di Parsi, Ismail, yang ingin melantik Islam Syiah untuk menjatuhkan kekuasaan wilayah kerajaan Uthmaniyah. Kekuasaan Uthmaniyah di Anatolia telah diserang beberapa kali dan di satu masa Perdana Menteri kepada Bayezid II iaitu Ali Pasha telah terbunuh di dalam pertempuran untuk menghapuskan pemberontakan.

Pengganti sunting

Pada 14 September 1509, Constantinople[5][6] telah musnah di dalam kejadian gempa bumi. Tahun-tahun terakhir Bayezid II telah dicemari dengan pertempuran pengganti di antara puteranya iaitu Selim I dan Ahmed. Ahmed yang merupakan putera sulung di antara kedua adik beradik itu, telah menang di dalam pertempuran dengan Turki Karaman dan sahabat Safavid di Asia Kecil dan melangkah ke Istanbul untuk menuntut haknya. Kerana bimbangkan keselamatannya, Selim telah menimbulkan pemberontakan di Thrace tetapi dapat dipatahkan oleh Bayezid dan dipaksa berundur ke Crimea. Bayezid II bimbang yang Ahmad mungkin akan membunuhnya untuk mengambil alih takhta, lalu tidak membenarkan puteranya untuk memasuki Constantinople.

Selim telah kembali dari Crimea dan dengan disokong oleh tentera Janissari, beliau berjaya menewaskan abangnya Ahmed. Kemudian Bayezid II telah menyerahkan takhtanya kepada Selim pada 25 April 1512. Bayezid II berlepas untuk persaraannya di Demotika, tetapi baginda telah mangkat pada 26 Mei 1512 di Chekmece sebelum sampai ke destinasinya, hanya sebulan selepas penyerahan tersebut. Baginda telah dimakamkan bersebelahan dengan Masjid Bayezid di Istanbul.

Nota sunting

  1. ^ Edmonds, Anna. Turkey's religious sites. Damko. m/s. 1997. ISBN 9758227009.
  2. ^ Babinger, Franz (1992). Mehmed the Conqueror and His Time. Princeton University Press. m/s. 51. ISBN 0691010781.
  3. ^ "Sultan Bajazid's (i.e., Beyazit's) Mosque, Constantinople, Turkey". World Digital Library. 1890–1900. Dicapai pada 2013-10-19.CS1 maint: date format (link)
  4. ^ Palmer, Michael. The Last Crusade: Americanism and the Islamic Reformation, Washington, D.C. (Potomac Books, 2007), 84.
  5. ^ The Encyclopædia Britannica, Vol.7, Edited by Hugh Chisholm, (1911), 3; Constantinople, the capital of the Turkish Empire...
  6. ^ Britannica, Istanbul:When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.

Rujukan sunting

  • Sidney Nettleton Fisher. "The foreign relations of Turkey (1481-1512)" (PDF). Utrecht University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2004-11-17.
  •   This article incorporates text from a publication now in the public domainSinger, Isidore; dll., penyunting (1901–1906). "Bajazet II". The Jewish Encyclopedia. New York: Funk & Wagnalls. Cite has empty unknown parameters: |HIDE_PARAMETER4b=, |HIDE_PARAMETER30=, |HIDE_PARAMETER5b=, |HIDE_PARAMETER3b=, |HIDE_PARAMETER2e=, |HIDE_PARAMETER3d=, |HIDE_PARAMETER2c=, |HIDE_PARAMETER3e=, |HIDE_PARAMETER33=, |HIDE_PARAMETER1b=, |HIDE_PARAMETER32=, |HIDE_PARAMETER4c=, |HIDE_PARAMETER2b=, |HIDE_PARAMETER31=, |HIDE_PARAMETER29=, |HIDE_PARAMETER3a=, |HIDE_PARAMETER1c=, |HIDE_PARAMETER1=, |HIDE_PARAMETER28=, |HIDE_PARAMETER26=, |HIDE_PARAMETER25=, |HIDE_PARAMETER3=, |HIDE_PARAMETER4f=, |HIDE_PARAMETER4=, |HIDE_PARAMETER2=, |HIDE_PARAMETER34=, |HIDE_PARAMETER5f=, |HIDE_PARAMETER4a=, |HIDE_PARAMETER3c=, |HIDE_PARAMETER3f=, |HIDE_PARAMETER2f=, |HIDE_PARAMETER1f=, |HIDE_PARAMETER5e=, |HIDE_PARAMETER5=, |HIDE_PARAMETER4e=, |HIDE_PARAMETER5a=, |HIDE_PARAMETER5d=, |HIDE_PARAMETER4d=, |HIDE_PARAMETER1d=, |HIDE_PARAMETER2a=, |HIDE_PARAMETER2d=, |HIDE_PARAMETER5c=, |HIDE_PARAMETER1e=, |HIDE_PARAMETER6=, |HIDE_PARAMETER1a=, dan |HIDE_PARAMETER7a= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting


Bayezid II
Tarikh keputeraan: 3 Disember 1447 Tarikh kemangkatan: 26 Mei 1512
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Mehmed II
Sultan Uthmaniyyah
3 Mei 1481 – 25 April 1512
Diikuti oleh:
Selim I