Bendera kebangsaan

bendera negara atau bangsa

Bendera kebangsaan (boleh juga dikenali sebagai bendera nasional) ialah bendera yang mewakili dan melambangkan sesebuah negara tertentu. Dikibarkan oleh pihak kerajaan/pemerintah negara itu, biasanya bendera juga dikibarkan oleh rakyatnya. Bendera kebangsaan biasanya direka dengan pengertian khusus untuk warna dan simbolnya, yang mungkin juga digunakan secara terpisah daripada bendera sebagai simbol negara. Reka bentuk bendera kebangsaan kadang-kala diubah setelah berlakunya peristiwa bersejarah yang penting. Membakar dan memusnahkan bendera kebangsaan merupakan suatu tindakan yang turut membawa maksud yang sangat simbolik.

Penggunaan sunting

Terdapat tiga jenis bendera kebangsaan untuk kegunaan di darat, dan tiga untuk kegunaan di laut, walaupun banyak negara menggunakan reka bentuk yang serupa untuk beberapa (dan kadang-kala semua) jenis bendera ini.

Di darat sunting

Di darat, terdapat perbezaan antara bendera awam (simbol FIAV  ), bendera negeri ( ), dan bendera perang atau tentera ( ). Bendera awam boleh dikibarkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira ia berkaitan dengan kerajaan, sedangkan bendera negara digunakan secara rasmi oleh agensi kerajaan/pemerintah. Bendera perang (juga disebut bendera tentera) digunakan oleh badan ketenteraan seperti tentera darat, kor marin atau pasukan udara.

Di laut sunting

Bendera yang menunjukkan kewarganegaraan di sesebuah kapal disebut sebagai panji-panji. Seperti bendera kebangsaan, terdapat tiga jenis: panji-panji awam ( ) diterbangkan oleh kapal persendirian; panji-panji negara (juga disebut sebagai panji kerajaan/pemerintah;  ), diterbangkan oleh kapal pemerintah; dan panji-panji perang (juga disebut sebagai panji-panji tentera laut;  ), dikibarkan oleh kapal tentera laut. Panji-panji diterbangkan dari tiang panji-panji yang berada di buritan kapal, atau dari spar cangap ketika kapal sedang berlepas. Kedua-dua kedudukan ini lebih unggul daripada bahagian lain di kapal, walaupun tiang agung lebih tinggi. Bendera kebangsaan juga boleh dikibarkan oleh kapal terbang dan kenderaan darat pegawai penting. Bagi pesawat, bendera tersebut biasanya dilukis, dan bendera yang dilukis itu berada di kedudukan seolah-olah bendera itu ditiup angin.