Bebaling (Bahasa Jerman, Bahasa Inggeris: Propeller, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Portugis: Hélice) atau baling-baling ialah sejenis alat mekanikal berbentuk kipas yang memindahkan kuasa dengan menukar daya putaran menjadi daya tujahan. Ia digunakan untuk menggerakkan kapal terbang, kapal, kapal selam ataupun bendalir di dalam pam. Ia terdiri daripada satu atau lebih bilah yang beroperasi seperti skru atau sayap yang berputar. Apabila tekanan berbeza antara permukaan depan dan belakang bilah dihasilkan, air atau udara akan memecut di belakang bilah yang akan menghasilkan daya tujahan. Prinsip dinamik bebaling adalah berdasarkan model prinsip Bernoulli dan hukum ketiga Newton.

Bebaling kapal terbang.

Garis pusat bebaling sunting

 
Garis pusat bebaling kapal terbang.

Garis pusat (diameter) bebaling ditakrifkan sebagai "Dua kali jarak dari pusat hab bebaling hingga ke hujung bilah" [1].

Nisbah mara kipas (propeller advance ratio) sunting

Nisbah mara kipas,   dikira menggunakan rumus berikut:

 

di mana

  ialah halaju arus bebas (freestream velocity)
  ialah laju putaran kipas (propeller rotational speed)
  ialah garis pusat bebaling

Komponen bebaling sunting

Sistem antiais bebaling (propeller anti-icer) sunting

Sistem dalam kapal terbang yang mengawal aliran alkohol dan gliserin di sepanjang sibar haluan bilah bebaling bagi mengelakkan pembentukan ais pada bilah. [1]

Hab bebaling (propeller hub) sunting

Bahagian tengah bebaling yang menjadi tempat untuk melekatkan bilah pada bebaling. Bahagian ini juga melekatkan bebaling ke enjin. [1]

 
Bebaling Kapal Laut

Brek bebaling (propeller brake) sunting

Brek geseran yang digunakan pada enjin turboprop untuk mengelakkan bebaling daripada berputar semasa penerbangan serta ketika pesawat berada dalam kedudukan suai anggul untuk mencegah berlaku kinciran semasa enjin dalam operasi malar. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. "Bebaling", Diperoleh 22 Mei 2011.

Pautan luar sunting