Bernard Giluk Dompok

YBhg Tan Sri Bernard Giluk Dompok (lahir 7 Oktober 1949) merupakan Pengerusi SME Corp yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan merupakan Presiden UPKO sehingga tahun 2018.


Bernard Giluk Dompok

PSM; SPDK, PGDK (Sabah); PPN
Pengerusi SME Corp
Memegang jawatan
5 April 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriEwon Benedick
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 2009
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P174 Penampang, Sabah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehDonald Peter Mojuntin
Digantikan olehIgnatius Dorell Leiking
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehClarence E. Mansul
Digantikan olehPaulis Noitien
Presiden UPKO
Dalam jawatan
1994–2018
Didahului olehDonald Stephens
Digantikan olehWilfred Madius Tangau
Butiran peribadi
Lahir (1949-10-07) 7 Oktober 1949 (umur 74)
Penampang, Borneo Utara (kini Sabah, sebahagian daripada Malaysia)
Parti politik UPKO
PasanganPuan Sri Diana Alip Dompok
Anak-anak5
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen
Tandatangan

Kehidupan awal sunting

Beliau telah dilahirkan di Penampang, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, dan Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru. Beliau kemudian mendapat ijazah Bsc FISM daripada West Ham Technical Institute (kini University of East London), United Kingdom pada tahun 1978.

Keluarga sunting

Yang Berhormat Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Puan Sri Diana Alip Dompok dan mempunyai lima orang cahaya mata. Beliau meminati sukan golf dan seorang yang suka membaca.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurunilai di Jabatan Ukur Tanah dan Ukur Sabah pada tahun 1978. Beliau kemudian meninggalkan sektor awam dan bertugas di Jurunilai Sabah selama lima tahun sejak 1980 hingga 1985.

Yang Berhormat Tan Sri turut aktif melibatkan diri dalam pelbagai organisasi. Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ahli kepada International Parliamentarian Against Genocide in Bosnia Herzegovina. Beliau juga merupakan bekas Presiden Penampang Jaycees dan bekas Presiden Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri Sabah.

Politik sunting

Yang Berhormat Tan Sri merupakan Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (UPKO) sejak 1994 sehingga kini.

Beliau mula menyertai pilihan raya umum pada tahun 1986 dan memenangi kerusi DUN Moyog ketika itu beliau dalam Parti Bersatu Sabah ( PBS )dan dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada tahun yang sama beliau memenangi Parlimen Penampang buat kali pertama.Pada tahun 1990, beliau memenangi semula kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum sebelumnya

Beliau telah memperolehi kemenangan dalam beberapa pilihanraya umum berikutnya dan pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Menteri Perlancongan dan Persekitaran Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan kemuncaknya sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1998. Selain itu, diperingkat Persekutuan, beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11,beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Ranau dalam pertandingan empat penjuru. Beliau berjaya memenangi dengan majoriti 1387 undi.Beliau memperolehi 7547 undi berbanding lawan-lawannya Ruhimin Adzim@ Ruhimin Ajim (BEBAS) 6160 undi,Karim Adam (BEBAS) 3310 undi, Japairil Suhaimin (BEBAS) 1609 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Bernard Giluk Dompok bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Penampang , negeri Sabah. Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok telah menang dengan mendapat undi sebanyak 13400. Calon lawan ialah Anthony Tibok (Bebas) mendapat 696 undi dan hilang deposit. Levired Misih @ Willybroad Missi (Bebas) mendapat 404 undi dan hilang deposit. Edwin @ Jack Bosi dari PKR mendapat 10,337 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 71.32%. Undi rosak sebanyak 540.

Kontroversi sunting

  • Pada 19 Oktober 2008, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Sabah, Hamzah Abdullah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu . Ini berikutan ucapan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berhubung hak kembali kepada agama asal 12 Oktober 2008. Ucapan itu disampaikan semasa Kongres UPKO ke-12. Katanya dalam Perlembagaan Persekutuan, hak rakyat Malaysia untuk kembali ke agama asal sekiranya itulah kemahuannya. [1]
  • Pada 14 November 2008, Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok menafikan ugutan Datuk Wilfred Bumburing bahawa UPKO akan keluar dari Barisan Nasional. Datuk Wilfred Bumburing ialah Timbalan Presiden UPKO. Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO 2008 diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Pekan Donggongon, Penampang, Sabah. Selaku Presiden UPKO, beliau tidak mahu wakil rakyat UPKO menjadi orang suruhan, boneka dan orang yang angkat kaki sahaja. Mereka mesti lantang menyuarakan kemahuan rakyat.[2]

Ugutan ini ada kaitan dengan tsunami politik semasa PRU12 pada 8 Mac 2008. SAPP mendakwa hilang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. UPKO dikatakan mahu menurut jejak SAPP menjadi parti bebas.UPKO menang di parlimen Ranau, Tuaran, Putatan dan Penampang, manakala enam kerusi DUN di Moyog, Kuala Penyu, Paginatan, Bingkor, Nabawan dan Kuamut.[3]

  • Pada 7 November 2008, Tan Sri Bernard Dompok mempertikaikan pembinaan paip gas 500 km dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas, Bintulu, Sarawak. Sepatutnya gas yang digali di Kimanis , perairan Sabah dapat memacu industri petrokimia di Sabah. Walaupun Sabah diberi royalti tetapi projek itu tidak menguntungkan rakyat Sabah. Jika diteruskan juga, UPKO akan menyeberang.[4] Bagaimanapun, pada 8 November, UPKO menyatakan berpuas hati dengan penjelasan kabinet bahawa pusat industri berasaskan petrokimia turut dibina di Sabah menggunakan hasil galian gas dan minyak yang ditemui di Sabah, dan gas yang akan disalurkan ke Sarawak hanyalah lebihan selepas ia digunakan dalam industri berkaitan di Sabah.[5]

Keputusan pilihan raya sunting

[Parlimen Malaysia]]: P174 Penampang, Sabah[6]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1986 Bernard Giluk Dompok (PBS) 6,659 52.32% Marcel Leiking (IND) 3,250 25.53%
1990 Bernard Giluk Dompok (PBS) 12,654 77.97% Marcel Leiking (DAP) 3,576 22.03%
1995 Francis Noitien (PBS) 14,652 53.02% Bernard Giluk Dompok (SDP) 12,982 46.98%
2008 Bernard Giluk Dompok (UPKO) 13,400 52.4% Edwin Bosi (PKR) 10,337 40.5%
2013 Bernard Giluk Dompok (UPKO) 12,382 33.9% Ignatius Dorell Leiking (PKR) 22,598 61.8%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pas Sabah buat laporan polis terhadap UPKO
  2. ^ UPKO tidak mahu menjadi parti penumpang BN
  3. ^ UPKO ikrar kekal bersama BN
  4. ^ UPKO keluar BN jika paip gas diteruskan
  5. ^ UPKO puas hati penjelasan Kabinet
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 29 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).

Pautan luar sunting