Bendera Malta (Malta: Bandiera ta' Malta) terdiri daripada suatu lapangan yang dibahagikan kepada warna putih di sisi tiang dan merah di sebelah kanan. Suatu bentuk pingat George Cross dengan sisi merah tertera pada bahagian kiri atas bendera tersebut.[1]

Bendera Malta

Reka bentuk sunting

Perlambangan sunting

Warna-warna bendera ini dikatakan datang daripada kurniaan Ruggero I dari Sicilia pada tahun 1090 atas kesudian warga Malta memihak dan berperang bersama mereka melawan orang Arab yang datang menyerang kepulauan tersebut, lalu warna tersebut diambil daripada mantel bercorak petak raja itu. Walau bagaimanapun, cerita tersebut dianggap sebagai mitos dari abad ke-19 atau awal lagi hasil pengaitan ibukota pertama negara tersebut, Mdina, dengan warna raja itu pada lewat Zaman Pertengahan.[2][3]

 
Pingat Salib George kurniaan Raja George VI kepada seluruh rakyat Malta pada tahun 1946.

Lambang yang terpapar pada sebelah kiri atas bendera ialah George Cross pula dikurniakan Raja George VI sebagai tanda penghargaan serta "kesaksian semangat wira dan taat setia"[nota 1] rakyat jajahan tersebut sewaktu kepulauan itu dikepung pihak Itali dan Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Nota sunting

  1. ^ Teks asal: "...to bear witness to a heroism and devotion..." [4]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting