Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara"; Mengenai audio inisebutan ), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.[1]

Běijīng
بيجيڠ
北京
Ibu kota
Kuil Syurga di Beijing
Kuil Syurga di Beijing
Kedudukan dalam China
Kedudukan dalam China
NegaraRepublik Rakyat China
Jumlah Bahagian Peringkat Negara18
Jumlah Bahagian Pekan273
Mula diduduki~ 473 SM
Kerajaan
 • CPC BeijingSetiausaha Jawatankuasa Liu Qi
 • Datuk BandarWang Qishan
Keluasan
 • Ibu kota16,808 km2 (6,490 batu persegi)
Aras
43.5 m (142.7 ft)
Penduduk
 (2004)
 • Ibu kota14,930,000 (ke−26)
 • Kepadatan888/km2 (2,300/batu persegi)
 • Urban
kira-kira 7.5 juta
 • Kedudukan Kepadatan Munisipaliti
4
 • Kaum-kaum
Han - 96%
Manchu - 2%
Hui - 2%
Mongol - 0.3%
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai China)
Poskod
100000 - 102600
Kod kawasan+86/10
Nombor kenderaan京A, C, E, F, H, J, K
京B (teksi)
京G (luar kawasan bandar)
京O (polis dan pihak berkuasa)
京V (ibu pejabat tentera
& kerajaan pusat)
ISO 3166-2cn-11
KDNK (2004)CNY 428.3 bilion
 - per kapitaCNY 28,700
HDI (2005)0.882 — tinggi
Laman sesawangwww.beijing.gov.cn
www.ebeijing.gov.cn
Pokok bandar
Arborvitae Cina (Platycladus orientalis)
Pokok pagoda (Sophora japonica)
Bunga bandar
Kekwa (Chrysanthemum morifolium)
Mawar Cina (Rosa chinensis)

Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai,[2] dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar,[3] dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni .[3] Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China,[2] manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi.[4] Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya.[5] Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara.[6] Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China.[5] Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.

Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama.[6] Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia",[7] dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.

Sejarah sunting

 
Taman Beihai, sebuah taman bekas empayar yang luas di pusat Beijing.
 
Taman Botani Beijing

Petempatan manusia telah wujud di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Pada Zaman Perang Negeri (476 SM - 221 SM), bandar Ji diasaskan sebagai ibu kota negara Yan di kawasan ini. Selepas kejatuhannya,

berturut-turut memerintah Beijing. Semasa Dinasti Tang (618907) pula, ia menjadi pusat pemerintahan Fanyang, seorang pemerintah tentera Hebei. Selepas Pemberontakan An Shi yang dilancarkan oleh An Lushan di Beijing pada 755, kerajaan pusat Dinasti Tang mula merosot dan hilang kuasanya terhadap wilayah-wilayah di luar Beijing. Kawasan Beijing kemudian dikuasai oleh Dinasti Liao (9161125), disusuli oleh Dinasti Jin (11151234), yang menamainya Zhongdu. Zhongdu dimusnahkan oleh tentera Mongol pada 1215, lalu dibina semula oleh Kublai Khan (12601294) yang menamainya sebagai Khanbaliq atau Dadu dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan Dinasti Yuan (12711368).

Pada 1403, semasa pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja Yongle memindahkan ibu kotanya dari Nanjing ke Beijing dan menamainya "Beijing" buat kali pertama. Berikutan itu, Kota Larangan serta tembok kota dibina dan mula memberikan rupa Beijing hari ini.

Pada 1644, orang Manchu menggulingkan maharaja Ming yang terakhir dan mengasaskan Dinasti Qing (1644 - 1911). Semasa pemerintahan Qing, Beijing kekal sebagai ibu kota China dan menyaksikan pertempuran seperti Pemberontakan Boxer (1900) dan Revolusi Xinhai (1911). Bagaimanapun, penamatan sistem pemerintahan beraja dan pengasasan Republik China tidak mengubah status Beijing sebagai pusat pemerintahan. Namun, selepas kematian Yuan Shikai (18591916), China, termasuk Beijing, telah direbut-rebut oleh para hulubalang.

Jepun menceroboh Beijing pada 29 Julai 1937 dan mendudukinya sehingga keakhiran Perang Dunia II di China pada 15 Ogos 1945. Meskipun demikian, penamatan perang itu mencetuskan semula Perang Saudara China antara Kuomintang (Parti Nasionalis) dan Parti Komunis China (CPC). Pada 31 Januari 1949, CPC di bawah pimpinan Mao Zedong menguasai Beijing dan mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China di Dataran Tiananmen di Beijing, dengan Beijing dijadikan ibu negara pada 1 Oktober tahun itu.

Geografi dan iklim sunting

Beijing terletak di hujung utara Dataran China Utara yang lebih kurang berbentuk tiga segi dan terbuka ke bahagian selatan dan timur bandar raya ini. Gunung-gunung di utara, barat timur, dan barat melindungi bandar raya dan kawasan tengah pertanian China utara daripada steppe gurun yang bersebelahan. Bahagian barat laut wilayah perbandaran, khususnya Kaunti Yanqing dan Daerah Huairou, dikuasai oleh Pergunungan Jundu, manakala bahagian baratnya dikelilingi oleh Perbukitan Xishan. Tembok Besar China yang merentasi bahagian utara Wilayah Perbandaran Beijing, mempergunakan topografi yang berceranggah ini untuk mempertahankan negara daripada sebarang serangan mendadak nomad steppe yang berhampiran. Gunung Dongling yang setinggi 2,303 meter di Perbukitan Xishan bersempadan dengan Hebei dan merupakan titik tertinggi di wilayah perbandaran ini. Sungai-sungai utama yang merentasi wilayah perbandaran ini termasuk Sungai Yongding dan Sungai Chaobai yang mengalir ke arah selatan dan bersama-sama merupakan sebahagian sistem Sungai Hai. Beijing terletak di hujung utara Terusan Agung China yang dibina merentasi Dataran China Utara sehingga subwilayah Hangzhou. Takungan Miyun yang dibina pada hulu Sungai Chaobai ialah takungan Beijing yang terbesar dan merupakan satu sumber bekalan air yang penting.

Kawasan bandar Beijing terletak di bahagian tengah-selatan wilayah perbandaran dan menduduki kawasan yang kecil tetapi semakin berkembang dalam bentuk jalur jalan keliling sepusat. Jalan keliling yang kelima dan Jalan Keliling Keenam (penomboran bermula dengan 2) yang paling luar merentasi banyak bandar satelit. Tiananmen (Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan) dan Dataran Tiananmen terletak di pusat Beijing, betul-betul di selatan Kota Larangan, bekas tempat kediaman maharaja China. Di sebelah barat Tiananmen ialah Zhongnanhai, tempat kediaman para pemimpin terutama Republik Rakyat China. Melintasi Beijing dari timur ke barat ialah Lebuh Chang'an, salah satu jalan raya Beijing yang utama.

Iklim bandar raya Beijing ialah iklim kebenuaan lembap yang dipengaruhi oleh monsun (Pengelasan iklim Koppen Dwa). Musim panasnya panas dan lembap, disebabkan oleh monsun Asia Timur, dengan musim sejuk umumnya sejuk, berangin, dan kering, disebabkan oleh pengaruh antisiklon Siberia yang terbentang luas.[8] Suhu tinggi waktu siang purata pada bulan Januari sekitar 1°C (33°F), manakala suhu purata pada bulan Julai adalah sekitar 30°C (87°F). Suhu tertinggi yang pernah dicatat ialah 42 °C, dengan yang paling rendah ialah -27 °C.[9] Pada 2005, jumlah kerpasan (hujan) ialah 410.77 mm. Kebanyakannya turun pada musim panas.[10]

  Suhu dan kerpasan purata untuk Beijing  
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Suhu tinggi purata °C (°F) 1.6
(35)
4.0
(39)
11.3
(52)
19.9
(68)
26.4
(80)
30.3
(87)
30.8
(87)
29.5
(85)
25.8
(78)
19.0
(66)
10.1
(50)
3.3
(38)
17.7
(64)
Suhu rendah purata °C (°F) -9.4
(15)
-6.9
(20)
-0.6
(31)
7.2
(45)
13.2
(56)
18.2
(65)
21.6
(71)
20.4
(69)
14.2
(58)
7.3
(45)
-0.4
(31)
-6.9
(20)
6.5
(44)
Kerpasan mm (inci) 2.6
(0.1)
5.9
(0.2)
9.0
(0.4)
26.4
(1)
28.7
(1.1)
70.7
(2.8)
175.6
(6.9)
182.2
(7.2)
48.7
(1.9)
18.8
(0.7)
6.0
(0.2)
2.3
(0.1)
576.9
(22.7)
Sumber: [11] 2009-07-09

Ribut debu sunting

Debu daripada hakisan gurun di China utara dan barat laut mengakibatkan ribut debu bermusim yang melanda bandar raya Beijing. Pejabat Pengubahsuaian Cuaca Beijing kekadang menghasilkan hujan secara buatan untuk mengatasi masalah tersebut dan mengurangkan kesannya.[12] Pada bulan April 2002, satu ribut debu tunggal pada dirinya melonggokkan hampir 50,000 tan debu ke dalam kawasan bandar raya Beijing sebelum beralih ke Jepun dan Korea.[13] Dalam tempoh empat bulan pertama 2006 sahaja, terdapat tidak kurang daripada lapan ribut sebegini.[14]

Skap bandar raya sunting

Bahagian pentadbiran sunting

Wilayah perbandaran Beijing terdiri daripada 18 subbahagian pentadbiran (peringkat kedua) yang diperintahnya secara langsung. Antara ini, 16 ialah daerah, manakala dua yang lain merupakan kaunti, dengan kawasan bandar dan subbandar terdiri daripada 8 daerah. Kesemua 18 daerah dan kaunti dibahagikan lagi kepada 273 unit pentadbiran peringkat perbandaran (peringkat ketiga):

Banyak nama tempat di Beijing berakhir dengan mén () yang membawa pengertian "pintu" kerana tempat-tempat itu pada asalnya merupakan lokasi pintu tembok kota Beijing. Sebaliknya, terdapat juga nama tempat yang berakhir dengan cūn () yang bermakna "desa" dan yang pada asalnya merupakan tempat yang terletak di luar tembok kota.

Seni bina sunting

 
Di dalam Kota Larangan

Tiga gaya seni bina menguasai kawasan bandar Beijing:

  1. Seni bina tradisional empayar China, dengan Tiananmen (secara harfiah, "Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan" yang masih merupakan bangunan tersegam ciri utama gaya ini), Kota Larangan, Kuil Nenek Moyang Empayar, dan Kuil Syurga mungkin merupakan contoh unggulnya;
  2. Gaya "China-Soviet" yang dibina antara 1950-an hingga 1970-an yang menampilkan struktur yang cenderung bersifat kotak, sederhana, dan bermutu rendah; [15]
  3. Bentuk seni bina yang jauh lebih moden, khususnya di kawasan Daerah Perniagaan Pusat Beijing dan Jalan Kewangan Beijing.

Beijing awal abad ke-21 telah menyaksikan pertumbuhan pembinaan bangunan baharu yang pesat yang menonjolkan berbagai-bagai gaya moden daripada pereka bentuk antarabangsa. Campuran kedua-dua gaya seni bina yang lama dan baharu dapat dilihat di Zon Seni 798 yang menggabungkan reka bentuk 1950-an dengan gaya yang baharu.

Politik dan pemerintahan sunting

Pemerintahan wilayah perbandaran dikawal oleh Parti Komunis China (CCP) tempatan yang mengeluarkan perintah pentadbiran, memungut cukai, dan mengendalikan ekonomi. Pihak berkuasa parti tempatan diketuai oleh Setiausaha CPC Beijing dan mengarahkan jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Perbandaran menerusi pembuatan keputusan dasar serta menyelia pemerintahan tempatan. Anggota pemerintahan tempatan terdiri daripada datuk bandar, naib datuk bandar, dan banyak biro yang menumpukan undang-undang, keselamatan awam, dan hal-hal ehwal yang lain. Di samping itu, sebagai ibu negara China, Beijing juga menampung semua institusi pemerintahan dan politik negara yang penting, termasuk Kongres Rakyat Negara.[16]

Ekonomi sunting

 
Jalan Kewangan Beijing, pusat ekonomi Beijing
Fail:Beijing CBD 2008-6-996735.jpg
Pusat Perniagaan Pusat Beijing, dengan SOHO Jianwai, Yintai, Pejabat induk CCTV, Jingguang.

Beijing adalah antara bandar raya yang paling maju serta juga bandar raya pasca-perindustrian yang pertama di China,[17] dengan industri peringkat ketiganya merupakan 73.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.

Industri kewangan ialah salah satu industri Beijing yang paling penting.[18] Menjelang akhir 2007, Beijing memiliki 751 buah pertubuhan kewangan yang bersama-sama menjanakan hasil sebanyak 128.6 bilion RMB, iaitu 11.6% daripada seluruh hasil industri kewangan negara. Angka itu juga merupakan 13.8% daripada KDNK Beijing, suatu peratusan yang tertinggi antara kesemua bandar raya Cina.[19] Kawasan Beijing menampung 26 buah syarikat Fortune Global 500 yang merupakan bilangan ketiga tertinggi di seluruh dunia, selepas Tokyo dan Paris.

Daerah Pusat Perniagaan Beijing yang berpusat di kawasan Guomao telah dikenal pasti sebagai daerah pusat perniagaan baharu. Jalan Kewangan Beijing di kawasan Fuxingmen dan kawasan Fuchengmen merupakan pusat kewangan tradisional, manakala kawasan Wangfujing dan kawasan Xidan merupakan daerah beli-belah yang utama.

Kawasan perindustrian utama termasuk Shijingshan yang terletak di pinggiran barat bandar raya.[20] Zhongguancun yang diberi gelaran "Silicon Valley China" merupakan pusat utama untuk industri-industri yang berkaitan dengan elektronik dan komputer, serta juga penyelidikan bahan farmaseutik. Di samping itu, Yizhuang yang terletak di bahagian tenggara bandar semakin merupakan pusat yang baharu untuk bahan farmaseutik, teknologi maklumat, dan kejuruteraan bahan.[21]

Beijing semakin terkenal kerana usahawannya yang inovatif serta pertumbuhan syarikat baharu yang tinggi. Budaya ini disokong oleh sebuah komuniti besar yang terdiri daripada kedua-dua firma modal usaha niaga Cina dan firma modal usaha niaga asing. Walaupun Shanghai dilihatkan sebagai sebuah pusat ekonomi China, ini biasanya berdasarkan bilangan perbadanan besar yang berpusat di sana dan bukannya sebagai pusat keusahawanan Cina.

Demografi sunting

Kelompok etnik di Beijing, banci 2000
Kerakyatan Jumlah penduduk Peratusan
Han 12,983,696 95.69%
Manchu 250,286 1.84%
Hui 235,837 1.74%
Mongol 37,464 0.28%
Korea 20,369 0.15%
Tujia 8372 0.062%
Zhuang 7322 0.054%
Miao 5291 0.039%
Uyghur 3129 0.023%
Tibet 2920 0.022%

Jumlah penduduk Wilayah Perbandaran Beijing, sebagaimana ditakrifkan mengikut jumlah penduduk yang menghuni di Beijing sekurang-kurangnya 6 bulan setiap tahun, ialah 17.4 juta pada akhir 2007. Antaranya, 12.04 juta orang memiliki hukou (kediaman tetap) Beijing, dengan yang lain memiliki permit kediaman sementara.[22] Pada 2006, sebuah kajian oleh Biro Statistik Beijing menganggarkan jumlah semua orang yang tinggal di Beijing (baik yang tetap mahupun yang sementara atau tak berdaftar, dan sebagainya) sebagai "hampir 20 juta orang".[23] Statistik terkini yang disebut oleh akhbar China Daily menganggarkan bilangan pekerja hijrahan dalam industri perkhidmatan dan pembinaan di Beijing sebagai "melebihi 5.1 juta".[24] Selain itu, terdapat juga sebilangan besar pekerja hijrahan (min gong) yang tinggal di Beijing secara haram, tanpa sebarang permit kediaman rasmi (atau penghuni tak berdaftar).[25]

Beijing ialah wilayah perbandaran yang ketiga terbesar antara empatnya di China, selepas Chongqing dan Shanghai. Wilayah perbandaran adalah setaraf dengan provinsi dalam struktur pentadbiran China. Kebanyakan penduduknya tergolong dalam kelompok majoriti Cina Han, dengan kelompok etnik minoritinya termasuk orang Manchu, Hui, dan Mongol.[8]

Sebuah komuniti antarabangsa yang agak besar wujud di Beijing, dengan banyaknya tertarik kepada perniagaan asing dan sektor perdagangan yang berkembang pesat, manakala yang lain tertarik kepada budaya Cina tradisional dan moden di bandar raya. Sebahagian besar komuniti antarabangsa ini tinggal di kawasan di sekitar Daerah Pusat Perniagaan Beijing, Sanlitun, dan Wudaokou. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat juga banyak orang Korea Selatan yang tinggal di Beijing, terutamanya untuk tujuan berniaga dan belajar. Banyak daripada mereka tinggal di kawasan Wangjing dan Wudaokou.[26][27] Adanya juga sebuah sekolah tinggi bahasa Tibet untuk pemuda-pemudi berketurunan Tibet yang hampir kesemuanya datang ke Beijing dari Tibet semata-mata untuk belajar.[28]

(NOTA: Semua angka tidak termasuk anggota Tentera Pembebasan Rakyat yang masih berkhidmat.) [29]

Budaya sunting

 
Gereja Wangfujing

Kebudayaan Beijing amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia ribuan tahun di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Anak kelahiran bandar Beijing menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam bahasa pertuturan Mandarin. Dialek Beijing ialah asas kepada bahasa Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan Singapura.

Opera Beijing, atau opera Peking (Jingju), terkenal di seluruh ibu negara. Sering dipuji sebagai salah satu pencapaian tertinggi budaya Cina, ia dipersembahkan melalui penggabungan lagu, dialog pertuturan, dan urutan gerak-geri tetap seperti gerak isyarat, pergerakan, perlawanan, dan gerak akrobatik. Kebanyakan opera Beijing dipersembahkan dalam dialek pentas kuno yang agak berbeza dengan bahasa Mandarin Baku moden dan dialek Beijing.[30]

Tarikan pelancong sunting

Tarikan pelancong di Beijing sahaja banyak, dengan yang paling terkenal merupakan bentangan Badaling di Tembok Besar China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno. Terdapat juga beratus-ratus muzium di Beijing.[31][32] Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.

Pengangkutan sunting

 
Bas sambungan berhawa dingin yang beroperasi di Laluan 1 Alihan Laju Bas Beijing

Dengan pertumbuhan bandar raya menyusuli pembaharuan ekonomi, Beijing telah berkembang menjadi sebuah pusat pengangkutan yang terpenting di Republik Rakyat China, serta juga di kawasan Asia Timur yang lebih luas. Bandar raya ini memiliki:

Beijing dihubungkan dengan rangkaian jalan raya dari semua kawasan di China sebagai sebahagian daripada Rangkaian Jalan Raya Negara. Pengangkutan di Beijing sangat bergantung kepada lima "jalan pekeliling" yang mengelilingi berturut-turut bandar raya itu. Salah satu masalah lalu lintas yang terbesar di Beijing ialah kesesakan lalu lintas yang sentiasa ada, walaupun pada tahun-tahun kebelakangan ini, Sistem Pengangkutan Cerdas (ITS) telah dilaksanakan di banyak kawasan. Menerukkan lagi masalah lalu lintas Beijing ialah sistem alihan massanya yang kurang maju.

Sistem Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka pada tahun 1971 dan kini mempunyai 9 laluan, iaitu 4 laluan di bawah tanah dan 5 laluan di atas. Sistem pengangkutan yang amat besar ini terdiri daripada hampir 700 laluan bas dan bas troli (bas elektrik) pada tahun 2008, termasuk tiga laluan alihan laju bas.[33] Tambang bas ditetapkan pada kadar sama rata sebanyak 2 yuan untuk kesemua laluan, kecuali Lebuhraya Lapangan Terbang.

Beijing telah lama merupakan pusat kereta api yang terbesar di China. Stesen Keretapi Selatan Beijing yang berteknologi paling moden dibuka semula pada Ogos 2008, dan bertindak sebagai stesen Beijing untuk kesemua kereta api laju tinggi China Railway High-speed (CRH), termasuk kereta api laju tinggi Beijing-Tianjin, perkhidmatan kereta api penumpung tetap yang paling laju di dunia. Kesemua kereta api antarabangsa ke bandar-bandar raya di Mongolia, Rusia, Vietnam, dan Korea Utara juga melalui Beijing.

Pendidikan sunting

 
Tsinghua University ialah salah satu universiti utama di tanah besar China.

Beijing menampung sebilangan besar kolej dan universiti, termasuk banyak universiti berstatus antarabangsa yang dipandang tinggi, misalnya Peking University dan Tsinghua University (dua daripada Universiti Utama Negara).[2] Disebabkan status Beijing sebagai ibu negara politik dan budaya China, sebilangan besar institusi pendidikan peringkat tinggi tertumpu di sini, berbanding dengan mana-mana bandar raya China yang lain. Terdapat sekurang-kurangnya 70 buah institusi pendidikan tinggi di Beijing, dengan kebanyakannya ditadbirkan oleh Kementerian Pendidikan. Banyak pelajar antarabangsa dari Jepun, Korea, Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, dan negara yang lain datang ke Beijing setiap tahun untuk belajar.

Universiti dan kolej sunting

Hubungan antarabangsa sunting

Bandar raya dan wilayah berpasangan sunting

Beijing memelihara "pengembaran" dengan bandar raya yang berikut.[34] Paris dan Rom ialah "bandar raya pasangan" kepada Beijing, susulan daripada perjanjian eksklusif antara kedua-dua bandar raya itu dengan Beijing.[35]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Beijing airport beefs up security for Olympics". MSNBC. Associated Press. 2008-02-22. Dicapai pada 2008-03-15.
  2. ^ a b c "Beijing". The Columbia Encyclopedia (ed. 6th edition). 2008. |edition= has extra text (bantuan)
  3. ^ a b Figures based on 2006 statistics published in 2007 National Statistical Yearbook of China and available online at 2006 年中国各地区城镇、乡村人口数 中国人口与发展研究中心 Diarkibkan 2009-03-10 di Wayback Machine. Retrieved April 21, 2009.
  4. ^ "Hong Kong and Shanghai as Twin Engines for China's Economic Development, says TDC Executive Director". Hong Kong Trade Development Council. 1996-12-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-10-03.
  5. ^ a b ""Beijing"". World Book Encyclopedia. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-12. Dicapai pada 2008-08-07. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ a b "Beijing". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 2008-08-03. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Peking (Beijing)". Encyclopædia Britannica. 25 (ed. 15th edition, Macropædia). m/s. 468.
  8. ^ a b "Beijing". People's Daily. 2001. Dicapai pada 2008-06-22. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  9. ^ "The Climate of Beijing". Chinats.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-24. Dicapai pada 2009-10-12.
  10. ^ "Basic Information". Beijing Municipal Bureau of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-13. Dicapai pada 2008-02-09.
  11. ^ "北京气候资料". Gb.weather.gov.hk. Dicapai pada 2009-07-25.
  12. ^ "China says it made rain to wash off sand". MSNBC. 2006-05-05. Dicapai pada 2009-07-22.
  13. ^ Weaver, Lisa Rose (2002-04-04). "More than a dust storm in a Chinese teacup". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-13. Dicapai pada 2008-02-07.
  14. ^ "Beijing hit by eighth sandstorm". BBC News. 2006-04-17. Dicapai pada 2009-07-22.
  15. ^ Business Buide to Beijing and North-East China (ed. 2006-2007). Hong Kong: China Briefing Media. 2006. m/s. 108. ISBN 9889867338. Dicapai pada 2009-07-22.
  16. ^ "Beijing - Administration and society - Government". Britannica Online Encyclopedia. 2008.
  17. ^ "北京已率先进入后工业经济时代". china.com.cn. 2008-03-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-11. Dicapai pada 2008-10-01.
  18. ^ "Beijing's Bankosphere". bankosphere.com. 2008-08-11. Dicapai pada 2008-10-01.
  19. ^ "北京市金融业发展新闻发布会". zhengwu.beijing.gov.cn. 2008-07-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-26. Dicapai pada 2008-10-01.
  20. ^ "ShiJingShan". Beijing Economic Information Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-06-22.
  21. ^ (2004-02-12). "Statistical Communique on the 2003 National Economic and Social Development of the City of Beijing". Beijing Municipal Bureau of Statistics. Dicapai pada 2008-03-15. Diarkibkan 2008-03-05 di Wayback Machine
  22. ^ "Beijing's population exceeds 17.4 million". Xinhua News Agency. 2007-12-04. Dicapai pada 2009-07-22.
  23. ^ "Beijing's permanent population exceeds 15 mln(03/17/06)". China-embassy.org. 2006-03-17. Dicapai pada 2009-07-07.
  24. ^ "Meeting the needs of migrant workers". Chinadaily.com.cn. 2008-04-16. Dicapai pada 2009-07-07.
  25. ^ Dempster, Tyra (2008-05-09). "Hard lessons for Beijing migrant workers". Reuters UK. Dicapai pada 2008-06-22.
  26. ^ Ding, Ying (2008-03-04). "The Korean Mergence". Beijing Review. Dicapai pada 2008-06-15.
  27. ^ Ye Jun (2008). "Got to have Seoul". China Daily: 5. Dicapai pada 2009-07-22.
  28. ^ "Praying for peace in their hometown, Tibetan students in Beijing speak out". People's Daily. Xinhua. 2008-03-24. Dicapai pada 2008-06-22.
  29. ^ Department of Population, Social, Science and Technology Statistics of the National Bureau of Statistics of China (国家统计局人口和社会科技统计司) and Department of Economic Development of the State Ethnic Affairs Commission of China (国家民族事务委员会经济发展司), eds. Tabulation on Nationalities of 2000 Population Census of China (《2000年人口普查中国民族人口资料》). 2 vols. Beijing: Nationalities Publishing House (民族出版社), 2003. (ISBN 7-105-05425-5)
  30. ^ "Jingxi". Britannica Online Encyclopedia. 2008.
  31. ^ "About Beijing".
  32. ^ "Beijing's Museums & Galleries".
  33. ^ "Beijing Bus Rapid Transit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2009-01-09.
  34. ^ "Sister Cities". Beijing Municipal Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 2009-06-23.
  35. ^ "Le jumelage avec Rome" (dalam bahasa French). Municipalité de Paris. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-16. Dicapai pada 2008-07-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ "NYC's Sister Cities". Sister City Program of the City of New York. 2006. Dicapai pada 2008-09-01.
  37. ^ "Protocol and International Affairs". DC Office of the Secretary. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-13. Dicapai pada 2008-07-12.
  38. ^ "Twin cities of Riga". Riga City Council. Dicapai pada 2009-07-27.
  39. ^ "Sister Cities of Manila". © 2008-2009 City Government of Manila. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-07. Dicapai pada 2009-07-02. External link in |publisher= (bantuan)
  40. ^ "Twinning Cities: International Relations" (PDF). Municipality of Tirana. www.tirana.gov.al. Dicapai pada 2009-06-23.

Pautan luar sunting



Koordinat: 39°54′N 116°24′E / 39.9°N 116.4°E / 39.9; 116.4