Beduk (Jawi: بدوق) atau tabuh (Jawi: تابوه) merupakan sebuah gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu solat di surau atau masjid pada zaman dahulu di serata rantau Nusantara, Asia Tenggara; ia juga digunakan sebagai alat muzik semasa upacara rasmi pada suatu masa dahulu. Alat ini sering dipukul mengikut rentak yang semakin menaik lajunya atau accelerando.[1]

Gambar beduk

Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada bingkai kayu batang pokok nangka yang ditebuk, dan hanya sebelah bukaan dipasang kulit baik dari lembu atau kerbau.[1][2]

Beduk yang digantung di bawah garaj di Masjid Ubudiah, Ulu Dong, Pahang. Beduk ini mempunyai satu bukaan yang memanjang di sisinya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Beduk". Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2021.
  2. ^ Muhaimin, Abdul Ghoffir (2006). The Islamic traditions of Cirebon: ibadat and adat among Javanese Muslims. ANU E Press. ISBN 978-1-920942-30-4.

Pautan luar sunting