Bendera Belize terdiri daripada jata negara tersebut di atas bidang biru dengan dua jalur merah di kedua-dua sisi atas dan bawahnya. Ia digunapakai pada 21 September 1981 saat Belize merdeka daripada penjajahan British.

Bendera kebangsaan negara Belize.

Ia direka bersama oleh dua orang pegawai kerajaan bernama Everal Waight dan Inez Sanchez[1] didasarkan kepada suatu rekaan duluan terdiri daripada sebidang biru diletakkan jata Belize dipakai seberapa penggiat perjuangan kemerdekaan negara tersebut, bendera terdahulu ini dihiasi sisi berwarna merah pada keempat-empat penjuru bidang bendera dipakai Parti Bersatu Rakyat (People's United Party)[2] sebelum ia diolah kepada bentuk diterimapakai sehingga hari ini.

Bendera tidak rsmi dipakai dari 1950 hingga 1981.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "A Standardized Belizean Flag". Guardian. 30 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-27. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  2. ^ "Waight, Sanchez Win National Flag Competition". The Voice. 1 (6). August 7, 1981.

Pautan luar sunting