Bell Labs (dahulunya dikenali sebagai AT&T Bell Laboratories dan Bell Telephone Laboratories) ialah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan milikan Alcatel-Lucent yang dahulu dimiliki oleh American Telephone & Telegraph Company (AT&T).

Makmal Bell di Bukit Murray, New Jersey

Asal dan lokasi sejarah sunting

Pada 1925, Western Electric Research Laboratories dan sebahagian daripada bahagian kejuruteraan syarikat American Telephone & Telegraph company (AT&T) digabungkan untuk membentuk Bell Telephone Laboratories, Inc. sebagai sebuah syarikat yang berasingan. Milikan Bell Laboratories dibahagikan sama rata antara AT&T dan Western Electric Company, dengan presiden penyelidikannya yang pertama merupakan Frank B. Jewett. Jewett bekerja dengan syarikat itu sehingga 1940. Kerja utama Bell Laboratories ialah perekaan dan pemberian sokongan kepada kelengkapan yang dibina oleh Western Electric untuk syarikat operasi Bell System, termasuk suis ibu sawat telefon. Kerja sokongan untuk syarikat telefon termasuk penulisan dan penyelenggaraan Amalan Sistem Bell (BSP), satu siri buku panduan teknikal yang tuntas. Bell Laboratories juga melakukan kerja perundingan untuk anak syarikat Bell Telephone dan pemerintahan Amerika Syarikat, termasuk juga Projek Nike dan program Apollo. Sebilangan pekerja ditugasi untuk membuat penyelidikan asas, dengan itu menarik banyak perhatian, khususnya kerana penyelidikan tersebut menghasilkan banyak pemenang Hadiah Nobel. Sehingga 1940-an, lokasi utama makmal-makmalnya terletak berhampiran atau di sekitar Bangunan Bell Labs Building di Bandaraya New York, akan tetapi banyaknya kemudian berpindah ke kawasan subbandar New York di New Jersey.

Lokasi Bell Laboratories yang kemudian di New Jersey termasuklah:

Antara lokasi itu, Crawford Hill dan Whippany masih wujud. Kumpulan pekerja yang terbesar di dalam syarikat adalah di lokasi Naperville-Lisle di kawasan Chicago, Illinois. Sebelum 2001, tapak itu mempunyai sekitar 11,000 pekerja. Terdapat juga kumpulan pekerja yang lain di Columbus, Ohio, North Andover, Massachusetts, Allentown, Pennsylvania, Reading, Pennsylvania, Breinigsville, Pennsylvania, dan Westminster, Colorado. Bagaimanapun, banyak daripada lokasi itu telah mengurangkan bilangan pekerjanya atau menutup operasinya sama sekali sejak 2001.

Penemuan dan pembangunan sunting

 
Logo Bell Laboratories logo, digunakan antara 1969 hingga 1983

Pada puncaknya, Bell Laboratories merupakan kemudahan perdana jenisnya. Ia membangunkan berbagai-bagai teknologi revolusioner, termasuklah astronomi radio, transistor, laser, teori maklumat, sistem pengendalian UNIX, dan bahasa pengaturcaraan C. Terdapat tujuh Hadiah Nobvel yang dianugerahkan untuk kerja yang disiapkan di Bell Laboratories: [1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 40°41′00″N 74°24′03″W / 40.683404°N 74.400744°W / 40.683404; -74.400744