Bendera Sepanyol (Sepanyol: Bandera de España, juga diberi nama Rojigualda) terdiri daripada tiga jalur melintang: merah, jalur kuning yang dua kali panjang jalur sebelumnya dan merah. Jata negara Sepanyol terletak di jalur kuning menghampiri sebelah kirinya.

Bendera kebangsaan Sepanyol.
Bendera sivil Sepanyol, tanpa jata.

Bendera ini mula difikirkan semasa zaman pemerintahan Raja Carlos IIl, di mana baginda sering memerhatikan bahawa bendera-bendera dipakai kerajaan se-Eropah (termasuk Sepanyol jua) seringkalinya berwarna putih sehingga mengelirukan dalam situasi peperangan melawan musuh. Baginda meminta nasihat menteri tentera lautnya yang mengusulkan seberapa rekaan yang boleh dilihat dari jarak jauh; suatu rekaan yang menonjol digunakan dari 12 rekaan lain dipilih sebagai panji perang ini. Rekaan tersebut dirasmikan pada 1843 oleh Ratu Isabel II.[1]

Rekaan terkininya dirasmikan pada 19 Disember 1981.

Reka bentuk sunting

Spesifikasi sunting

Perlembagaan Sepanyol 1978 menetapkan rekaan bendera kebangsaan Sepanyol secara tepatnya seperti berikut:


La bandera de Españal está formada por tres franjas horizontales, roja, amarilla y roja, siendo la amarilla de doble anchura que cada una de las rojas.


("Bendera Sepanyol terdiri daripada tiga jalur mendatar: Merah, Kuning dan Merah, [jalur] yang kuning dua kali ganda lebar salah satu jalur merah.")


Artículo 4.1 de la constitución española de 1978 (Perkara 4.1 Perlembagaan Sepanyol 1978)

Rincian tepat warna yang digunakan dalam perekaan bendera ini pula diberikan dalam suatu titah diraja seperti berikut:[2]

Nilai CIELAB CIE (Illuminant C) Hexadecimal
Nama warna (dalam bahasa Sepanyol) H * C * L * x y Y Kod heksadesimal
Rojo Bandera 35º 70 37 0,614 0,320 9,5 #AA151B
Amarillo-gualda Bandera 85º 95 80 0,488 0,469 56,7 #F1BF00

Rekaan terdahulu sunting

Salib Bourgogne (Cruz de Borgoña, sejak abad ke-16) sunting

 
Cruz[pautan mati kekal] de Borgoña  

Bendera pertama yang dipakai untuk kerajaan Sepanyol merupakan Salib Borgoña (Cruz de Borgoña) yang diperkenalkan dalam perkahwinan Juana I dari Castilla kepada Philip I, duc de Bourgogne pada tahun 1496, Ia mula diterapkan dalam banyak panji dan bendera kerajaan sejak pemerintahan Raja Charles I (1516-1556) oleh pasukan-pasukan Sepanyol.

Zaman Republik Kedua sunting

 
Bendera Republik Sepanyol Kedua (1931-1939)


Pada 14 April 1931, pihak republikan menggulingkan kerajaan sedia ada lalu membentuk pemerintahan mereka sendiri. Perubahan rejim ini turut membawa kepada suatu penukaran rekaan baharu di mana jalur ketiga bendera kepada suatu warna merah keunguan (Sepanyol: morado, bahasa Inggeris: murrey) melambangkan perwakilan Castilla-León menyampingi kawasan-kawasan Aragon yang diwakili merah dan kuning. Rekaan baru jata Sepanyol yang dibuang segala unsur berkaitan diraja turut muncul pada ketika ini. Bendera ini telah dirasmikan pada 27 April tahun sama sebelum digunakan oleh tenera pada 6 Mei.

Zaman Franco sunting

 
Bendera Sepanyol pasca-Perang Dunia Kedua sehingga tidak lama selepas kematian Franco tahun 1975.

Penumpasan para Republikan oleh puak Nasionalis pimpinan Francisco Franco dalam Perang Saudara Sepanyol menamatkan lalu beralih kepada suatu rejim baharu diketuai beliaur sebagai Caudillo. Rekaan merah-kuning-merah dipulihkan dalam pemerintahan ini, namun suatu jata baru yang lebih besar dan menonjol dilampirkan pada tengah bendera menandakan pemerintahan Franco. Rekaan ini mula dipakai sejak perasmiannya pada 29 Ogos 1936 sehingga kematian Franco pada 20 November 1975.  

Rujukan sunting

  1. ^ Volker Preuß. "National Flaggen des Königreichs Spanien" (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-26. Dicapai pada 2004-11-03.
  2. ^ Real Decreto 441/1981, de 27 de febrero, por el que se especifican técnicamente los colores de la Bandera de España, teks Titah Diraja Sepanyol 441/1981 tanggal 27 February (published in isu 16 March 1981 Boletín Oficial del Estado) di laman web rasmi Perdana Menteri Sepanyol, www.lamoncloa.gob.es

Pautan luar sunting