Bendera kebangsaan Yunani (Yunani: Γαλανόλευκη, Galanólefki - "Sang Putih Biru" atau Κυανόλευκη, Kyanólefki "Sang Putih Azur") terdiri daripada sembilan jalur putih dan biru mendatar dengan satu kanton bendera biru bersalib putih melambangkan agama Kristian mazhab Ortodoks Timur yang menjadi anutan lazim dan rasmi orang Yunani yang menduduki negara ini.

Bendera Yunani yang mula dipakai secara rasmi sejak Disember 1978, ia sebelum ini pernah dipakai sebagai sebuah bendera dagang.

Ia mula-mula dipakai Perhimpunan Kebangsaan Pertama Epidaurus pada 13 Januari 1822.

Reka bentuk sunting

Perlambangan sunting

Salib putih melambangkan agama Kristian mazhab Ortodoks Timur yang menjadi anutan lazim dan rasmi orang Yunani malah juga negara moden Yunani sejak pembentukan ia.

Sembilan jalur yang ada pada bendera ini dipercayai suku kata slogan dipakai semasa negara tersebut mendapatkan kemerdekaan ia iaitu "Ελευθερία ή Θάνατος" ("Merdeka atau Mati").[1] Bilangan jalur ini juga ada difikirkan melambangkan sembilan Mousai iaitu dewi-dewi seni dan ketamadunan kepercayaan mereka.[1]

Pentakrifan perlambangan warna-warna biru dan putih kurang jelas namun banyak pengkaji Yunani ada kemukakan teori sendiri mengenai muasal pengunaan warna tersebut[2][3][4] seperti dari mitologi Yunani melalui kisah Akhilleus,[3][5] mahupun sebagai warna utama dewi Athena, panji-panji dipakaipasukan Alexander Agung,[2] malah juga bendera dan jata dipakai semasa zaman pemerintahan Empayar Byzantine.[3][5]

Spesifikasi sunting

Bendera ini mempunyai nisbah ukuran sebanyak 2:3.[6]

Warna biru dan putih yang dipakai untuk menghasilkan bendera ini tidak begitu jelas, malah pilihan diputuskan berdasarkan citarasa dan budi bicara penghasil:

Putih Biru Colour system Sumber Tahun URL
     Putih      286 C Pantone Album des Pavillons 2000 [7]
     Putih      285 Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2008 2008 [8]
     Putih      Reflex Blue Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012 2012 [9]
     #ffffff      #005bae RGB Album des Pavillons 2000 [7]
     #ffffff      #2175d8 Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2008 2008 [8]
     #ffffff      #004C98 Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012 2012 [9]
     0% - 0% - 0% - 0%      100% - 60% - 0% - 5% CMYK Album des Pavillons 2000 [7]

Sejarah perekaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Alexander-Michael Hadjilyra: Η καθιέρωση της ελληνικής σημαίας ("The adoption of the Greek flag"), Hellenic Army General Staff, 2003
  2. ^ a b N. Zapheiriou, Η Ελληνική Σημαία από τους αρχαίους χρόνους μέχρι σήμερα (The Greek Flag from Antiquity to Present), Eleftheri Skepsis, Athens 1995 (reprint of original 1947 publication) ISBN 960-7199-60-X
  3. ^ a b c V. Tzouras, Η Ελληνική Σημαία, Μελέτη Πρωτότυπος Ιστορική (The Greek Flag, Original Historic Study), A. Lantzas, Kerkyra 1909
  4. ^ E. Kokkoni and G. Tsiveriotis, Ελληνικές Σημαίες, Σήματα-Εμβλήματα (Greek Flags, Signs and Emblems), Athens 1997 ISBN 960-7795-01-6
  5. ^ a b L. S. Skartsis, Origin and Evolution of the Greek Flag, Athens 2017 ISBN 978-960-571-242-6
  6. ^ "The Flag, from the site of the Presidency of the Hellenic Republic". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-10. Dicapai pada 2019-11-26.
  7. ^ a b c Templat:Vcite book
  8. ^ a b Templat:Vcite book
  9. ^ a b Templat:Vcite book